Followers

Thursday, July 28, 2011

Ada Berani Bukit Fraser

assalamualaikum...
Macam mana berani tak bawak keta naik bukit Fraser?? nie yg kawan aku tanya mula2 kami nak gerak naik ke bukit fraser. Memang cakap jujur aku ada rasa cuak nak bawak keta naik atas...al maklumlah jalan nak naik memang mencabar tapi bila difikirkan tak salah kalo mencuba, lagipun niat kami semua baik, nak makan laksa sedap di atas bukit sana....hehehe.. Bunyi cam kelakar tapi tue lah kami semua naik atas semata2 nak makan laksa. Nie lah yang miera umpan aku naik bukit fraser...tapi rasanya tak ada ralat pon naik atas  sebab tempatnyer memang cantik, sesuai tuk yang suka bergambar macam aku.


tinggi kan aku
Naik bukit fraser dari umah miera sejam je, jadi tak lah jauh mana pun pada pendapat aku. Bukit fraser nie sempadan selangor dan pahang, untuk kami yang dari kerling hanya perlu ikut jalan Kuala Kubu Bharu dan melalui jalan empangan. Dah sampai jer empangan selangor tue...terus jer naik ke atas mengikut signboard Bukit Fraser. Bila kita dah sampai simpang nak naik bukit fraser itu, aku galakkan korang memandu dalam keadaan menghirup udara luar untuk elakkan keta korang tue meragam. Jalan nak naik memang mencabar, selekoh memang tajam ditambah dengan jalan yang kecik....hanya boleh muat sebuah keta je. Bagi gear plak, korang digalakkan guna gear dua dan tiga jer....jangan terlalu laju, jalan memang licin.. Rasanyer sebab waktu aku naik, hujan tapi tak lah lebat  sangat.


Dah sampai atas memang puas hati lah tengok suasana bukit fraser, walaupun dah naik atas hujan lebat...huhuhu.. Tapi kami semua tak putus harapan, kedai laksa dicari dalam hujan...hehe, agak mengecewakan kedai tue dah pindah  kat bahagian atas, disebabkan terlalu lapar... kami semua makan kat area bawah.


sangat lapar jer tengok muka...hehe
Korang tengok dalam gambar lima orang kan dan termasuk aku jadi enam orang, disebabkan saiz berat badan yang berbeza2...kitaorang naik bukit fraser guna 2 keta. Bukan sahaja melancarkan perjalanan malah menjamin keselamatan. Untuk pengetahuan korang jalan naik dan jalan turun dah ada perbezaan...kiranya ada dua jalan yang mudah bagi sebuah keta. Cuma aku nasihatkan bawah beg plastik tau, jalan nak turun lagi mencabar dari naik, kawan aku pon muntah teruk waktu turun. Untuk elakkan keta korang kotor baik sediakan beg plastik...hehehe
nie lah banglo yang kitorang nak bermalam kalo tak dapat turun


bila hujan dah berhenti..sakan bergambar
dekat sangat dengan raub
Dalam lepak2 ambik gambar ramai tau pengantin shoot gambar kahwin kat atas. Nak citer lebih2 pon tak leh gak, korang gi sendiri naik atas...memang puas hati, tempat solat pon ada jadi jangan risau. Suasana kat sini sama sejuk dengan kat Genting dan Cameron jadi jangan pakai baju lengan pendek macam aku tue...huhu. Kepada semua  kawan2...jom gi Bukit Fraser...hihi






baju tebal naik bukit...
mata rambang tengok gadget...
bukit Fraser naik tak sakit...
apa lagi moh lah tawan bukit....




bercuti dengan niat baik...tengok ciptaan ALLAH swt =)

Recycle Good For Your Life

Assalamualaikum

Sekadar berkongsi aktiviti hari nie. Mengemas barang2 nie kalo kita sebagai student mesti banyak kertas2 tak terpakai, paper yg dah lama...kadang2 kalo kumpul balik mau 2 3 kotak... Jadi aku nak ajar korang semua kitar semula barang2 nie...bukan sahaja kita membantu mengemas umah, sekitar kawasan umah...malah kita juga dapat memupuk diri untuk lebih menghargai kebersihan. Untuk makluman korang, kalo korang recycle korang jugak dapat duit...walaupun tak lah banyak mana tapi berbaloi jugak dari korang bakar...mencemarkan udara sekitar...

recycle di area parit karjo, Batu Pahat
Gambar kat atas nie menunjukkan lokasi aku recycle buku2, kertas, paper, botol plastik dan kotak2 yang aku dah tak nak guna. Setakat nie dah 3 kali aku gi recycle kertas2 yang tak terpakai, untuk pengetahuan korang barang2 plastik sekilo RM0.50 dan kertas pulak sekilo Rm0.50...tapi jangan terkejut pulak kalo bila korang gi recycle tetiba harga barangan sekilo naik...sebab barangan nie dikira harga mengikut pasaran plastik dan kertas...Untung nasib mana tau naik kan...dapat lah jugak untuk tampung makan sehari...hehe, maklum lah student kena jimat =)

kertas dan botol plastik yang aku recycle untuk hari nie
Seronok bila kita reycle nie, bukan ape melalui recycle lah kita tau betapa susahnya nak dapatkan duit. Kena lah tau orang-orang yang kutip botol2, tin minuman dan kertas kat jalan tue berusaha jugak nak dapatkan duit yang halal, jadi jangan lah kita memandang hina pada mereka. Ingat rezeki ada dimana-mana. ALLAH swt...telah sediakan untuk kita semua...berusaha lah.

tempat timbang
Untuk pengetahuan korang, aku tau tempat nie pon dari ateh, sebab dia yang mula2 gi recycle... So aku pon sudah pandai recycle...terima kasih ateh... Selepas jer timbang kuantiti kertas dan plastik pekerja recycle tue akan berikan korang kertas yang ada tulis berat jumlah barangan korang. Korang kena sediakan ic untuk dapatkan jumlah duit. Senang kan, tak payah banyak keje, bila dapat duit boleh lah beredar dari recycle....mudah, cepat dan memuaskan.
hari nie dapat rm6
ape ditunggu lagi....jom recycle....hihi. Jangan riso anda mesti puas hati....hehehe


banyak barang buat semak....
suruh kemas malas sekali....
jangan susah jangan moody...
apa salahnya gi recycle sekali...


Mencuba tak salah =)

Wednesday, July 27, 2011

Miss Yamm Balik Kampung

ASSALAMUALAIKUM....
miss yamm
Hari nie ada rasa sedih sikit selepas hantar kok tie di terminal BP....huhuhu. Nampak tak muka kok tie kat atas bus tue...hehe aku rasa dia nangis sikit kot sebab tengok kami berdua di bawah. Roomate yang pertama balik...Sepanjang 2 bulan kok tie duk serumah dengan kami...Alhamdulilah persahabatan kami bertambah akrab, ditambah dengan cara kok tie yang kelakar...hihi..

kok tie, aku, aniz
Wajah ceria kok tie nak balik jumpa keluarga...siap singgah kedai jehan tadi beli kerepek tuk adik nya tersayang...Kepada kok tie, duk umah jangan nak tido jer...mesti tolong mok wat keje...Yang paling penting belajar masakan yang sedap2 nanti leh rasa :)


belajar jauh di negari orang...
Terasa rindu kampung halaman...
Bila cuti mau pulang....
semoga selamat dalam perjalanan...



Tak salah mempunyai perasaan rindu :)

Tuesday, July 26, 2011

"kebun Kecik Ku"

Assalamualaikum...

Korang percaya tak kalo orang tua2 cakap "tangan sejuk kalo menanam, tanaman mesti tumbuh subur jer" hihi...mesti korang was-was kan...Tapi bagi aku, percaya lah jugak sebab selalunya orang tua2 cakap ada betulnya...Rasanyer itu hanya perumpamaan sahaja...sebab nak menanam kena ada kesabaran, tahan panas dan boleh menunggu sehingga tanaman kita berhasil. Dari situ wujudlah satu kenyataan orang yang rajin berbakti pada tanah dia akan dapat hasilnya. Dari sini aku nak citer sikit pasal aktiviti cuti sem aku tahun lepas. Mengusahakan sikit tanah mak abah di belakang umah dengan niat tak mau keje atau pergi jauh dari keluarga. Al maklumlah cuti hanya sebulan lebih jer masa tue...kalo sekarang 4bulan logik gak nak cari keje kan...hehe. Aku bermula dengan bersihkan kawasan yang aku nak jadikan tempat kebun kecik...hihi

keluasan kebun kecik ku
 Macam yang korang tengok kat gambar tersebut. Aku sediakan pagar di sekeliling kawasan "kebun kecik ku" untuk elakkan ayam masuk...Pagar tue dibuat menggunakan jaring net dan batang buluh, manakala kotak-kotak kayu tersebut untuk letak tanah yang subur.

tanah yang siap diletakkan dalam kotak2 kayu
Tanah hitam yang korang tengok kat gambar di atas aku gunakan campuran hampas kelapa sawit, tanah bakar serta tanah biasa. Bagus campuran nie sebab dah ada baja semula jadi, tak payah gunakan tahi ayam mahupun ape2 jenis tahi lah...hehe. Campuran tanah hitam tue aku beli dari pihak kilang, kalo tak silap satu guni rm5 kot... Yang 3 dalam satu tue aku yang reka untuk elakkan terlalu banyak gunakan tanah baja.
bijih benih sudah ditanam
Selepas sehari kita biarkan tanah 3 dalam satu tue mendap dengan menyiram air. Esoknya kita dah boleh tanamkan bijih benih... Pada permulaan aku tanam kangkung, kacang, sawi dan jagung. Memang seronok bila kita menanam nie sebab kita rasakan ketenangan buat satu kerja dari titik peluh sendiri. tambah2 lagi girl, bukan apa janganlah ingat duk umah kita tak ada benda nak wat. Mula2 jer kena keluarkan tenaga lebih sikit. Selepas jer bijih benih dah tanam, kita hanya perlu pantau proses pertumbuhan bijih benih, kalau ada rumput2 kat batas tue...kita cabut lah..Pagi siram dan petang pon kena siram..senang kan..Tak payah pon 24jam kena ada kat situ. Aktiviti nie memang seronok sangat apabila anda melihat tanaman anda tumbuh..hehe

kangkung dah mula tumbuh.

Haaaa....tanaman paling senang pada aku, kangkung  dan sawi sebab kita hanya perlu tabur jer bijih benih tersebut...pastu siram air macam yang aku bagitau tadi. Korang leh tengok tarikh aku tanam dan tarikh mula tumbuh...sekejab jer kn....
jagung
Cara nak jaga tanaman jagung nir agak rumit sikit...sebab kalo terlalu siram air nanti pokok jagung tersebut akan mula banyak air dan mati. Jadi tanaman jagung aku tak menjadi....hehe...sebab anak sedara aku rajin sangat siram air...Tapi tak pelah budak2 mula belajar nak berkebun. Kepada semua yang nak tanam jagung kena ingat...jangan terlalu siram dan satu plastik mesti satu sahaja pokok jagung kalau tanam kat beg plastik tapi kalo tanam kat tanam...mesti jarakkan dalam sati langkah supaya tanaman kita dapat tumbuh subur. Semua nie aku belajar dari akak ipar aku yang ambik kos pertanian...hihi
hasil tanam yang dipetik
Alhamdulilah dalam masa cuti sem tersebut aku dapat makan hasil tanaman aku sendiri... Wah memang seronok sangat, teruja pon ada sebab semua adik beradik aku ada kat umah. Kami sama-sama memetik kangkung untuk makanan tengahari...terbaik lah.. Memang banyak pon hasil kangkung yang tumbuh kat "kebun kecik ku" untuk berkongsi sesama jiran jugak...Aku bagi semua jiran kangkung tersebut. Untuk kita sama-sama rasa kangkung dari hasil tanaman aku.
hasil yang dipetik
mula nak masak
hasilnyer...kangkung goreng...nyummm
Kepada semua cubalah cari satu hobi yang boleh memberikan kita pulangan yang baik dari segi kesihatan, fizikal dan perhubungan dengan semua orang. Untuk pengetahuan semua ramai jugak kawan2 yang datang melawat "kebun kecik ku" untuk memberi semangat kepada aku terus berusaha.
Kepada yang pernah melawat...terima kasih...

Tanah luas dibiarkan berlalang..
badan sihat asyik dimanjakan....
kalau kita inginkan kejayaan...
langkahkan kaki terus kedepan...


Jangan takut untuk tunjukkan bakat sendiri :)

Monday, July 25, 2011

keletihan

Assalamualaikum...

Bila diri mula letih lesu disebabkan terlalu banyak menggunakan tenaga atau terlalu banyak menggunakan akal fikiran?? Pada aku....kedua-duanyer letih...Memang terasa sangat apabila kita mula mamai..cepat pening dan tak dapat fokus dalam apa yang kita lakukan. Biasalah bila bergelar student...itu jer modal tuk aku kuat...kalo ikutkan hati memang aku leh tido kat umah sampai 1 hari tuk kumpul tenaga balik....hihi, tapi tue semua keje sia-sia jer...bertambah membebankan adalah....terlalu malas diri, kita yang rugi...

dimana2 pun boleh tertido...hehe


Penat nie melatih diri kita untuk tido....Tido pulak melatih fikiran kita berehat dan kesakitan melatih kita menghargai diri sendiri.... Jadi kepada semua jangan asyik nak jaga orang jer....jaga diri sendiri dulu....baru orang yang tersayang...hehe... Fikirkan bukannyer wat dono jerr...nie asyik2 nak jaga orang lain...Sayang nie satu perasaan....tapi kalo perasaan menguasai diri...sayang pun boleh jadi benci...Ingat...Kita tak suka orang....tuuuu.....ramai lagi orang tak suka kita... Setiap apa yang kita lakukan ada pembalasan....sama ada baik atau tidak...

Jadi bila dalam keletihan...rehat diperlukan....ok...sekarang nak berehat...hehehe.


selamat malam semua :)

Sunday, July 24, 2011

fuyooo....terkena...hihi

Assalamualaikum...

Ada sedikit citer pasal "Fuyoooo...Terkena" . Al kisah bermula apabila tirah membuka laptop, dengan sepantas kilat dia bergerak ke bilik aku sambil berkata... "weeeeiii harinie besday zana jom lah kita wish ramai2, jom lah pelan kenakan dia, kita dengan juju dah macam2 fikir tadi tapi terlupa nak wat" Sepantas kilat aku melihat jam kat laptop aku....dah kul 12.10am...Fuyooo malam2 nak keluar ker?? hihi..

misi kenakan zana
 Dengan sepakatan kami semua merancang nak kenakan zana dengan membaling tepung. Dimana trah sebagai pelakon utama, aniz pembantu 1, juju pembantu 2. Kak tie dan aku sebagai penyerang utama...hahaa.. Memang kelakar bila macam2 pelan diorang wat...aku memang releks jer sebab asyik tergelak je.
bersiap nak gi umah zana

Kami bergerak dari umah jam 12 lebih...sampai di rumah besday girl... Trah menjalankan lakonannyerr.... "kak na, umah kitorang tak ada elektrik...kak na kami semua nak tumpang tido sini" aniz.."zana tengok nie kita dah bawak selimut...takpelah kita tido bilik anem dengan juju...diorang tak ada kan??" juju.."zana kesian kitorang tengah rancak main laptop tetiba elektrik xada...takut giler".
aku...tak banyak cakap terus mendapatkan sai yang berada diatas...seterusnya aku bagitau pelan nak kenakan zana...hihi.


gaya kerek...tuk menjayakan misi

Dalam rancak sembang, kak tie sebagai pembawa bahan rancangan di minta pergi ke tandas tuk bersiap sedia. Seterusnya aku mengambil bahagian tuk melempar tepung tersebut. Zana yang pada mulanya tak mahu pergi ke dapur, di gerakan oleh aniz dengan dialog " zana, dina cakap peti ais hg rosak, di yang buat...dah tak ada lampu, jom lah gi tengok" . Zana sampai jerrr....aku tak banyak cakap terus jer melempar tepung kat kat dia...diikuti sai...hihi...kelakar but memang best lah..
kami beramai2 menyanyikan happy besday tooo youuu zana....Semoga ALLAH swt.. sentiasa melindungi kamu dari sebarang kejahatan dan diperluaskan kebaikan serta rezeki yang halal... aminn.

seronok kenakan orang...hihi


kena mengena menjadi hobi...
bila terkena jangan nak moody...
kepada zana happy sekali...
semoga sentiasa dimurahi rezeki...


pelan trah....terbaik .

khas untuk mu zana...hihi :)

Saturday, July 23, 2011

blogger + cool blog = artis

assalamualikum....

Pelik tapi benar....hihi...dari pagi sehinggalah ke petang kot aku tak makan...Rugi betul tak puasa...huhu. Hari nie memang badan aku tahan lasak betul, dah lah tak makan nasi...hanya makan bihun pama punya lah nak jimat...hahaha. Tak lah, aku dah tak ada selera nak makan nasi sebab semalam cik yamm dah belanjer makan nasi...banyak betul lauk nyer...ikan siakap... tak habis aku nak makan...hihi...thanks cik yamm...nanti ada rezeki lebih lagi belanjer tau...hihi.

mencari sesuatu

Harinie teringin nak makan cool blog. Niat nak gi tengahari tapi cik yamm puasa. Jadi aku ajak budak umah gi pas maghrid lebih afdal bila kita dah solat. Sebelum sampai BP Mall, aku ajak diorang singgah pasar malam berhampiran. Berapa kali ronda2...akhirnya aku tak beli apa2 pon...
hahaha...sebab aku hanya nak makan laksa. Memang tak lalu nak makan nasi. Kira demand jugak lah aku nie. Tak salah kan demand sebab dari membazir baik beli apa yang kita rasa nak makan jer.

nie jer yang aku nak malam nie

Sampai jer BP Mall memang tak ingat dah niat sebenar datang sini... hahaha...Apabila melihat artis di pentas...Bertuah2...dapat tengok live Iqwal dengan Keena nyanyi. Serius kami semua tak lepas pandang iqwal...comey tau...hahaha. Dalam hati memang dah niat nak ambik pic dengan dia.... Nie buktinyerrr...hihi

iqwal dgn adina
Pas beli jer cool blog. Aku ajak cik yamm dengan juju makan kat atas, aku dengan aniz tak makan. Sebab memang tak nak makan....hohoo. Bajet tak lapor kn...hahaha. Habis jer diorang makan aku ajak lagi diorang ambik pic dengan iqwal....kali nie kami semua dapat ambik gambar dengan keena...hihi
Perkara terakhir nak kasi tau...tak salah minat artis...Lagi2 kalo lagu yang dia bawak sedap dan dia memang ada bakat.. suka tarian Iqwal....best...terbaik.

lagi pic iqwal dgn kami
keena bersama kami
Pengajaran hari nie...artis bermula dari peminat. So kalo iqwal tue terkenal pasnie...kami semua tak terkejut sebab dia melayan peminat dengan bagus sekali...sama jugak dengan keena. Jangan sombong pasnie tau...hihi.





suara merdu ada bakat...
bila menyanyi ramai peminat...
adik iqwal memang hebat....
semoga menjadi artis berbakat...

juju dgn keena... juju photographer
terima kasih semua yang membaca :-)

Friday, July 22, 2011

Secepat kilat...

Assalamualaikum...

Bila mood menguasai diri...Alhamdulilah lukisan auto cad siap seperti yang dirancang. Harap lukisan ini diterimalah...Terima kasih kepada yang membantu dari jauh mahupun dekat. Sebenarnya dah 3hari aku edit lukisan ini, mungkin mood tak berapa nak rajin dan mungkin jugak aku suka wat keje last minit ataupun mungkin aku rasa lega sangat dah ada bahan....hihi... Entah lah yang pasti lukisan dah siap, tapi hati tetap tak berapa nak puas...

Sebab aku merasakan lukisan aku kecik sangat nak dibandingkan dengan lukisan group lain. Lagi aku cuak...apabila skala 1:150....ditambah dengan lukisan aku yang terlampau bercirikan kemodenan... Syarat yang lec aku nak, mesti terapkan nilai kemelayuan dalam pembinaan. Aduh...bertambah cuak nie...

kekemasan dapat menarik mood positif

Mungkin ini lah namanyer belajar, kita tak mungkin dapat memberikan 100% kehendak yang di perlukan tapi kita dah mencuba. Mencuba lebih baik dari tak lakukan apa2 kan. Kalau lah ada orang membantu dari jauh...hihi...masih mengharap tue...hoho. Apa2 pun aku suka dengan hasil keje aku. Tak kisah lah sekadar menjadi pengedit berkerjaya...hihi. Asalkan lakukan sesuatu tuk masa depan. :)


mood nie datang bila hati kita sentiasa ceria dan mahukan perubahan. Jangan asyik nak negatif jer...Bawak bertenang dan banyak kan berselawat. Sesungguhnya diri yang sentiasa berselawat dapat menjauhkan diri dari Syaitan. Pelajaran pagi nie...jangan mudah putus asa. Jalan ada kat depan jangan duk main tarik2 orang lain...Jalan sendiri, bila jatuh...tenang bangun...dan terus jalan...berjalan sehingga dapat ilmu di dunia dan akhirat...


dah pakai sepet sekarang...hanya bila perlu

ilmu itu pelita kehidupan...
mood itu kenyataan perasaan...
dunia nie hanya persinggahan...
akhirat jua suatu kepastian...


tenangkan diri....banyakkan berbakti kepada diri sendiri :)

Thursday, July 21, 2011

Maafkan aku....Burung...

Assalamualaikum...

Sepanjang hari nie rasa manja sikit...hihi. Juju masak harinie jadi aku hanya perlu makan jer... best sangat duk melepak jer. Entah kenapa lah harinie malas sikit...Memang malas lah, lukisan auto cad pon tak siap edit, adakah aku nie seorang yang suka wat keje last minit?? ermmm....aku rasa pada pandangan aku lah, aku wat keje ikut mood aku. Layan FB dengan blog rajin plak kn...biasalah, adat manusia nak berhibur....hihi. Sungguh tak ada mood nie. Perasan tak bila kita tak ada mood mula ar kita nak kacau orang lain supaya mood rajin kita datang, Salah satu sifat yang ada pada manusia, tapi berpada2 lah nak kacau orang pon kan. Jangan nanti orang meluat dengan kita atau erti kata lain rugi lah kita tak orang nak kawan...hohoho...sedihnyerrr

Haaaa....aku ada satu citer, tapi tak ada pon kena mengena dengan kacau orang...hihi. Citer nie bermula macam nie, di pagi yang indah...selepas azan subuh. Aku bersiap nak balik Perak, lepas aku solat subuh, aku terus nak gerak sebabnyer aku nak masuk KL....nak ambik akak aku. Memang aku pon tengah excited nak balik kampung...rasa macam dah lama tak balik. Rasa seronok tau bawak keta di pagi hari, keta pun tak banyak kat jalan raya. Masuk jer highway lagi meriah...hahaha...tak ada keta sangat...mula2 aku layan jer lagu yang terpasang kat radio...tapi bila dah lama drive rasa sepi plak tak ada orang nak ajak sembang...mula ar fikir betul ker aku ikut highway nie...hohoho.. Korang nak tau kenapa aku fikir macam tue...seram plak nak citer.... yela jalan highway sunyi sangat pastu banyak sangat burung berterbangan kat udara. Kira melalui keta kancil aku pon leh nampak tue burung2 tue....hohoho...hitam jer awan.

gaya nak balik kampung
Di pendekkan citer, aku syok layan lagu menyesal dari sixth sense...tetiba memang aku tak jangka...banyalk betul burung kat area depan jalan aku... Korang fikir lah highway kan so kelajuan pon tak leh nak slow....huhuh...aku memang berusaha sedaya upaya elak...tapi ada se ekor burung nie memang dah takdir dia. Aku terlanggar secara tak sengaja...kuat jugak gegaran dari burung tue...huhuhu..Dari radio aku kuat....aku tutup...aku tak fikir panjang aku tadah dua belah tangan aku...memohon kat ALLAH swt...Ya ALLAH aku tak terniat nak langgar burung tue...aku tak sengaja...Ya ALLAH ampunkan aku...huhuhu... Mood aku waktu tue memang nak nangis sangat... Ce korang fikir pe jadi dengan keta aku...aku dah tadah dua belah tangan tue....nasib baik aku perasan...sikit jer lagi aku nak terbabas...Alhamdulilah aku ok jer sebab keta aku tak laju sangat dan tak ada keta kat sebelah mahupun belakang aku. Rasa tak sedap hati pas terlanggar burung tadi, sepanjang perjalanan aku berselawat...Sehingga lah aku sampai KL dan aku citer kisah nie kat akak aku.Dia pendengar yang setia, alhamdulilah kami selamat sampai Trolak...

Moral citer nie janganlah terlalu leka semasa memandu...jangan asyik melayan lagu... Ingatlah nyawa kita berharga...termasuk lah nyawa haiwan yang ada kat dunia nie...secara sengaja atau tak sengaja. Kalau boleh di elakkan...elakkan tau.

hanya mampu makan kat dalam keta

bila memandu jangan terleka...
orang yang disayang harus diingat...
berehat seketika tambah tenaga...
agar perjalanan kita selamat...


Apa sahaja kita buat....niat itu yang penting... :)

Wednesday, July 20, 2011

dalam badan ada ulat...eee

Assalamualaikum...sekadar ingin berkongsi, harinie aku dengan roomate ku...gi satu terapi resdung dekat Sareena Beauty, Parit Raja,Batu Pahat. Mula2 aku tak berapa pasti nak lakukan rawatan sebab sekarang nie aku tengah tak berapa nak kaya...hihi.. Harga rawatan rm25 mengunakan kaedah tradisional iaitu guna tempurung kelapa yang ditepuk lupang dan dihalakan ke atas menggunakan buluh kecil.

ulat resdung

Akak yang buat rawatan kat kami memang peramah, dia tak ada rahsiakan ape2 pun kaedah rawatan nie..Herba yang dia gunakan memang mahal. Menggunakan kepingan tembikar yang dipanaskan ke atas api. Kepingan tersebut diletakkan kat dalam dulang, dimana herba yang menjadikan asap tersebut diletakkan. Nak naikkan asap yang banyak, akak tue letak sikit minyak masak. Syok tau buat rawatan nie, kaedah asapkan pulak bermula dari lubang hidung, kemudian sekeliling kelopak mata, bahagian muka, telinga dan yang batu terakhir suka hati lah korang nak asapkan kat mana asalkan bahagian muka...hahaha...jangan wat yang bukan2...hihi

minyak diletakkan sedikit kat herba
Setiap kali tempurung tue dibuka, terkejut kami tengok ulat2 putih yang ada. Jadi kepada kawan2 yang nak cuba gi lah...berbaloi keluarkan duit tuk kesihatan. Alhamdulilah pas buat rawatan rasa lega, dah tak alah sangat dengan habuk. Aku pernah jugak dengar pasal rawatan resdung menggunakan lipan tanah kalo tak silap lah...elok sangat, berkesan...insyALLAH kalo ada sesiapa yang tahu alamat tuk rawatan resdung guna lipan tanah...share lah...Kita tolong orang kita cari rezeki yang halal :)

ulat yang keluar dari muka aku...hahaha

hidung berair lap guna tisu...
bila bersin semua nak lari...
kalau duit disimpan lagu tu...
sakit yang lama muncul kembali...
kami dah cuba...anda bila lagi...hihi
carilah penawar selagi boleh...jangan cari penyakit selagi riak...

sesuatu yang aku sayang...

Assalamualaikum...pagi nie bangun jer tido macam2 nak karang sebenarnya...cuma masa jer yang tak mengizinkan...busy sikit dengan asgmt auto cad..hihi....Al kisah bermula dengan patrick Star, yang tercampak jauh di pagi hari...hihi...Aku sayang giler dgn patrick nie...selalu aku peluk tiap malam. Koleksi hadiah yg aku dapat...Sebelum nie aku suka sangat dengan Spongebob...memang banyak lah koleksi aku dari yang besor hingga kecik. Tapi takdir dah menentukan...Semua koleksi aku kena rompak...bunyi mcm tak logik kn...Itulah yang aku ralatkan sampai sekarang, kalo perompak yg masuk umah sewa aku (waktu zaman kegemilangan belajar di poly) ambik computer, motor, duit dan tabung duit syiling aku...Tak lah aku rasa heran sangat...Nie ambik semua koleksi spongebob aku....sedih....sangat sedih....sebab semua itu aku tak beli guna duit sendiri....orang yang kasi...memang aku sayang, siap sediakan tempat gantung lagi...yang besor aku peluk setiap malam. Geram sebenarnya bila ingat kembali...tapi aku doa sangat kalo orang yang ambik tue tak gunakan koleksi aku tuk benda2 yang tak elok...harap dia gunakan tuk kebaikan...Aku dah halalkan....dah lama pun perkara nie berlaku...Mungkin koleksi spongebob tue bukan milik aku...huhuhu

patrick mengantikan spongebob...hihi
Bercakap pasal koleksi, aku memang suka kumpul koleksi hadiah yang kawan2 kasi...terutama sekali benda2 yang comey2...hihi..setakat nie lah aku suka letak hadiah tue kat dalam keta aku. Keta pun hadiah jugak dari mak abah...terbaik lah...aku dapat keta, memang seronok tapi macam membebankan sebab aku masih belajar lagi. Harap pasnie aku dapat memberikan yang terbaik kat mak abah, janji tak menyusahkan lagi.
jangan tak percaya
Bila seseorang memberikan kita hadiah, ikhlas itu penting supaya mereka dapat pahala jika kita menerima dengan gembira dan mengunakan hadiah itu untuk kebaikan. Com kawan poly....dia nie suka jugak kasi aku hadiah, dalam sedar tak sedar jer. Banyak tolong aku sampai lah sekarang...tak pernah lupa tue..hihi...Koleksi spongebob aku pulak matun yang kasi...huhu...aku tak sengaji terkasi perompak tue ambik...hahaha...leh lagi aku nak melawak...huhu. Koleksi dalam keta pulak...aniz yang selalu hadiahkan...aku malas nak beli, sajer je aku ajak dia gi tengok benda2 comey...hahaha...nanti dia mula lah kasi hadiah...hahaha. Biasa lah genius....lalalala
hadiah dari com
seronok bila kita dapat hadiah terutama sekali dari orang yang kita sayang....hihi.. Terutama hadiah itu yang kita tak jangka akan dapat. Ingat semua berbuat baik dengan orang...insyALLAH kita mendapat yang baik.

antara hadiah koleksi dlm keta
masa itu emas























dari kok
memberi dengan tangan kanan...
menerima dengan hati terbuka...
menjaga dengan sepenuh keikhlasan...
menjadi satu paparan....


semakin berusia...semakin banyak hadiah...hihi

dapat hadiah simpan...jangan buang....hihi :)

Tuesday, July 19, 2011

Gunalah aku...."hartamu"

Ramai yang kata orang bawak kenderaan sendiri gi belajar bajet kaya jer...hahaha...kelakar kn, tapi bagus jugak tue...doa tue...alhamdulilah rezeki makin murah. Salah faham tue...opss...tak leh cakap salah faham...sebenarnya tak betul pon tanggapan mcm tue, tak semua yang bawak keta or motor tue kaya...Mana lah kita tau, diorang beli dari duit sendiri masa diorang keje dulu...tak pon mak abah kasi bagi memudahkan pergerakan diorang kn...Macam aku, mintak sendiri kat abah nak guna keta...aku ada alasan yang kukuh...
Pertama...duit yang aku keluarkan tuk balik dari perak ke johor...lebih kurang jer....
kedua...aku janji bawak keta elok2...jaga keselamatan diri.
ketiga...aku balik ramai-ramai...boleh bawak barang banyak2..
keempat...memudahkan aku nak balik perak bila2 masa...tak nyusahkan orang nak ambik aku..
kelima...memang aku suka drive....sangat suka berjalan2...tak kisah lah berapa jam pun...hihi

tgk sambil bawak tue leh mengumpat...haha
Banyak benda yang orang tak tahu, bila kita dah guna keta time study nie...kita kena ada masa bersama keta kita...eceh untuk pastikan keta tue sentiasa dalam keadaan ok... aku kalo nak balik johor... abah aku mesti pastikan keta dalam keadaan ok, jadi dia ajar aku pergi servis keta, check tayar...dari segi angin dan bunga tayar...kalo tak elok dah...tukar jer...takut terjadi apa2 bila kita memandu jauh. Kalo dari johor nak balik perak, aku sendiri kena servis...huhu...alhamdulilah abah aku dah ajar...jadi tak susah tuk aku wat sendiri, bengkel yang selalu aku gi...kat kampus bandar...ermm hahaha...nama dirahsiakan...hihi...memang terbaik layanan nyer...paling untung sebab berpatutan dan diorang ajar aku cara jaga keta...terbaik..
memandu jauh...but aku masih mematuhi undang2...hihi
Sepanjang aku belajar selama 2 tahun nie...wah dah 2 tahun aku kat johor...tak terasa...Aku dah banyak kali ulang-alik balik umah...Orang yang sentiasa ikut aku balik...memang kerap pon cik aniz...hihi...sebab dia pun orang perak...Tak lupa jugak cik ecah dan cik sue...nie semua rakan sekepala...hihi...Memang best balik dengan diorang nie, teman yang  setia...Tak benarkan aku terleka time drive.Tetiba teringat peristiwa aku, ateh,sue,aniz dan ecah balik perak... Kami semua  dari ipoh nak balik johor. Kalo tak silap bertolak dari ipoh pukul 9pm...sampai johor dalam kul 4am... Bagus sungguh kawan2 aku nie...berganti-ganti temankan aku drive...layan lagu, nyanyi lah...wat citer kelakar lah...hahaha...Tapi mungkin sebab aku sendiri pun dah penat...sikit jer lagi aku nak langgar con tepi jalan...alhamdulilah ateh terjaga... dia cakap... "dina, con...." aku tersedar....dan dengan releks aku alihkan stering ke tengah sikit...hihi...bajet tak cuak...semua terjaga...kecuali aniz...hahaha... biasalah tue, penatkan...jalan2...sampai johor pun dia tak sedar...sehingga sampai umah sewa ateh n ecah..
berlima gi kenduri kahwin
 Sue dan adiknya...hihi...macam adik lah kan...bagus sue nie dia jaga orang kampung...dia ajar sakinah cara nak balik dari johor ke selangor. Jadi secara tak langsung sakinah juga turut tumpang aku...budak nie bagus sangat pandai bawak diri...Kalo kita baik dengan orang insyAllah kita juga dapat pembalasan yang baik. Cara ini sepatutnya kita terapkan bukan dengan berniat yang tak baik, jangan sesekali wat sesuatu tuk dapatkan nama ataupun nak orang  pandang kita tak pun  dari erti kata lain nak dapatkan pengaruh...sudah lah hentikan lah...semua orang pandai memilih yang terbaik tuk diri mereka...jangan sesekali menyalahkan orang yang tinggalkan kita...tapi fikirkan apa yang kita lakukan sehingga orang tinggalkan kita...kata pujangga dari aku sendiri...tuk diri ku juga...hihi
pertama kali sakinah balik dengan ktorg
Satu jer yang aku pegang, bila kita berjalan jauh jangan sesekali lupakan solat...Sebab bila memandu jauh nie hati memang tak kan tenang selagi tak sampai. jadi hanya ingat ALLAH swt...yang mampu buatkan hati kita tenang dan keyakinan kita teguh tuk sampai dengan selamat. Tiga benda aku buat kalo nak berhenti di perhentian...pertama aku nak solat, kedua aku nak makan....ketiga....hihi....faham2 lah k. Setakat nie calon2 yang pernah ikut aku balik perak...selain aniz....adalah....juju, dayah dan jem...hihi...jem tue tak sampai lagi...kalo tak mungkin selalu dia nak ikut ktorang balik...hahaha
di perhentian restoran jejantas sg buluh
hanya mampu ikut sampai NKVE...haha
Dalam apa jua keadaan ketenangan semasa memandu perlu bagi memastikan kita boleh fokus pada pemanduan, jangan mudah gabra dan jangan mudah nak fikir yang negatif...releks k...Aku suka drive waktu malam...salah satu  sebabnya suasana sejuk, tak terlalu panas dan enjin kereta pun dalam keadaan yang stabil pada pendapat aku lah....Cuma keselamatan kita mungkin tak 100% terjamin, kemungkin keta rosak atau tayar pecah...Tapi setakat nie alhamdulilah...masih terjamin lagi keselamatan aku dan penumpang aku...Itulah gunanya servis keta selalu...jangan tau pakai jer...memang lah keluar duit....tapi yang penting keselamatan kita....ok.

orang yang sentiasa ikut aku kemana2 jer...

ada  keta jangan riak...
kalau  boleh kongsi sekali...
bukan nama yang kita nak...
keta yang ada dijaga rapi...




semua pengguna....sama-sama lah kita menjaga harta.... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...