Followers

Tuesday, July 12, 2011

Lelaki, Perempuan, Persahabatan Dan Perasaan

Pergaulan kita bermula apabila kita memerlukan kawan. Bagi aku kawan boleh membantu dari segi membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan pihak luar. Bila kita ramai kawan, kita mampu berkomunikasi dengan baik dan dapat membuang sifat malu untuk menyuarakan pendapat. Mesti ramai antara kita yang mempunyai kawan baik...atau lebih mesra dipanggil sahabat... Sahabat antara orang yang kita berikan kepercayaan, kasih sayang dan antara orang yang paling rapat dengan kita.

makan bersama dapat membantu mengeratkan persahabatan
Persahabatan antara lelaki dan perempuan adalah dua makna yang berbeza....dimana hanya kawan...atau kekasih. Bagi perempuan, sahabat lelaki yang mereka anggap sebagai kawan hanya dilayan seperti kawan-kawan yang lain dan tidak ada kata-kata yang lebih mesra semasa mereka berbual. Seorang lelaki pula, yang menaruh hati kepada seorang perempuan akan berusaha untuk meluangkan masa bersama seperti mahu keluar berdua dan sangat mengambil berat terhadap perempuan tersebut. Jika kita berada di situasi ini, kalau kita sudah berpunya....aku nasihatkan jangan lah dilayan lelaki tersebut...Sebabnya "bertepuk Sebelah Tangan Tidak Akan Berbunyi" . Istilah berkawan hanya akan ada jika seorang perempuan dan seorang lelaki tersebut dapat berborak secara ramai dan hanya keluar dengan rakan perempuannya jika semua kawan-kawan lain keluar sekali. Haaa....nie baru boleh percaya lelaki tersebut hanya menganggap kita sebagai kawan.
hanya berada di dalam kelompok ramai....sekadar kawan
Persahabatan baik antara perempuan dengan perempuan boleh menjadi rengang apabila soal perasaan dikaitkan. Perempuan suka bermain dengan emosi dan jiwa mereka mudah tersentuh. Perasaan yang ada selalu diuji dengan situasi yang membolehkan seorang perempuan memilih untuk menerima, menolak dan melepaskan sesuatu yang mereka sayang. Keputusan yang dibuat bukan untuk kebahagian diri...tetapi kebahagian orang lain... Pengorbanan ini suatu ujian dalam menguji kesabaran. Pada aku, pengorbanan ini suatu petunjuk yang menunjukkan kita kena  sentiasa menerima takdir ALLAH swt...walaupun pedih, sakit dan menganggu emosi...Jika kita memaafkan dan memberi dengan RELA...yang lebih baik akan datang kepada kita... InsyALLAH...
meraikan bersama hari bahagia...sahabat

 Menikam kawan dari belakang antara istilah kepada kawan yang makan kawan... Hal  ini terjadi apabila cemburu memakan diri, tidak ada rasa sayang terhadap persahabatan yang dibina, tidak ada kepercayaan, terlalu mengikut kemahuan hati dan terlampau ingin menjadi yang terbaik di mata semua. Sedarlah tidak ada manusia yang sempurna, untuk mendapatkan sesuatu yang kita sayang tidak perlu dengan kata-kata buruk terhadap orang yang kita tidak suka. Bagi aku sikap seperti ini akan memakan diri-sendiri, rancak bersembang hal orang lain sehingga terlupa hal sendiri. Jangan jadikan rasa cemburu menguasai diri, sedikit sebanyak syaitan telah meniupkan hasutannya di telinga orang yang dengki...huhuhu.....takutnyerrr.

memilih atau dipilih

Cinta, Persahabatan dan pergaulan mempunyai kaitan dalam hubungan kita terhadap masyarakat sekeliling. Dalam sedar atau tidak kita pelakon di dunia ini, Cinta terjadi apabila dua pihak menerima antara satu sama, tidak ada istilah tidak serasi atau mempunyai masalah apabila bercinta kerana bagi aku apabila seorang lelaki sudah meluahkan rasa cinta terhadap seorang perempuan, Lelaki tersebut perlu memupuk rasa cinta dan membina keserasian serta menghindari masalah dalam hubungan mereka. Hanya orang yang tidak yakin dengan cintanya sahaja akan mencari alasan dalam cinta mereka. Sedarlah bergaduh kecik-kecik atau besar-besar dalam percintaan antara cara kita mengenal pasangan kita. Seronok kan bila begaduh...hahaha....mesti ada jer yang akan mengalah dan beralah...
memupuk persefaham dalam percintaan
Rasa yang terdapat dalam diri tidak perlu dipendam sendiri...Inilah gunanya kawan...kawan yang mampu meminjamkan telinga dan minda untuk membantu kita melegakan perasaan yang tidak perlu kita simpan sendirian. Perasaan yang boleh memakan diri, pada aku memang pada mulanya susah untuk menerima kenyataan...tapi apabila ianyanya sudah berlalu seperti angin....rasa yang dulu membuatkan kita sediih, marah, kesal dan amat kecewa....mampu kita lahirkan senyuman apbila kenangan itu hadir kembali....

mengharapkan sesuatu ikatan berakhir dengan perkahwinan

sekadar membantu mem positif kan diri mereka-mereka yang mempunyai rasa yang sama :)

4 comments:

  1. cik dina....ajar la aku cmne nk letak pic ngn rame2 biru tu...nk jgk..hihihi....

    ReplyDelete
  2. hg edit dulu pic mcm kita wat dulu2 tue...pastu gi kat design...hg cari gadget yang picture...klik dan ambik jer pic terus masukkn...susun cantik2 tau...selamat mencuba :)

    ReplyDelete
  3. cinta itu indah... :) tapi cinta juga akan jadi sengsara jika hal kecil dirumitkan..

    ReplyDelete
  4. bila bercakap pasal cinta...hanya hati dan perasaan kita yang rasa...mungkin orang lain tak dapat terima...tapi kalo dah mengalaminya...ianya mungkin faham rasa yg kita rasa...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...