Followers

Wednesday, July 25, 2012

King 2 Heart

Berasaskan kasih sayang keluarga diraja, tapi tidak punya kuasa kerana ianya di kawal oleh pihak yang mempunyai harta dan pengaruh seluruh dunia. Kehendak untuk menjadi seorang raja menjadi kan seorang insan tidak punya kebaikan tetapi penuh dengan kejahatan Kekuatan yang ada berasaskan kasih sayang, kepercayaan dan kesetiaan.Itu pendapat saya selaku penonton, kita sedia maklum semua orang punyai pendapat yang berbeza. Tapi rasanyer sesiapa pon yang layan citer nie mesti menangis...menangis sebab merasai perasaan yang sama.

Pelik tapi benar, sedang seronok saya melayan citer nie...saya tertido...dan dalam tido saya bermimpi masuk sekali dalam citer king 2 heart. Di saat nyawa menjadi pertaruhan...di saat ingin menyelamatkan raja dan berjaya menjadi pengikut yang setia dan sahabat yang menunaikan janji. Di akhirnya kena 1 tembakan tepat ke dada...memang terasa macam betul....terbangun secara mengejut....Susah jugak nak bernafas pada mula bangun dari mimpi. Macam-macam yang saya fikir, kenapa mimpi macam tue sekali...kenapa perlu kena tembak...kenapa boleh jadi orang terakhir yang terkorban...kenapa faham bahasa diorang.....dan kenapa kali ini mimpi tersebut saya boleh ingat....ermmm memang menarik, mungkin minda dan seluruh diri ini bersungguh2 menghayati citer tersebut.

Alhamdulilah ianya hanya mimpi, alhamdulilah kita masih boleh bernafas...terfikir sejenak bila kah citer melayu nak jadi macam citer korean yang sentiasa menyentuh perasaan penontonnya. Hidup akan lebih indah bila kita buat keputusan untuk kebahagiaan semua orang...itu yang saya belajar dalam citer tersebut. Harap kamu semua berminat untuk tonton citer ini. 


Salam Ramadhan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...