setiap hati sentiasa dibuka pintu taubat |
kawan yang baik bukan membenarkan kata-kata kita tapi memperbetulkan langkah kita dan sentiasa menyuruh kita ingat kepada yang mencipta ALLAH swt. hanya dia mampu membantu kita. Pada pendapat aku rasa yang negatif kita perlu lawan...jangan kalah, jangan sesekali begaduh disebabkan rasa ini, ianya mampu menghalang hati-hati yang bersih...ianya mampu menitikan titikan hitam ke dalam hati kita. Jadilah manusia yang sentiasa faham diri sendiri dan sentiasa memberi ruang kepada diri sendiri untuk berubah. ALLAH swt suka kepada ummatnyer yang berubah ke arah kebaikan dan meninggalkan laranganNYa.
Teringat aku pada kata-kata ustaz semasa kelas kaunseling, untuk menjadi lebih baik, untuk meninggalkan kejahatan yang pernah kita lakukan kita perlu hapuskan masa silam kita, tinggalkan orang yang membawa kita ke arah itu...bukan kita putuskan persahabatan tapi kita takut kepada laranganNya yang mana kalau kita berkawan mungkin kita akan ke arah itu semula.
Sekadar berkongsi pendapat...mungkin cara pembacaan hati-hati kita lebih tenang dan mengenal pencinta kita. Tak ada manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan. Jugak tidak ada muslim yang akan selamanyer tinggalkan tikar sembahyang disebabkan kejahilannya... Ingat lah setiap pintu taubat ALLAH sentiasa terbuka untuk kita...
masa berlalu pantas...sedar2 dah tua... |
No comments:
Post a Comment