Followers

Thursday, July 14, 2011

Terasa tapi Tak Serupa

Bila kamu dalam masalah atau dihantui perasaan sedih...mesti kamu nak teman yang boleh meminjamkan telinga mendengar luahan hati kamu...Mungkin rasa yang kamu rasa ada kurang... mungkin juga rasa tersebut akan menjadi lebih parah kalo teman kamu itu tidak mampu menjadi pendengar yang setia. Pendengar yang mampu hilangkan rasa yang kamu tanggung, pendengar yang mampu buatkan kamu berfikiran lebih terbuka dan juga pendengar yang mampu menghidupkan kembali semangat kamu...

hahahaha....sajer kan letak gambar sendiri....bukan apa mungkin aku rasa aku menjadi pendengar kepada masalah kawan-kawan secara sengaja diceritakan atau secara tidak. Terasa tapi tak serupa aku gambarkan seperti mana aku mendengar, cuba berada di tempat orang tersebut tapi aku masih bukan hati yang terluka....tapi dia....susah untuk kita mengambil tempat seorang yang terluka disebabkan kesetiaan yang diberikan...bunyi macam tak ada langsung cacat cela dalam hubungan mereka....tapi... mungkin takdir ALLAH swt...temukan dia dengan dugaannya sebelum ALLAH temukan dia dengan jodohnya. Aku yakin "orang yang baik akan mendapat jodoh yang baik"...cari mungkin dicari....itu sahaja yang perlu kita tahu....bukan dengan menangis...terus menangis mengingatkan kisah lalu yang tidak ada kesudahan....
jangan toleh kembali kepada kisah yang sedih

Cinta yang membuatkan hati kita yakin dia milik kita satu hari nanti menjadi musnah disebabkan ketidak jujuran di sebelah pihak....berlaku penipu, menduakan dan menyalahkan semua di bahu kita sebagai perempuan....hati yang lembut di sakiti...terasa sangat diri ini tidak sempurna ke?? sehingga dia sanggup mencari yang lain....terasa diri ini seperti bodoh memberikan kasih sayang kepada insan yang langsung tidak menghargai.... Bagi aku...kamu tidak bodoh....tapi kamu memang ikhlas mencintai dan kamu yakin terhadap diri insan tersebut juga sayangkan kamu....Mungkin di mata dia, semua perempuan dia inginkan...sehingga dia sanggup berbuat demikian....Dalam dunia ini tidak ada perkara yang kita lakukan tidak mempunyai sebab....Aku yakin dia ada sebab kenapa mempermainkan perasaan kamu....hanya dia yang tahu...Aku jugak yakin dia tidak mungkin dapat lupakan kamu sebab kamu insan yang sangat baik kerana tidak pernah membenci dia walaupun dia menduakan kamu....
berani berdepan dengan masalah...jangan lari
entah kenapa bila kita cerita kepada orang yang sesuai dan mampu buatkan kita gembira dan melupakan....kita mula berseronok, lakukan perkara yang tidak pernah kita buat seperti keluar sampai larut malam...
seronok bila kawan-kawan menemani
......tapi semua itu sekejab jer bila kita balik rumah, duduk seorang-seorang rasa itu kembali ada...rasa yang buatkan kita sedih, teringat dan menangis... Rugi....sangat rugi kalo kita lakukan macam tue...sepatutnya kita yakin dengan keputusan kita menarik diri dari meneruskan percintaan dengan lelaki yang menduakan kita....Sebabnya, secara logiknya seorang lelaki yang tidak mampu membuat pilihan dalam percintaan dan berani untuk menduakan pasangannya adalah lelaki yang masih belum berjumpa dengan cinta sejati dan tidak serius dalam perhubungan. Orang seperti ini patut kita lihat dari jauh....jika benar dia mencintai kita, dia akan hadir dan nyatakan cintanya dan menyesal di atas kesilapan yang lalu... Riak wajah, setiap kata-kata kita boleh nilai antara dia jujur dalam berbicara atau sekadar hanya mahu mainkan kita sekali lagi. Aku yakin....orang yang ikhlas dan sentiasa ingat kepada ALLAH swt... akan ditunjukkan ke jalan yang benar....
sabar dan yakin...akan buatkan luka itu pulih sendiri
 Bukan semua orang mampu tersenyum apabila berlaku masalah dalam dirinya...tak ada istilah senyum di luar tapi dalam hati siapa yang tahu. Kalo kita sedih, runsing atau tertekan....secara automatik riak wajah, kelakuan dan sikap kita turut sama berubah....nampak....jangan cakap tak ada ape-ape....orang sekeliling akan rasa lebih tertekan dengan sikap kita. Berkongsilah, bukan untuk memalukan diri tapi memberi tahu kepada semua bahawa kita tengah bersedih....tertekan....Bukan untuk mereka mendengar tapi cukup untuk mereka faham situasi kita sekarang. Lebih mudah untuk kita memberikan masa kepada diri untuk menerima dugaan tersebut. Jangan takut untuk mendapatkan sedikit ruang untuk diri kita menyendiri....kadang-kadang minda yang runsing perlu ditenangkan dengan cara tersendiri....
senyum....senyum

lain orang lain cara....
susah senang hadapi sendiri...
jika memang ini hendaknya....
terimalah dengan tenang hati...

aku hanya dapat membantu dengan cara ini untuk mu....sahabat....


 
semakin mahir aku berpantun....hihihihi

10 comments:

  1. terbaek.......terbaek.........
    trime kasehh shbatku.........
    c0mey gmbr ang pgang cucur 2 :))

    ReplyDelete
  2. hahahahaha....aku semakin comey...hihi.... terima kasih cik matun :P

    ReplyDelete
  3. na......aku suke lagu ni sgt2...hihi.....ade je bende baru ko tambah kan..? ajar aku cik dina...hihihi

    ReplyDelete
  4. senang jer cik nad...hg klik kat lagu dlm blog ak nie...pg kat website tu. pastu pilih la lagu pe ko nk.malay keindon ke.orang puteh ke.dh jumpa.klik kat lagu tu.pastu copy dia punya code.
    pastu pergi kat blog ko.add gadget.cari HTML/Java
    then psate kat situ.ko leh uat tajuk kat musik tu.siap.save.paham x? nie yg EN. Fareez ajar aku...hihi...TQ fareezz

    ReplyDelete
  5. hehehe....cyg ko lebey dina...mmmwwuuuaahhhh3...hihihi
    tq...
    lagu ni pon aku suke...ko mmg pandai ar pilih lagu ikut taste aku..haha....

    ReplyDelete
  6. hahaha...taste ko mmg jiwang....hihihi...good luck, wat cantik2 blog hg k

    ReplyDelete
  7. xsemua lelaki baik n xsemua perempuan baik.. so pndi2 lah plh pasangan... tp lelaki ni 1 je kalo die dh benar2 cinta mmg cinta la.. smpi ade y suke mengongkong n suke pke bukan2 dlm stp tindakan pasangannya..

    ReplyDelete
  8. hihi...hanya yg pernah mengalami akan mampu faham...kepada yg belum, jangan nak lari...hihi

    ReplyDelete
  9. aku ske cite yg ko sampaikn nie... hati 2 penting tuk kt mgenali seseorg... bila jiwa kt serasi dgn seseorg ape benda yg xske pn akan jd ske... Marah pn bleh jd syg Benci bleh jd rindu... walaupn skg nie dah jauh dari pndangan tp tetap dlm hati kerana aku berpegang pada satuye kita bertemu kerana Allah berpisah kerana Allah... Amin.. Wallahualam...

    ReplyDelete
  10. ermm...sungguh kita kena menerima takdir yang berlaku....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...