Aku suka membebel...kalau membebel kat orang lama-lama mesti orang meluat...heee...Jadi membebel kat blog kasi puas hati. Orang yang suka membebel nie tak ramai kawan...betul ker?? hu...menakutkan betul lah...tapi kan cikgu memang suka membebel kan...so tak pelah...nie kira ada sikit bakat nak jadi cikgu...eceh. Demam dua minggu asyik membebel dengan semua orang...agak nak marah jer...main marah jer....bila fikir balik macam rugi sangat lepaskan marah...tapi itu semua kan takdir...dugaan yang datang memberi ruang untuk kita menjadi lebih baik.
Susah nak nilai kebaikan sendiri...kadang2 kita rasa diri kita baik, tapi orang lain anggap sebaliknya...Tertekan sebab diri sendiri lebih susah untuk kita maju...ermm...sebab diri kita sendiri kita tak percaya... macam-macam keajaiban kat dalam dunia nie yang kita sendiri tak pernah terfikir.... Itu lah akal yang berguna...nilai sesuatu berdasarkan rupa tanpa melihat nurani nya.
Orang yang menggunakan tenaga akan berasa letih...tapi orang yang menggunakan akal akan berasa lebih letih...Penat dah membebel nie...hee... ngantuk dah nie...mood yang baik untuk tido...
Semoga kita tidur dalam lindungan ALLAH swt....sesungguhnya...dari IA kita datang dan kepadaNYA kita kembali....
Berkongsi sama ilmu di dada...Perolehi berkat daripadaNYA...Indah hidup kerana ikhlas...Hidup tenang kerana rahmat... Salam Perkenalan
Followers
Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts
Tuesday, November 8, 2011
Thursday, October 27, 2011
Kawan ku Buku
Bila saat-saat nak exam,test,kuiz...dan ape yang berkaitan dengan ilmu. Gerenti secara tak langsung habis semua buku tebal...nota2 kecil dan nota kawan-kawan menjadi teman yang setia... nak dapat A mana boleh main cakap jer...usaha...kena ada...tindakan perlu dan seterusnya berdoa...baru lah kita boleh dapat apa yang kita kehendaki.
Sangat seronok bila kita memahami ape yang kita belajar...tapi amat tidak selesa bila kita tidak faham apa yang diajar...mula merasakan yang diri kita tak boleh nak belajar. Sebenarnya itu semua perasaan, perasaan yang dicipta oleh perasaan takut kita.Kalau kita mintak hati dan perasaan menerima apa yang kita ingin belajar insyALLAH semuanyer akan menjadi sempurna.
Ok lah...aku mau belajar...heee...

![]() |
| Jangan terlampau study |
Wednesday, October 26, 2011
Kesempurnaan Iman
"daripada Abi Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW telah bersanbda: Sebahagian daripada baiknya keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak baik baginya. (riwayat Al-Tirmizi)
Bangun pagi terpandang buku 'himpunan hadis pilihan' yang ditulis HARUN ARRASSYID HJ. TUSKAN. Sungguh menarik banyak nasihat dan perkara-perkara yang aku sendiri tidak tahu akan halnya. Kita selalu megah bergelar orang islam di mata dunia....tapi pernah kah kita tahu betapa cetek ilmu yang kita ada?? Islam bukan dari segi nama, tapi islam perlu dari segi semuanya....Iman yang baik di jaga sempurna. Mari berkongsi apa yang aku dapat pagi nie....hanya dengan sebuah buku...
Ada 99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman.
Hanya 30 langkah yang aku taip dan 6 yang aku bold kan untuk peringatan diri sendiri. Jangan kita jadi insan yang ego untuk berkongsi ilmu. Rupa nya hati yang bersedih jugak boleh merosakkan keimanan kita...baru aku tahu, susah sungguh untuk menjaga hati supaya sempurna beriman kerana ALLAH.
Marah berlebihan jugak boleh merosakkan iman kita. Sifat marah nie bukan dari keturunan mahupun faktor luaran...tapi dari hati....apabila hati kita selalu ditekan...dan tekan...maka itulah punca nak jadikan sebab untuk marah. Panas baran...huhu...takutkan dengan orang yang bersikap macam nie...cuba kita fikirkan semua orang ada sifat macam nie...hanya sedar dengan tidak...
Mari lah kita sama-sama menjaga hati supaya sempurna beriman kepada ALLAH

- Bersyukur apabila mendapat nikmat
- sabar apabila mendapat kesulitan
- tawakal apabila mempunyai rencana/program
- ikhlas dalam segala amal perbuatan
- jangan membiarkan hati terus dalam kesedihan
- jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
- jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
- jangan gelisah dengan kekayaan orang
- jangan hasad dan iri hati atas kejayaan orang lain
- jangan sombong kalau memperoleh kejayaan
- jangan tamak kepada harta
- jangan terlalu bersemangat dengan sesuatu kedudukan
- jangan hancur kerana kezaliman
- jangan goyah kerana fitnah
- jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan
- jangan campuri harta dengan harta haram
- jangan sakiti ibubapa
- jangan usir orang yang meminta-minta
- jangan sakiti anak yatim
- jauhkan diri daripada dosa-dosa yang besar
- jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
- banyak berkunjung ke rumah ALLAH (masjid)
- lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk
- lakukan solat fardu di awal waktu, berjemaah di masjid
- biasakan solat malam
- perbanyakkan zikir dan doa kepada ALLAH
- lakukan puasa wajib dan puasa sunat
- sayangi dan santuni fakir miskin
- Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada ALLAH
- Jangan Marah berlebih-lebihan
Hanya 30 langkah yang aku taip dan 6 yang aku bold kan untuk peringatan diri sendiri. Jangan kita jadi insan yang ego untuk berkongsi ilmu. Rupa nya hati yang bersedih jugak boleh merosakkan keimanan kita...baru aku tahu, susah sungguh untuk menjaga hati supaya sempurna beriman kerana ALLAH.
Marah berlebihan jugak boleh merosakkan iman kita. Sifat marah nie bukan dari keturunan mahupun faktor luaran...tapi dari hati....apabila hati kita selalu ditekan...dan tekan...maka itulah punca nak jadikan sebab untuk marah. Panas baran...huhu...takutkan dengan orang yang bersikap macam nie...cuba kita fikirkan semua orang ada sifat macam nie...hanya sedar dengan tidak...
Mari lah kita sama-sama menjaga hati supaya sempurna beriman kepada ALLAH
Pameran FPTV
Menarik sungguh fakulti baru...makin besar, sistematik dan berkesan...hihi. Seronok sungguh hari nie dapat membuat lawatan kat semua bahagian fakulti...kira semua makmal yang tak pernah masuk pon boleh masuk. Jom usha....hoho
<
| semua pintu makmal nak ambik gambar....hehe |
| cuba set video baru |
| makmal audio...rakam suara...hee |
| nyanyi jab...test vokal...hee |
| lagi pintu makmal |
| mencari cik aniz |
Nak jadi seorang guru kena tahu menggunakan teknologi terkini dari segi internet dan komunikasi. Jadi makmal audio dah video yang paling banyak dapat sambutan, mencuba teknologi yang ada. Semua guru mempunyai hobi tersendiri...dengan hobi boleh memperluaskan lagi bakat yang ada.
Kepada semua guru...Tunjukkan bakat anda...
<
Tuesday, October 25, 2011
Semangat UNESCO
Dah lama tak merasai berbaris pagi, dengar ucapan dan berada dalam keadaan formal. Jarang situasi nie kita alami, mungkin ramai yang tak sedar kita makin dewasa...hee... Jom tengok tengok gaya cikgu dewasa.
| semangat berbaris |
| kereta berhias FPTV |
| penat...duduk sebelum tumbang |
Seronok sangat-sangat dapat mendisplinkan diri dengan berbaris, menyanyikan lagu kebangsaan, lagu negeri johor, lagu UTHM dan lagu guru malaysia. Alhamdulilah majlis perhimpunan berjalan lancar dan memberi kesan kepada bakal-bakal guru untuk mendisplinkan diri apabila mengajar kelak.
Semangat kerjasama yang tinggi dalam menyanyikan lagu... Tahniah CIKGU!!!
Saturday, October 22, 2011
“MENTRANFORMASIKAN SEJARAH KEPADA WARISAN”
Sangat menarik kan tajuk tugasan kumpulan yang paling besar bagi aku, persediaan mantel dan fizikal. Banyak yang kena dikorbankan untuk menjayakan projek ini. Pengalaman yang berharga bagi aku, menjadi ketua bagi kumpulan ILTIZAM...kumpulan aku kena menjayakan majlis tersebut, sebagai urusetia. Berat tugas yang kami semua tanggung dari mula sehingga lah tamat projek tersebut.
Dugaan dalam kumpulan kami dimana, 2 ahli kumpulan kemalangan dan salah seorang patah tangan. Alhamdulilah walaupun sakit komitmen diberikan jugak dalam tugas kumpulan dan mereka tetap hadir ke majlis tersebut serta terlibat dalam kerja-kerja urusetia. JOm Usha...
Mesti kamu semua berminat nak tau kan...pe projek yang kami semua laksanakan, mari baca sedikit info projek.
Dugaan dalam kumpulan kami dimana, 2 ahli kumpulan kemalangan dan salah seorang patah tangan. Alhamdulilah walaupun sakit komitmen diberikan jugak dalam tugas kumpulan dan mereka tetap hadir ke majlis tersebut serta terlibat dalam kerja-kerja urusetia. JOm Usha...
![]() |
| aniz,caca,adina,anem,nad,uty dan shidah |
![]() |
| setup laptop |
![]() |
| sesi pendaftaran ahli |
![]() |
| anem sebagai MC |
![]() |
| penghargaan kepada PROF.MADYA DR HUSSAIN BIN HJ OTHMAN |
PAMERAN WARISAN 2010
“MENTRANSFORMASIKAN SEJARAH KEPADA WARISAN”
Program ini merupakan satu tugasan yang akan menghasilkan bahan pameran sejarah.
Tujuan pameran ini dianjurkan adalah untuk mendedahkan kepada masyrakat mengenai usaha-usaha menjadikan tapak-tapak bangunan bersejarah di Batu Pahat sebagai tapak Warisan Negara.
Program ini membuka peluang kepada warga UTHM yang terdiri daripada staf dan mahasiswa,pelajar sekolah serta masyarakat Batu Pahat untuk menghayati dan membuka minda mereka tentang pentingnya mengekalkan warisan di negara kita.
Program Pameran Warisan 2010 “Mentransformasikan Sejarah Kepada Warisan” akan dijalankan pada 30 Oktober 2010 bertempat di Bangunan Kelab Batu Pahat.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama pelajar yang mengambil subjek Tamadun Islam Tamadun Asia (TITAS) UMA 1162 di bawah penyeliaan Prof. Madya Dr. Hussain Othman.
Penganjuran program ini akan juga melibatkan semua pihak yang berkaitan sama ada di dalam mahupun luar Universiti.
OBJEKTIF
Mendalami dan mendedahkan warisan sejarah Kelab Batu Pahat dan Batu Pahat.
Memperkenal serta mengiklankan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM)
kepada pelajar – pelajar sekolah.Memenuhi kehendak matapelajaran UMA 1162
Tamadun Islam dan Tamadun Asia yang mana memerlukan penglibatan pelajar dalam
aktiviti luar.
Mempertingkatkan keterampilan serta keyakinan pelajar Fakulti Pendidikan Teknikal
UTHM.
Menjalinkan hubungan yang mesra diantara Kelab Batu Pahat dan UTHM.
Subscribe to:
Posts (Atom)