Followers

Showing posts with label percutian. Show all posts
Showing posts with label percutian. Show all posts

Tuesday, November 8, 2011

Kuala

Ke kuala kangsar...jalan sungguh mencabar...jem sana-sini...habis semua orang dalam keta jadi moody sebab tak tahan nak drive. Sungguh penat...tapi alhamdulilah semua nyer selamat walaupun macam-macam kejadian berlaku. Hari nie aku ngantuk sgt...dalam keta asyik nak tido... Tapi on d way nak balik...KL...aku pulak yang drive...hehehe...Bila dah drive...gerenti tak ngantuk.

makanan yang kak fieza sediakan
Hari nie memang bertuah sungguh...dapat makan laksa kuala....heee....dengan kek coklat...On d way balik...singgah Mcd pulak...jom usha
banyak kan....heee
tengok tak sempat nak makan....hoho
agak mengada2...mau makan banyak...hahaha
Tak sabar nak habiskan ayam
Walau dimana kita pergi jangan lupa orang yang kita sayang...jaga diri elok2 tau...

Wednesday, October 26, 2011

Cameron

Asyik bermain FB tertengok gambar lama...disaat-saat bergembira bukan main lagi...haha...naik cameron hanya bertiga, dah lah semuanyer girl...masih solo pulak tue...hehe. Menggunakan jalan Tapah cameron, hanya memakan masa 45 minit untuk sampai di atas tanah rata, dekat kan...cuma kena ambik langkah berhati-hati semasa memandu. Aku cadangkan jangan membawa terlalu ramai penumpang < jangan penuh keta> sebab untuk mengelakkan kereta anda rosak atau semput di tengah jalan...hehe. Gear yang perlu anda gunakan adalah gear 3 dan gear 2. Kalau di kawasan landai...boleh gunakan gear 4 semasa melaluinya.

Pastikan anda membuka tingkat kereta untuk mengelakkan pening lalat. Biasalah kawasan-kawasan tinggi jalan memang berliku-liku. Bagi aku kalau nak mengelakkan muntah dalam kereta...kita kena banyak berborak..sembang jer pasal ape2 pon asalkan tidak menganggu cara pemanduan kita.

cantik view...

Jom singgah hotel nie
ladang teh
tanah rata
ladang strawberry
sedapnyerr

beli...membeli

jom minum teh perisa strawberry
masa tuk pulang
singgah di lata iskandar
Ape ditunggu lagi...jom ke cameron... perbelanjaan yang aku keluar untuk minyak hanya rm40...itu pun ada lebih...hehe...kalau berbelanja beli makanan, sayuran, bunga,hadiah....ermmm tak banyak mana pun...hehe.

Jemput datang ke Cameron...

cantik bunga nie

Thursday, October 6, 2011

Jalan Tar

Walaupun hanya 2 hari balik perak....sempat lagi aku singgah KL...hehe sajer nak mahirkan skill berjalan ak...hahaha. Dah ada kesempatan tue, ape lagi...gunakan masa yang ada di jalan tar.

sementara menungu matun
Berjalan kat kl nie dah tentu2 malas nak drive, jadi lebih baik gunakan LRT or Komuter...bukan sajer jimat malah mudah n cepat pon sampai. Senang dan tak merungsingkan, kepada yang pakai kenderaan tue...cari lah mana-mana LRT yang berdekatan, parking keta kat situ...tapi kena pastikan keta dikunci dan dikawasan yang selamat. Baru lah hati senang nak gi shopping kat jalan tar nie.

aniz n matun
dah lama tak naik LRT..hehe
Kepada yang suka shopping baju kurung, kerongsang, kemeja n macam-macam lah, ak sarankan pergi lah berjalan kat Jalan Tar nie. Tapi kepada yang tidak suka kesesakan dan tak suka pening-pening kepala nak tawar-menawar digalakkan tak pergi ke sana...hehe...daripada bermuka moody baik jangan pergi...

Mulakan perniagaan yang lebih baik =)

Bila Semua Dah Kahwin

Bila kita semua dah meningkat dewasa, sudah tiba masanyer kita hidup berdua...eceh...hehehe... Jadi masa nie lah masing-masing duk sebuk nak cari pasangan yang sesuai tuk dijadikan teman di dunia dan akhirat...amin.

Nad dan pasanganyer
Hujung minggu yang memang best sangat dapat berjumpa kawan2 kat majlis nad...wah2...nad dah bergelar isteri orang...so kawan2 yang lain..jangan tunggu lagi...hehe... Antara aksi yang dapat aku kongsikan  di majlis nad

adina, mama azie, ella, matun, miera n aniz
merasa naik pelamin nad
calon2 seterusnyer....hehehe
bersama mempelai
carpet merah tue...
 kepada sir izrul...thanks sangat-sangat kerana sudi ambik gambar kami semua...hehe. Alhamdulilah majlis berjalan lancar. Bagi kawan-kawan yang lain jangan lupa nak kahwin ajak lah...

Ikatan Perkahwinan adalah ikatan yang suci...cintailah suami/isteri yang telah kamu kahwini...

Thursday, July 28, 2011

Ada Berani Bukit Fraser

assalamualaikum...
Macam mana berani tak bawak keta naik bukit Fraser?? nie yg kawan aku tanya mula2 kami nak gerak naik ke bukit fraser. Memang cakap jujur aku ada rasa cuak nak bawak keta naik atas...al maklumlah jalan nak naik memang mencabar tapi bila difikirkan tak salah kalo mencuba, lagipun niat kami semua baik, nak makan laksa sedap di atas bukit sana....hehehe.. Bunyi cam kelakar tapi tue lah kami semua naik atas semata2 nak makan laksa. Nie lah yang miera umpan aku naik bukit fraser...tapi rasanya tak ada ralat pon naik atas  sebab tempatnyer memang cantik, sesuai tuk yang suka bergambar macam aku.


tinggi kan aku
Naik bukit fraser dari umah miera sejam je, jadi tak lah jauh mana pun pada pendapat aku. Bukit fraser nie sempadan selangor dan pahang, untuk kami yang dari kerling hanya perlu ikut jalan Kuala Kubu Bharu dan melalui jalan empangan. Dah sampai jer empangan selangor tue...terus jer naik ke atas mengikut signboard Bukit Fraser. Bila kita dah sampai simpang nak naik bukit fraser itu, aku galakkan korang memandu dalam keadaan menghirup udara luar untuk elakkan keta korang tue meragam. Jalan nak naik memang mencabar, selekoh memang tajam ditambah dengan jalan yang kecik....hanya boleh muat sebuah keta je. Bagi gear plak, korang digalakkan guna gear dua dan tiga jer....jangan terlalu laju, jalan memang licin.. Rasanyer sebab waktu aku naik, hujan tapi tak lah lebat  sangat.


Dah sampai atas memang puas hati lah tengok suasana bukit fraser, walaupun dah naik atas hujan lebat...huhuhu.. Tapi kami semua tak putus harapan, kedai laksa dicari dalam hujan...hehe, agak mengecewakan kedai tue dah pindah  kat bahagian atas, disebabkan terlalu lapar... kami semua makan kat area bawah.


sangat lapar jer tengok muka...hehe
Korang tengok dalam gambar lima orang kan dan termasuk aku jadi enam orang, disebabkan saiz berat badan yang berbeza2...kitaorang naik bukit fraser guna 2 keta. Bukan sahaja melancarkan perjalanan malah menjamin keselamatan. Untuk pengetahuan korang jalan naik dan jalan turun dah ada perbezaan...kiranya ada dua jalan yang mudah bagi sebuah keta. Cuma aku nasihatkan bawah beg plastik tau, jalan nak turun lagi mencabar dari naik, kawan aku pon muntah teruk waktu turun. Untuk elakkan keta korang kotor baik sediakan beg plastik...hehehe
nie lah banglo yang kitorang nak bermalam kalo tak dapat turun


bila hujan dah berhenti..sakan bergambar
dekat sangat dengan raub
Dalam lepak2 ambik gambar ramai tau pengantin shoot gambar kahwin kat atas. Nak citer lebih2 pon tak leh gak, korang gi sendiri naik atas...memang puas hati, tempat solat pon ada jadi jangan risau. Suasana kat sini sama sejuk dengan kat Genting dan Cameron jadi jangan pakai baju lengan pendek macam aku tue...huhu. Kepada semua  kawan2...jom gi Bukit Fraser...hihi






baju tebal naik bukit...
mata rambang tengok gadget...
bukit Fraser naik tak sakit...
apa lagi moh lah tawan bukit....




bercuti dengan niat baik...tengok ciptaan ALLAH swt =)

Thursday, July 14, 2011

Cahaya ICT

Assalamualaikum....malam nie nak cerita pasal Cahaya ICT...Seronok kali pertama pergi ICT Shah Alam macam tak percaya jer aku habiskan masa berjalan-jalan hanya tuk tengok cahaya yang direka daripada LED...hahahaha....cantik...sangat cantik...kepada yang tak pernah pergi....pergilah walaupun sekali, orang kata...dapat jugak lah merasa kan...hihi

mula-mula sampai...
Tahniah kepada pereka-pereka muda yang membuat bermacam-macam bentuk LED yang disertakan warna-warna cahaya yang menarik. Memang seronok sangat lepak kat ICT, jalan jer sikit ambik gambar....hihihi.. ramai plak tue orang, memang menjadi tumpuan ramailah. Memang rezeki, niat nak balik johor dari perak, singgah sekejab kat rumah kawan...Dia bawak kami bertiga ke ICT...dah lah masuk kena bayar...memang terbaik lah layanan dia...dengan rumah yang kemas, bujang yang memang rajin...

dia yang bawak...terima kasih...hihi
fuh...teruja sungguh aku ambik gambar....asyik-asyik ambik...hahahah....tak sedar tue dah jalan jauh. Rasa yang memang menarik sebab kita pergi sana waktu malam, jadi suasana pun memang sejuk lah jugak. penat memang tak terasa. Sebab dah sakan ambik gambar...hihi

sakan ambik gambar...

nie masa lalu kat area atas...

cantik kan cahaya
cantik sungguh
Jangan rasa setiap yang kita buat tidak ada kenangan...ada...memang ada jika kita hargainya... bagi yang pergi ICT, korang mesti pernah dengar cita pasal hantu kat sana kn?? aku pun tak pasti sebab alhamdulilah tak jumpa waktu pergi haritue...hihi....yang aku dengar hantu tue boleh nampak dalam gambar yang kita ambik kat sana. Kami ini balik jer rumah terus tengok gambar-gambar yang ambik kat ICT tadi...alhamdulilah semua gambar tidak dicemari dengan gambar yang tidak sepatutnya...hihi..

hahaha....nak panjat pokok...

kasi makanan

muka tenang di sebalik cahaya...hihi

rasa macam nak terbang tengok dari atas...hihi

Kawan-kawan semua jangan lah takut nak pergi ICT....Moh lah gi sana....terbaik...memang menarik... Pergi sana bawak lah niat yang baik dan jangan nakal-nakal....

datang jangan tak datang...hihi

pagi petang asyik berjalan...
Bila penat mula nak rehat...
Kalau kita asyik bersukan...
Badan yang lembik  menjadi sihat....

teruskan membaca.... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...