Followers

Thursday, July 28, 2011

Ada Berani Bukit Fraser

assalamualaikum...
Macam mana berani tak bawak keta naik bukit Fraser?? nie yg kawan aku tanya mula2 kami nak gerak naik ke bukit fraser. Memang cakap jujur aku ada rasa cuak nak bawak keta naik atas...al maklumlah jalan nak naik memang mencabar tapi bila difikirkan tak salah kalo mencuba, lagipun niat kami semua baik, nak makan laksa sedap di atas bukit sana....hehehe.. Bunyi cam kelakar tapi tue lah kami semua naik atas semata2 nak makan laksa. Nie lah yang miera umpan aku naik bukit fraser...tapi rasanya tak ada ralat pon naik atas  sebab tempatnyer memang cantik, sesuai tuk yang suka bergambar macam aku.


tinggi kan aku
Naik bukit fraser dari umah miera sejam je, jadi tak lah jauh mana pun pada pendapat aku. Bukit fraser nie sempadan selangor dan pahang, untuk kami yang dari kerling hanya perlu ikut jalan Kuala Kubu Bharu dan melalui jalan empangan. Dah sampai jer empangan selangor tue...terus jer naik ke atas mengikut signboard Bukit Fraser. Bila kita dah sampai simpang nak naik bukit fraser itu, aku galakkan korang memandu dalam keadaan menghirup udara luar untuk elakkan keta korang tue meragam. Jalan nak naik memang mencabar, selekoh memang tajam ditambah dengan jalan yang kecik....hanya boleh muat sebuah keta je. Bagi gear plak, korang digalakkan guna gear dua dan tiga jer....jangan terlalu laju, jalan memang licin.. Rasanyer sebab waktu aku naik, hujan tapi tak lah lebat  sangat.


Dah sampai atas memang puas hati lah tengok suasana bukit fraser, walaupun dah naik atas hujan lebat...huhuhu.. Tapi kami semua tak putus harapan, kedai laksa dicari dalam hujan...hehe, agak mengecewakan kedai tue dah pindah  kat bahagian atas, disebabkan terlalu lapar... kami semua makan kat area bawah.


sangat lapar jer tengok muka...hehe
Korang tengok dalam gambar lima orang kan dan termasuk aku jadi enam orang, disebabkan saiz berat badan yang berbeza2...kitaorang naik bukit fraser guna 2 keta. Bukan sahaja melancarkan perjalanan malah menjamin keselamatan. Untuk pengetahuan korang jalan naik dan jalan turun dah ada perbezaan...kiranya ada dua jalan yang mudah bagi sebuah keta. Cuma aku nasihatkan bawah beg plastik tau, jalan nak turun lagi mencabar dari naik, kawan aku pon muntah teruk waktu turun. Untuk elakkan keta korang kotor baik sediakan beg plastik...hehehe
nie lah banglo yang kitorang nak bermalam kalo tak dapat turun


bila hujan dah berhenti..sakan bergambar
dekat sangat dengan raub
Dalam lepak2 ambik gambar ramai tau pengantin shoot gambar kahwin kat atas. Nak citer lebih2 pon tak leh gak, korang gi sendiri naik atas...memang puas hati, tempat solat pon ada jadi jangan risau. Suasana kat sini sama sejuk dengan kat Genting dan Cameron jadi jangan pakai baju lengan pendek macam aku tue...huhu. Kepada semua  kawan2...jom gi Bukit Fraser...hihi






baju tebal naik bukit...
mata rambang tengok gadget...
bukit Fraser naik tak sakit...
apa lagi moh lah tawan bukit....




bercuti dengan niat baik...tengok ciptaan ALLAH swt =)

2 comments:

  1. nk g jg...din nnt aku kena dkt je dgn ko sbb nk g jln2..nnt aku bw ko n aniz g sbh lak...ajak smua n the geng..cik keroppi pon same.

    ReplyDelete
  2. hahaha...boleh jer...xada hal lah...jom lah gi sabar =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...