Followers

Monday, October 10, 2011

Rindu yang sama

bila kita bersendiri atau satu perasaan sedih datang dalam perasaan kita, dengan mudah kita akan menangis. Berbeza semua orang berbeza, semangat...kekuatan dan tekanan semua orang berbeza... Juga aku...aku merasa kan setiap hari aku ingatkan ARWAH ABAH...hati memang sedih, tapi air mata susah nak mengalir....aku kena kuat. Seseorang yang aku amat sayang...sangat-sangat sayang...

bila aku lihat setiap gambar yang aku ambil semasa arwah masih ada...aku memang rasa sepi sangat...tapi disaat aku rasakan sepi...aku melihat wajah insan disebelah arwah....mak...mak yang kuat semangat dan sentiasa senyum. Aku perlu kuat untuk orang sekeliling aku dan untuk aku teruskan kehidupan aku....menuju satu jalan yang lurus...

Pesan ku kepada mereka yang kehilangan insan tersayang...jangan nangis-nangis...kita perlu kuat dan sentiasa doakan mereka yang sudah tiada.... Hidup lah sebagai insan yang berjaya...jadilah orang yang berguna pada keluarga,bangsa dan agama...

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...