Followers

Wednesday, October 5, 2011

saya sayang abah

Takdir yang memedihkan, suatu rasa yang hanya aku sendiri mengalami...suatu rasa yang kekal di hati dan minda aku. Memori yang aku simpan dari kecik sehingga lah sekarang...dan akan kekal sehingga aku pula yang pergi. Menangis sekuat mana pun abah tak akan kembali jua. Sebagai anak, aku akan sentiasa mendoakan abah berada dikalangan orang yang beriman. Aku jugak akan menjalani hidup dengan baik, tidak akan bersedih, kuat semangat dan membantu keluarga yang lain. Impian abah yang tinggi pada kami semua akan kami laksanakan. Janji kami semua pada abah tak bersedih bila takdir menentukan abah pergi dulu.

abah dan mak

Alhamdulilah aku sentiasa berada disamping abah disaat dia sakit dan disaat akhir nafasnya. Ibubapa adalah anugerah yang tak ternilai pada kita semua, sayangi lah mereka seperti mana mereka sayangi kita...utamakan keluarga, jadilah anak yang sentiasa taat kepada ibubapa.

Pada emak, jangan risau tau....walaupun abah dah pergi tinggalkan kita.... Anak-anak mak masih ada... Jangan sedih2 tau... kami semua sayangkan mak =)

kepada abah... doa untuk mu... Al-fatihah




Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


Setiap yang hidup pasti akan mati...ikhlaskan kan hati menerima takdir ALLAH swt....

7 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...