Followers

Showing posts with label musibah. Show all posts
Showing posts with label musibah. Show all posts

Sunday, November 6, 2011

Demam di Kala Raya

Ala...sungguh tak seronok...bila ank sedara tak sihat. Teringat arwah abah...raya haij tahun lepas....abah beraya kat hospital...aku temankan...pagi raya baru boleh balik. Bila ada jer family aku yang demam...rasa takut sangta2..  Demam panas dengan cirit birit...huhuhu...siannyer....kamu kena kuat tau mikail...jangan nangis2 tau...ermm xpe2...kalau masuk hospital...cik na temankan k... Asalkan mikail cepat sembuh tau.

muka penat
sungguh kesian
yang terbaru...ermm...jom gi hospital..risaunyer
Ya ALLAH...sembuhkan dia...sesungguhnya dia terlalu kecil untuk merasakan dugaan berat mu...

Demam panas bahaya pada kanak2...mintak semuanyer ok

Thursday, November 3, 2011

Jauh

Malas dah nak fikir pasal study...dah nak cuti ini ingat nak jauhkan diri dari semua berkaitan dengan study...huhuhu. Perlu ketenangan untuk dapat idea yang lebih bernas. Ermm mungkin itu lah masalah student sem last...busy memanjang dengan psm...test...kuiz...dah macam tak ada life. Hidup penuh dengan kekusutan...ditambah dengan dugaan yang tak menentu...Memang parah kalau tak mampu bertahan...boleh nangis kuat-kuat....huhuhuh.

Test semalam memang terasa seperti di penjara...huh...nie lah kali pertama aku rasa seakan terdesak untuk menulis cantik-cantik...hilang seni tulisan aku...hee. Walaupun test C++ memang susah...tapi aku dapat belajar sesuatu...hati yang terlalu didesak...akan memaksa akal untuk membuat pilihan yang betul. Dari hilang markah semua...baik kita fokus kepada yang mampu kita lakukan. itu lah yang aku buat semalam...rasa puas dengan tindakan aku...walaupun tak semua soalan aku jawap...

Dah habis jer jawap test...Jom wayang...heee...dalam duit yang tak mengizinkan pon sanggup turun wayang...semata-mata nak lupakan sesuatu yang aku menusuk kalbu...orang kata macam mana kita buat...kita tetap ingat...menang susah nak tenangkan diri. Kalau asyik berfikir benda lalu...sesuatu yang berlaku perlu kita terima dengan hati yang terbuka... Alhamdulilah...aku mampu lakukan... tawakal untuk menerima jawapan test.... =)

Saturday, October 29, 2011

죄송합니다

Jom ambik bahasa korean...ermm aku dah ambik bahasa spanish...Bahasa asing yang wajib aku ambik kat sini... Jadi kalau diberi peluang lagi...aku nak belajar bahasa korean dan jepun...teringin nak gi sana. Maaf itu makna bagi tajuk aku entry aku.

Mesti korang fikir aku ada masalah dengan orang kan...TAK...aku tak ada masalah dengan sesiapa pun...cuma aku ada masalah dengan laptop aku dan diri aku sendiri. Seminggu nie banyak berita sedih aku dapat dan bercampur gembira...ermm sakit minda nak berfikir...tapi hidup kena teruskan  macam biasa...mana boleh moody2 depan orang...karang nyampah pulak...simpan jer buat renungan sendiri...

Pedih luhur hati fikirkan laptop yang kena virus...ditambah dengan external kena virus jugak...huhu... Semua maklumat psm ada dalam tue...aku memang down....down sangat-sangat....tapi ada hikmah disebalik sesuatu dugaan...Alhamdulilah hari nie semua kembali normal...laptop dah kembali ceria...maklumat psm dah dapat...cuma duit jer tak ceria...hehehe.

Sekarang jom study betul-betul, jangan leka lagi....kepada yang belum psm...beringat..pastikan aset peribadi anda dalam keadaan baik. Bertindak sebelum parah...jadikan aku sebagai tauladan....hehe. Jangan asyik melengahkan sesuatu masalah...

Thursday, October 27, 2011

SAYA KUAT JELEZ

Hal yang berlaku ada hikmahnyer...seperti yang terjadi pada aku semalam...huhu. Luntur hati aku nak teruskan semua nie...dugaan yang besar...Hati yang cetek tidak memahami diri sendiri semalam. HUH ape yang berlaku aku asyik nak menyakiti hati semua orang supaya aku sendiri tidak sedih...Macam budak2 kan...mencari masalah dengan orang yang sayangkan kita. ermm...suka-suka hati jer cakap orang sayangkan kita....eceh.....ala tak pe2...nie penulisan aku...ape2 pon boleh tulis...hahaha.


Sedih sungguh bila apa yang kita harapkan tidak menjadi kenyataan...Mungkin aku tidak cukup berusaha untuk menyiapkan PSM aku...mungkin jugak aku terlalu leka dengan 'citer korean' atau mungkin aku terlalu seronok dengan semua bantuan yang aku dapat. Entah aku sendiri tak dapat nak nyatakan....mungkin semua sekali.... Sesuatu yang kita luahkan mesti berunsurkan rasa hati kita sendiri, sesuatu yang kita luahkan mesti ada keikhlasan... Sesuatu yang kita rasa menyebabkan perasaan kita akan lebih tersentuh.


Macam mana aku boleh tulis entry..."saya kuat jelez" nie...hehe...Sebenarnya kan kita akan jelez bila seseorang yang kita sayang lebih sayangkan orang lain, kita jugak akan jelez bila perhatian orang yang kita sayang lebih kepada orang lain, jelez jugak berlaku apabila kita diabaikan oleh orang yang kita sayang. Perh banyak sungguh perkataan sayang....Tapi kan semua orang tak tahu dia jelez atau tak...hanya orang sekeliling yang nampak....kadang-kadang kita mesti cakap macam nie "his....macam orang tak matang, benda kecik pon nak jelez" hahahaa....aku selalu cakap macam nie kalau ada kawan-kawan yang ngadu berunsurkan jelez...tapi bila aku cuba letakkan diri aku ditempat orang tersebut....aku faham kenapa dia jelez...

Jelez, cemburu dan rasa tak selamat nie lahir bila kita melayan perasaan amarah kita, perasaan di mana kita tidak lagi diperlukan. Pernah tak kita fikir....jelez jugak mematangkan kita...menjadikan kita lebih faham dengan perasaan kita, menjadikan kita tahu kita sayang seseorang dan menjadikan kita sedar yang orang tersebut penting dalam hidup kita. Itu pada pendapat aku...bila kita lakukan sesuatu, kita kena berbalik semula pada ajaran al-quran dan sunnah... dimana perasaan itu penting dalam kehidupan manusia... Di mana bila perasaan kita tidak senang dengan ancaman yang ada kita mula bertindak untuk mempertahankan hak kita...di mana kita lupa untuk mengelakkan berlakunya pertengkaran, ketidakserasian dan mula berfikir untuk memutuskan sesuatu hubungan yang mana tidak sepatutnya berlaku.

Itu gunanya akal fikiran dimana ianya mampu mengawal hati dari terlalu mengikut perasaan. Hati yang bersih sentiasa didugaan dengan dugaan yang mana hati itu sendiri tidak mampu lagi bertahan dan mula goyang. Hati yang sentiasa diuji dengan titik-titik hitam perasaan adalah hati yang bersinar dengan keimanan. Kesan sampingan daripada penulisan aku nie, pemikiran yang waras sentiasa mampu mengelakkan diri mengikut perasaan.  Leganya perasaan apabila diluahkan...hehe. Leganya diri apabila ada yang memahami...


YA ALLAH....semoga setiap ujian mu nie mampu aku hadapi nya....amin....
YA ALLAH kau permudahkan urusan PSM ku nie...Semoga hamba mu nie mampu menyiapkan PSM seperti yang di rancangkan... Amin

senyum sikit

Monday, October 24, 2011

Bersendirian

Terjaga dari tido...sedih sungguh rasa hati aku...bila fikirkan hidup bersendirian, semua kena bersendirian. Susah betul nak kawal perasaan supaya orang tak nampak kita bersedih....susah jugak nak ambik ruang orang mendengar luahan  kita.

Mungkin hari nie aku banyak bermain dengan emosi...emosi mana aku sendiri dapat feeling daripada "city hunter"ermmm....

Sunday, October 23, 2011

Virus Mimpi

Rasanyer dah lama aku tak ambil tahu hal dunia...hehe...Tak sangka aku boleh mimpi macam tue sekali. Adakah orang yang aku mimpi dalam bahaya, atau orang yang aku mimpi tengah bersedih. Tak pun rindukan aku. Sebenarnya baik kita fokus pada kata-kata orang tua-tua "mimpi itu mainan tido" "syaitan datang dalam mimpi untuk melalaikan anak adam" .

Cuma aku nak ingatkan diri aku, betapa sedih aku melihat mata orang yang pernah buat salah dengan aku, meminta maaf dekat aku. Cuma kata-kata dia jer yang tak jelas dalam mimpi aku. Dah lah kan semua orang buat salah, mana ada manusia yang sempurna. Hati yang bersih memiliki ciri pemaaf, tidak terlalu sensetif dan sentiasa dilindungi dengan cubaan dunia.

Banyak benda kita kena abaikan kalau nak jadi seorang yang matang, tidak pernah ada dalam dunia nie manusia tidah diuji dengan pergaduhan, fitnah dan kematian. Kata-kata yang memberi semangat pada aku " Kamu diuji dengan kehilangan ahli keluarga kamu, bukan kerana ALLAH swt tidak sayangkan kamu, tetapi ALLAH ingin memberikan kamu ganjaran pahala yang kamu sendiri tidak boleh dapat dengan mengerjakan amalannya" . Bersabar dan redha dengan setiap yang berlaku memberikan kita kekuatan untuk memperjuangkan hidup kita di dunia dan akhirat.

Sungguh sinis entry aku pagi nie, aku bukan kawan yang terbaik...dan aku jugak bukan tidak pernah berusaha menjadi terbaik... Aku ingin jadi anak yang terbaik...yang mampu memikul tanggungjawab menjaga ibu aku....Cukup besar makna kehilangan dalam diri aku...Mungkin benar setiap yang kita usahakan pasti ada halangan di mana, halangan itu sentiasa menguji kita memilih yang terbaik untuk diri kita.

Mimpi yang memberi makna untuk aku berfikir sejenak.

Tuesday, October 18, 2011

Darah manis KU

Sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Kepada yang mengalami, berfikir secara positif ok...kuatkan semangat, ALLAH swt...sedang merancang yang terbaik untuk hambanya. Wawa memang terbaik lah walaupun sakit masih mampu melayan tetamu...hehe. Alhamdulilah wawa selamat walaupun jarinya patah. Nak tau kisah lanjut kena tengok video di bawah...hehe

Walaupun sakit, aksi wawa nampak tenang, masih mampu melayan aku yang inginkan gambar....hehe. Jom Usha
wawa
kak zana, adina,sya n kak ida
tuan rumah, mazni, sya, kak ida n aniz
trah, shida n far
hehehe...kami yang melawat
susah betul nak tengok
Melawat orang sakit adalah satu tanggungjawab bagi mengelakkan fitnah, jadi baik kamu mendengar sendiri pengakuan dari tuannya bukan dari pihaknya.

Dugaan yang datang mematangkan kita, berhati-hati di jalan raya!!

Friday, October 14, 2011

Selamat Tinggal Maggiee

Mungkin dah sampai masanyer aku berkeras tinggalkan pemakanan tak sihat nie...huhuhu. Sedih sangat nie...hehe...tapi betul jugak, mana lah tau aku tinggalkan maggie nie, aku boleh jadi tembam sikit...bertambah cantik...hehe.. Nak seribu daya....jadi aku kena gunakan seribu daya aku untuk katakan "TIDAK KEPADA MAGGIE" .... muka mesti serius...hati mesti kental...minda mesti nak sihat...

Jadi kepada semua orang jangan tanya kenapa aku berbelanjer lebih...sebab aku dah tak boleh nak jimat kalau tak makan maggie.... Al maklum lah kuat makan...hahahaha.

Tuesday, October 11, 2011

Kereta ku sayang

perempuan sentiasa dikaitkan dengan tidak pandai pasal kereta...selalu jer orang cakap kalo kereta depan tue slow...mesti cakap "perempuan lah tue bawak...his2 tak reti nak laju sikit...kalo xpandai baik tak payah bawak" memang sakit hati betul lah, memang lah perempuan bawak slow sebab berhati-hati di jalan raya...hehe

alhamdulilah abah aku selalu ajar aku pasal kereta walaupun aku sendiri tak berapa nak faham tapi memang sangat berguna setiap info yang abah, abang dan kawan-kawan ajar pasal kereta. Bercakap pasal kereta nie, nak berkongsi sama pengalaman pasal bateri kereta kong disebabkan terlupa mematikan suis lampu kereta...ala biasa lah semua orang mesti pernah mengalami.

tengah jumper keta kak yusra
Pagi tadi hujan lebat kat batu pahat, semua pengguna kenderaan mesti menyalakan lampu bagi mengelakkan berlakunya kemanlangan. Dari situ lah berlaku nya bateri kong nie, disebabkan keadaan yang cerah, memang kita sendiri tak akan perasan yang lampu kereta kita sedang menyala. Kalau lampu kereta menyala tanpa enjen dihidupkan dalam jangka masa yang lama. Air dalam bateri akan beransur habis...itulah berlakunya bateri kong...enjin tidak dapat dihidupkan. Hanya dengan jumper bateri daripada kereta yang lain mampu memberi tenaga kepada bateri kita. Jadi kepada yang mengalami masalah ini, jangan panik....terutama perempuan...tengok kami semua....ceria jer...heehee

tengok ceria kan
yusra,adina n aniz
pelawat yang datang..hehe
Agu membantu...hehe
tuan empunyer keta sentra
Terima kasih kepada semua yang membantu... Jagalah harta mu

Friday, October 7, 2011

Bongsu...sakitnyerrr!!!

sesungguhnya untuk mendapatkan yang terbaik perlu melalui keperitan...hehe...Mood malam ini sakit sangat menahan bengkak gusi disebabkan gigi bongsu nak tumbuh. Fakta  geraham bongsu nie aku sendiri pun tak kaji, cuma mendapatkan info daripada orang-orang yang pernah melaluinya. "sakit boleh demam tau...dik", "ala biasa lah dah nak meningkat dewasa, pasnie hang dah tak leh membesar tau...hehe", "rasanyer kena kumur air garam, bagi hilang sakit". huhhh....banyak sungguh yang memberi fakta nie. Bagi yang pernah melaluinya, sekarang nie aku faham rasa yang korang pernah rasa.Alhamdulilah setakat nie aku hanya mampu senyum menahan kesakitan, tapi keje  kena jugak  disiapkan sebelum bengkak semakin mengganggu tumpuan study...hehe.

tampal kat pipi..ada rasa kurang sikit
PSM malam nie
Tanggungjawab harus dilaksanakan....agar cerah masa hadapan !!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...