Followers

Saturday, October 8, 2011

Suka Makan Maggie

Aku memang pengemar maggie yang tegar, tak kisah lah walau ape pon orang cakap pasal maggie aku tetap tak mau mengalah mesti nak makan jugak. Rasanya memang aku sendiri yang tak nak ubah minda aku untuk tinggalkan maggie. Sekarang ini pon tengah sakit mulut aku tetap makan maggie jadi untuk menyedarkan aku tentang bahawa nyer maggie nie....Aku cuba dapatkan maklumat daripada....

Cyberclinics.org Your Online Medical Consultation

sedap kan maggie walaupon nampak biasa jer

 Soalan

Apakah kesan memakan maggi dalam jangka waktu yg panjang secara kajian perubatan? short term and long term effectnya? sebab makan maggi jadi rutin harian budak2 universiti

Jawapan

Tidak dapat dipertikaikan lagi bahawa mee segera sangat terkenal dikalangan pelajar terutama pelajar university.Faktor kekangan masa dan wang menyebabkan pengambilan mee segera ini diambil secara kerap.Mee segera ini sgt murah dan mudah penyediaanya.Namun kita perlu sedar bahawa tidak smua yg MURAH dan MUDAH itu baik utk kesihatan kita


Sebelum mngetahui kesan memakan mee segera,kita seharusnye tahu ape kandungan yg terdapat pada sebungkus mee segera.Kotak di bawah adalah contoh( kotak seperti ini biasanya ditulis di bahagian belakang bungkusan mee segera):

Maklumat pemakanan untuk saiz hidangan : 100 g (3.5 oz)

  • Tenaga 1,895 kJ (453 kcal)
  • karbohidrat 65 g
  • Serat 2.4 g
  • lemak 17 g saturated 7.6 g monounsaturated 6.5 g
  • Protein 9 g
  • Thiamine (Vit. B1) 0.7 mg (54%)
  • Riboflavin (Vit. B2) 0.4 mg (27%)
  • Niacin (Vit. B3) 5.4 mg (36%)
  • Folate (Vit. B9) 147 μg (37%)
  • Iron 4.3 mg (34%)
  • Potassium 120 mg (3%)
  • Sodium 1160 mg (50%)
*satu saiz hidangan:80 g
*peratus adalah berdasarkan US recommendation untuk dewasa

Ulasan berdasarkan maklumat pemakanan di atas:

Karbohidrat yg tinggi,rendah di dalam serat,vitamin dan mineral dan jumlah lemak tepu dan trans lemak yg tinggi.

Sebungkus mee segera tidak menepati nutrisi yg diperlukan oleh badan.

Rujuk pyramid makanan di bawah untuk mengetahui jumlah nutrisi yg diperlukan.
fikir-fikir
sodium (garam) yang tinggi

Berdasarkan Saranan Pengambilan Sodium Amerika Syarikat ,jumlah sodium untuk org dewasa dan kanak-kanak 4 tahun ke atas ialah 2,400mg/hari.Terdapat beberapa jenama melebihi 3,000 mg sodium per paket.

Sodium jika diambil secara berlebihan dan berterusan akan mengundang penyakit tekanan darah tinggi,masalah pada jantung dan kerosakan pada ginjal. Di dalam badan,sodium diproses di dalam ginjal. Walaubagaimanapun,apabila pengambilan sodium tinggi,ginjal tidak dapat memproses kesemua sodium.Disebabkan sodium menahan air,isipadu darah di dalam badan meningkat menyebabkan jantung terpaksa bekerja keras untuk mengepam darah.

Monosodium Glutamate (MSG)

Sebungkus mee biasanya disertakan sepeket kecil perisa tambahan seperti perisa tomyam,kari,atau sup.Perisa tambahan ini mengandungi  Monosodium Glutamate(MSG) iaitu bahan kimia yg digunakan sebagai penambah rasa manis,masin,pahit atau masam.

Berdasarkan United States Food and Drug Administration (FDA),MSG adalah selamat jika diambil secara sederhana.Namun ,jika berlebihan boleh menyebabkan “Simptom MSG kompleks” dan memburukkan lagi simptom asma.Simptom MSG kompleks adalah seperti pening,berpeluh,muka menjadi merah(flushing),sakit dada,lemah badan,tekanan pada muka dan kebas pada muka ,leher dan tempat2 lain.Namun begitu,researcher belum menjumpai bukti kaitan antara MSG dan simptom ini.


Wax(lilin)
Ada satu fakta yg mungkin kita tidak tahu,mee segera tersebut biasanya disalut dgn lilin.Fungsi lilin ini adalah untuk mengelakkan mee tersebut dari melekat.Lilin ini mengambil masa 4 hingga 5 hari utk dinyahkan/dibuang dari badan.Oleh itu,cara yg terbaik utk menyediakan mee tersebut ialah dengan:-

1.       Rebus mee di dalam air
2.       Setelah msk, buang air tadi kerana telah bercampur dgn lilin(wax)
3.       Rebus sekali lagi dgn air yg lain sehingga mendidih.Ketika ia benar panas,anda bole  
          mencampurkannya dgn ramuan  yg anda inginkan.


Dioxin dan Bahan seperti Hormon

Baru-baru ini timbul kontroversi mengatakan mee segera mengandungi dioxin dan bahan seperti hormone apabila diestrak dari pembungkus dan gam yg digunakan.Apabila air panas ditambah,ini mungkin menyebabkan bahan bahaya ini bercampur dgn kuah mee segera.


*Dioxin ialah kumpulan bahan pencemar terhasil daripada racun rumput,ubat pembasmi kuman dan ejen2 lain


Cadangan yang disarankan 
Kurangkan pengambilan mee segera jika ia menjadi makanan rutin anda,cuba jarakkan 4-5 hari.
Masaklah dgn cara yg betul seperti yg dinyatakan di atas.
Tambahkan sayur-sayuran ,daging,ayam,ikan atau telur. Ini penting supaya diet seimbang dapat dicapai
Rajinkan diri untuk memasak makanan yg lebih berkhasiat





Menakutkan jugak bila kita tahu akan kesan makan maggie nie....Memang susah nak tinggalkan maggie tapi usaha untuk tidak kerap makan mungkin akan aku lakukan kelak....hehehe.



Kena tahu fakta pemakanan kita...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...