Followers

Wednesday, October 26, 2011

Kesempurnaan Iman

"daripada Abi Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW telah bersanbda: Sebahagian daripada baiknya keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak baik baginya. (riwayat Al-Tirmizi)


Bangun pagi terpandang buku 'himpunan hadis pilihan' yang ditulis HARUN ARRASSYID HJ. TUSKAN. Sungguh menarik banyak nasihat dan perkara-perkara yang aku sendiri tidak tahu akan halnya. Kita selalu megah bergelar orang islam di mata dunia....tapi pernah kah kita tahu betapa cetek ilmu yang kita ada?? Islam bukan dari segi nama, tapi islam perlu dari segi semuanya....Iman yang baik di jaga sempurna. Mari berkongsi apa yang aku dapat pagi nie....hanya dengan sebuah buku...

Ada 99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman.

  1. Bersyukur apabila mendapat nikmat
  2. sabar apabila mendapat kesulitan
  3. tawakal apabila mempunyai rencana/program
  4. ikhlas dalam segala amal perbuatan
  5. jangan membiarkan hati terus dalam kesedihan
  6. jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
  7. jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
  8. jangan gelisah dengan kekayaan orang
  9. jangan hasad dan iri hati atas kejayaan orang lain
  10. jangan sombong kalau memperoleh kejayaan
  11. jangan tamak kepada harta
  12. jangan terlalu bersemangat dengan sesuatu kedudukan
  13. jangan hancur kerana kezaliman
  14. jangan goyah kerana fitnah
  15. jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan
  16. jangan campuri harta dengan harta haram
  17. jangan sakiti ibubapa
  18. jangan usir orang yang meminta-minta
  19. jangan sakiti anak yatim
  20. jauhkan diri daripada dosa-dosa yang besar
  21. jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil 
  22. banyak berkunjung ke rumah ALLAH (masjid)
  23. lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk 
  24. lakukan solat fardu di awal waktu, berjemaah di masjid
  25. biasakan solat malam
  26. perbanyakkan zikir dan doa kepada ALLAH
  27. lakukan puasa wajib dan puasa sunat
  28. sayangi dan santuni fakir miskin
  29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada ALLAH
  30. Jangan Marah berlebih-lebihan

Hanya 30 langkah yang aku taip dan 6 yang aku bold kan untuk peringatan diri sendiri. Jangan kita jadi insan yang ego untuk berkongsi ilmu. Rupa nya hati yang bersedih jugak boleh merosakkan keimanan kita...baru aku tahu, susah sungguh untuk menjaga hati supaya sempurna beriman kerana ALLAH.

Marah berlebihan jugak boleh merosakkan iman kita. Sifat marah nie bukan dari keturunan mahupun faktor luaran...tapi dari hati....apabila hati kita selalu ditekan...dan tekan...maka itulah punca nak jadikan sebab untuk marah. Panas baran...huhu...takutkan dengan orang yang bersikap macam nie...cuba kita fikirkan semua orang ada sifat macam nie...hanya sedar dengan tidak...

Mari lah kita sama-sama menjaga hati supaya sempurna beriman kepada ALLAH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...