Followers

Showing posts with label hobi. Show all posts
Showing posts with label hobi. Show all posts

Thursday, October 20, 2011

Mek qlate

Sajer je suka-suka aku buat entry nie, bukan ape asyik upload gambar kat muka buku jer....jemu lah pulak...heehee. Mek kelantan nie memang suka sangat bila aku pegang camera walaupun camera hp...asalkan dia dapat bergambar kat sini...hahaha. Biasalah hobi dia, mana lah tau nanti dapat jadi model muslimah kan...aku doakan...amin...
Jom usha gambar-gambar dia...

senyum sokmo
senyum betul-betul
meriah senyum
semangat sungguh bakal cikgu
Gambar atas tadi semuanyer dekat dewan sebelum forum finishing school. Memang semangat betul diorang nie kalau bergambar....ambik ilham sebelum forum...kalau ngantuk-ngantuk...cakap jer nak ambik gambar terus senyum nak...hahaha. Jom usha kat makmal pulak, sempat tue nak ambik gambar....moh...moh...

peace
dekat sikit
sisi tepi pulak
berdua pulak
bertiga...matang sungguh muka...hahaha
sebenarnyer...aku nak suruh dia ambik kan gambar...akhirnya gambar dia yang banyak....hahaha... Orang kata hobi nie meriah kalau dikongsi bersama-sama... jadi tak mau kemut-kemut tau...

semangat pagi hari
amacam qema....ada rasa gelabah...hahaha.

Wednesday, October 19, 2011

Wayang Jer Pon

Tension-tension study kalau dapat tengok wayang memang puas hati sungguh kalau citer yang ditayangkan memuaskan...seperti citer seram, kelakar...romantik dan animasi...perhh memang layan sangat. Tapi kan, pernah fikir tak buang duit jer tengok wayang nie...hehe, sebab tuelah aku kalau nak gi tengok wayang mesti ramai-ramai tak lah terasa aku seorang jer buang duit...hahahahaha. Kalau gi tengok wayang jer mesti nak ambik gambarkan mengisi masa yang ada sebelum masuk panggung....JOm usha berapa banyak kali aku gi tengok wayang...

16 sept 2010
sempat lagi tue...hahaha
14 jan 2011
11 mar 2011
nie yang last buat masa nie....23 Apr 2011
Ingat nak hiburan boleh tapi jangan keterlaluan, adat sopan kena jaga... Solat  itu penting, jadi pilih lah waktu tayangan yang bersesuai ok....

Thursday, October 13, 2011

Sayang Awak lebih

Hobi yang suka-suka kalau digilap....fuyoo bakal menjadi sinar dikala sepi...heee... Dari kecik lagi aku suka sangat melukis...melukis dan melukis...tapi dah lama tak lukis kadang2 lukisan tue jadi ala-ala kelakar gitu...hee.
Tak semua mampu buat lukisan yang kreatif dan ada patten tersendiri...seperti yang adik acah lukis nie... Mai usha...
kakak sayang
pasangan masa depan
keluarga bahagia
hahaha...sajer nak lukis jugak
terima kasih adik acah...cantik lukisan ...nanti boleh jadi cikgu seni...

Monday, October 10, 2011

Hobi yang SAMA

kadang-kadang kita tak sedar yang kita bukan jenis yang mudah bergaul atau beramah mesra. Mungkin jugak kita tidak sedar yang kita bukan jenis yang suka tersenyum pada semua orang. Susah kan nak hiburkan hati semua mahupun nak menjaga hati mereka....tapi kita lupa yang sesuatu kita minat atau sukai boleh menjadikan kita digemari ramai....hehehe....

kami mempunyai hobi yang sama...suka bergambar beramai-ramai...sangat teruja bila nampak lenser kemera dimana-mana mesti nak comey2 kan diri untuk bergambar...hehehe... JOm Tengok Gambar kami....kami....heee

anem n adina
lagi
adina,aniz,trah,anem,siti,yusra n dayah
lagi-lagi
sporting

Eratkan hubungan dengan gambar

Friday, October 7, 2011

Boleh kurang?

Seronok bila baju yang kita beli boleh dapat kurang...tapi agak membosankan kalo tokey atau orang kedai layan macam tak nak layan jer. Geram gak, dah lah mintak kurang tak mau kasi, pastu leh pulak bercakap bahasa....huhuhu...sedar lah sikit pelanggan harus diutamakan. Peringatan kepada pelanggan jangan segan untuk meminta kurang agak tidak dilayan...tak pelah, cuba semampu boleh ok.
susah nak butang

test baju...hehe
Pilih punya pilih...aku hanya mampu ambik 1 jer...disebabkan harga yang mahal...hehe. Tak pelah asalkan ada kan...
hehe..mencari camera
 Bagus bila ramai kawan, nak shopping jer masing-masing memberi pendapat tentang cara pemakaian kita, tambah lagi yang pandai bercakap memang selalu lah dapat kurang kalo keluar ramai-ramai nie. Al maklum lah masing-masing nak jugak membeli, bila dicampur jadi banyak memang tokey kena kasi murah sikit...kalo tak memang kami blah jerrr....hehehe

Membeli jangan mengikut nafsu...kelak kering kontang lah poket anda...hehe !!!

Tuesday, July 26, 2011

"kebun Kecik Ku"

Assalamualaikum...

Korang percaya tak kalo orang tua2 cakap "tangan sejuk kalo menanam, tanaman mesti tumbuh subur jer" hihi...mesti korang was-was kan...Tapi bagi aku, percaya lah jugak sebab selalunya orang tua2 cakap ada betulnya...Rasanyer itu hanya perumpamaan sahaja...sebab nak menanam kena ada kesabaran, tahan panas dan boleh menunggu sehingga tanaman kita berhasil. Dari situ wujudlah satu kenyataan orang yang rajin berbakti pada tanah dia akan dapat hasilnya. Dari sini aku nak citer sikit pasal aktiviti cuti sem aku tahun lepas. Mengusahakan sikit tanah mak abah di belakang umah dengan niat tak mau keje atau pergi jauh dari keluarga. Al maklumlah cuti hanya sebulan lebih jer masa tue...kalo sekarang 4bulan logik gak nak cari keje kan...hehe. Aku bermula dengan bersihkan kawasan yang aku nak jadikan tempat kebun kecik...hihi

keluasan kebun kecik ku
 Macam yang korang tengok kat gambar tersebut. Aku sediakan pagar di sekeliling kawasan "kebun kecik ku" untuk elakkan ayam masuk...Pagar tue dibuat menggunakan jaring net dan batang buluh, manakala kotak-kotak kayu tersebut untuk letak tanah yang subur.

tanah yang siap diletakkan dalam kotak2 kayu
Tanah hitam yang korang tengok kat gambar di atas aku gunakan campuran hampas kelapa sawit, tanah bakar serta tanah biasa. Bagus campuran nie sebab dah ada baja semula jadi, tak payah gunakan tahi ayam mahupun ape2 jenis tahi lah...hehe. Campuran tanah hitam tue aku beli dari pihak kilang, kalo tak silap satu guni rm5 kot... Yang 3 dalam satu tue aku yang reka untuk elakkan terlalu banyak gunakan tanah baja.
bijih benih sudah ditanam
Selepas sehari kita biarkan tanah 3 dalam satu tue mendap dengan menyiram air. Esoknya kita dah boleh tanamkan bijih benih... Pada permulaan aku tanam kangkung, kacang, sawi dan jagung. Memang seronok bila kita menanam nie sebab kita rasakan ketenangan buat satu kerja dari titik peluh sendiri. tambah2 lagi girl, bukan apa janganlah ingat duk umah kita tak ada benda nak wat. Mula2 jer kena keluarkan tenaga lebih sikit. Selepas jer bijih benih dah tanam, kita hanya perlu pantau proses pertumbuhan bijih benih, kalau ada rumput2 kat batas tue...kita cabut lah..Pagi siram dan petang pon kena siram..senang kan..Tak payah pon 24jam kena ada kat situ. Aktiviti nie memang seronok sangat apabila anda melihat tanaman anda tumbuh..hehe

kangkung dah mula tumbuh.

Haaaa....tanaman paling senang pada aku, kangkung  dan sawi sebab kita hanya perlu tabur jer bijih benih tersebut...pastu siram air macam yang aku bagitau tadi. Korang leh tengok tarikh aku tanam dan tarikh mula tumbuh...sekejab jer kn....
jagung
Cara nak jaga tanaman jagung nir agak rumit sikit...sebab kalo terlalu siram air nanti pokok jagung tersebut akan mula banyak air dan mati. Jadi tanaman jagung aku tak menjadi....hehe...sebab anak sedara aku rajin sangat siram air...Tapi tak pelah budak2 mula belajar nak berkebun. Kepada semua yang nak tanam jagung kena ingat...jangan terlalu siram dan satu plastik mesti satu sahaja pokok jagung kalau tanam kat beg plastik tapi kalo tanam kat tanam...mesti jarakkan dalam sati langkah supaya tanaman kita dapat tumbuh subur. Semua nie aku belajar dari akak ipar aku yang ambik kos pertanian...hihi
hasil tanam yang dipetik
Alhamdulilah dalam masa cuti sem tersebut aku dapat makan hasil tanaman aku sendiri... Wah memang seronok sangat, teruja pon ada sebab semua adik beradik aku ada kat umah. Kami sama-sama memetik kangkung untuk makanan tengahari...terbaik lah.. Memang banyak pon hasil kangkung yang tumbuh kat "kebun kecik ku" untuk berkongsi sesama jiran jugak...Aku bagi semua jiran kangkung tersebut. Untuk kita sama-sama rasa kangkung dari hasil tanaman aku.
hasil yang dipetik
mula nak masak
hasilnyer...kangkung goreng...nyummm
Kepada semua cubalah cari satu hobi yang boleh memberikan kita pulangan yang baik dari segi kesihatan, fizikal dan perhubungan dengan semua orang. Untuk pengetahuan semua ramai jugak kawan2 yang datang melawat "kebun kecik ku" untuk memberi semangat kepada aku terus berusaha.
Kepada yang pernah melawat...terima kasih...

Tanah luas dibiarkan berlalang..
badan sihat asyik dimanjakan....
kalau kita inginkan kejayaan...
langkahkan kaki terus kedepan...


Jangan takut untuk tunjukkan bakat sendiri :)

Monday, July 11, 2011

Minat vs motor

hobi datangnya dari rasa ingin mencuba, kemudian menjadi suatu kekerapan tuk melakukannya.. kanak-kanak belajar dari berani mencuba, seperti bermain basikal dan terjatuh. Walaupun mereka tau sakit apabila terjatuh tapi mereka tetap nak naik jugak....sebab ianya satu keseronokan.

hati kecik berjiwa besar nak repair basikal...hihi
tuela sebab barangan mainan kanak-kanak cepat sangat rosak, sebab mereka ada minat nak tahu apa sebenarnya mainan yang mereka dapat dengan mencabut satu persatu bahagian tersebut...kelakar kn... pastu dah xleh pakai...mula lah nak mintak yang baru...hihi.

basikal yang tahan lasak


Motor sentiasa dikaitkan dengan fenomena yang tidak baik dalam masyarakat. Apabila seorang pelajar mengunakan motor sebagai kemudahan untuk belajar, ada jer pihak yang cakap dia nak merempit lah itu... Niat yang baik untuk gunakan motor disalah ertikan. Ibubapa yang mengawal anak sehingga anak mereka tidak pandai menunggang motor, pada pendapat aku langkah tersebut tidak perlu sebab seorang anak perlu dibenarkan berdikari dan pandai mencuba untuk mereka pandai dalam membawa diri.

pelajar yang menggunakan motor sebagai pengangkutan
 Berbanding dengan pelajar perempuan, pelajar lelaki selalu dikaitkan dengan gejala sosial apabila mempunyai motor iaitu "rempit". Sebenarnya rempit terjadi apabila sekumpulan penunggang motor menggunakan motor di tempat awam dalam keadaan membahayakan diri sendiri dan orang lain. Orang yang mempunyai motor dipandang serong oleh masyarakat apabila dia mempunyai pergaulan yang tidak senonoh dan memgubah motor dengan bunyi yang bising. Minat yang mendalam terhadap motor di salah ertikan oleh masyarakat jika seseorang itu berubah sikap apabila mempunyai rakan-rakan yang sosial.
pelajar yang menggunakan motor sebagai kemudahan belajar

Di sinilah tugas kita sebagai masyarakat, bukan mengumpat di belakang tetapi menasihati mereka yang terlibat dalam gejala rempit untuk mengubah minat terhadap motor supaya memilih kerjaya dalam bidang automotif supaya minat tersebut dapat dikembangkan. Keadaan ini mampu mengubah sikap dan pergaulan mereka terhadap masyarakat kerana mereka tidak mempunyai masa yang lama melepak di luar. Ilmu yang mereka dapat boleh digunakan dan membantu masa depan mereka kelak.
minat yang dapat dilihat dari peringkat awal
Malang tidak berbau tapi dapat dielakkan jika kita lebih berhati-hati dalam menjaga diri dan orang sekeliling kita. Menunggang motorsikal bukan sahaja ada kebaikan tapi terdapat juga risiko yang perlu kita tanggung jika kita cuai. Oleh itu elakkan menunggang motosikal dalam keadaan penat, mengantuk dan demam. Banyakkan berselawat dan menggunakan peraturan jalan raya. Jangan memandu dalam keadaan laju. Sentiasa ingat orang yang tersayang :)

elakkan menunggang motorsikal dalam keadaan tidak sihat

Motor satu kemudahan...dapat kita gunakan dengan cara yang terbaik dan sayangilah harta yang diberikan oleh ibubapa kita...

Wednesday, July 6, 2011

suka-suka VS hobi

dari kecik lg ak suka sgt berjalan2 nie. cuti jer nak jalan, makabah ak asyik duk bising jer cakap xreti nak lekat kat umah...hihi...tapi nak wat camner kn, dah kata hobi...haha. mak ak suka ckp mcm nie.. "merayap jer keje hg nie...xletih ker??" ak jawap mak nak ikut x?? hihi...


my bestfriend

dah besor panjang nie...ehm...hihi...dah remaje nie lagi laa nakal. asyik kalo balik jer dari u...mesti ak plan dgn kawan2 gi makan2 ker wayang ker....wlpon duit mmg xmengizinkan..hihi... alhamdulilah rezeki murah...ada jer kawan2 nak belanjer, mungkin sebab bukan selalu jumpa.


siti antara kawan yg paling banyak belanjer ak...thanks sgt2...

kalo sebut reunion...hahaha...ak lagi semangat waja nak join...yela bukan selalu nak jumpa kawan2.. terutama kawan2 sek dulu...mmg lagi ar semangat nak jumpa...al maklum laa dah ramai yg kahwin, ditambah dgn perbezaan perwatakan, gaya n berat badan...hihi


miera, hida, ak, ad n enon...kawan2 sek teknik..
dulu dari zaman sek lagi, kalo cuti2 ak suka teman kawan2 balik umah diorg....start dari situ laa ak jadi ramah...yeke??hihi...tuela kalo kawan2 ajak tido umah fmly diorg ak xsegan2 nak join...sebab bukan selalu kita dapat tgk suasana kehidupan org lain...yg paling penting menghormati semua org k...

miera, ella, ina, niza dan matun...kawan teknik...

walau kemana kita pergi....jgn lupa jaga maruah diri n keluarga...so adab sopan tue kena laa jaga... solat jgn tinggal...hanya dengan mengingatiNYA kita dapat dijauhkan dari perkara2 xelok...eceh... kasi nasihat tue...mmg btoi pon kalo kita berkawan dgn org mcm mana pon gaya nyer....kalo kita teguh iman...insyALLAH.. kita dilindungi ALLAH swt... kepada kawan2 semua... salam perkenalan :)


me...hihihi

























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...