Followers

Sunday, October 23, 2011

Virus Mimpi

Rasanyer dah lama aku tak ambil tahu hal dunia...hehe...Tak sangka aku boleh mimpi macam tue sekali. Adakah orang yang aku mimpi dalam bahaya, atau orang yang aku mimpi tengah bersedih. Tak pun rindukan aku. Sebenarnya baik kita fokus pada kata-kata orang tua-tua "mimpi itu mainan tido" "syaitan datang dalam mimpi untuk melalaikan anak adam" .

Cuma aku nak ingatkan diri aku, betapa sedih aku melihat mata orang yang pernah buat salah dengan aku, meminta maaf dekat aku. Cuma kata-kata dia jer yang tak jelas dalam mimpi aku. Dah lah kan semua orang buat salah, mana ada manusia yang sempurna. Hati yang bersih memiliki ciri pemaaf, tidak terlalu sensetif dan sentiasa dilindungi dengan cubaan dunia.

Banyak benda kita kena abaikan kalau nak jadi seorang yang matang, tidak pernah ada dalam dunia nie manusia tidah diuji dengan pergaduhan, fitnah dan kematian. Kata-kata yang memberi semangat pada aku " Kamu diuji dengan kehilangan ahli keluarga kamu, bukan kerana ALLAH swt tidak sayangkan kamu, tetapi ALLAH ingin memberikan kamu ganjaran pahala yang kamu sendiri tidak boleh dapat dengan mengerjakan amalannya" . Bersabar dan redha dengan setiap yang berlaku memberikan kita kekuatan untuk memperjuangkan hidup kita di dunia dan akhirat.

Sungguh sinis entry aku pagi nie, aku bukan kawan yang terbaik...dan aku jugak bukan tidak pernah berusaha menjadi terbaik... Aku ingin jadi anak yang terbaik...yang mampu memikul tanggungjawab menjaga ibu aku....Cukup besar makna kehilangan dalam diri aku...Mungkin benar setiap yang kita usahakan pasti ada halangan di mana, halangan itu sentiasa menguji kita memilih yang terbaik untuk diri kita.

Mimpi yang memberi makna untuk aku berfikir sejenak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...