Followers

Tuesday, July 26, 2011

"kebun Kecik Ku"

Assalamualaikum...

Korang percaya tak kalo orang tua2 cakap "tangan sejuk kalo menanam, tanaman mesti tumbuh subur jer" hihi...mesti korang was-was kan...Tapi bagi aku, percaya lah jugak sebab selalunya orang tua2 cakap ada betulnya...Rasanyer itu hanya perumpamaan sahaja...sebab nak menanam kena ada kesabaran, tahan panas dan boleh menunggu sehingga tanaman kita berhasil. Dari situ wujudlah satu kenyataan orang yang rajin berbakti pada tanah dia akan dapat hasilnya. Dari sini aku nak citer sikit pasal aktiviti cuti sem aku tahun lepas. Mengusahakan sikit tanah mak abah di belakang umah dengan niat tak mau keje atau pergi jauh dari keluarga. Al maklumlah cuti hanya sebulan lebih jer masa tue...kalo sekarang 4bulan logik gak nak cari keje kan...hehe. Aku bermula dengan bersihkan kawasan yang aku nak jadikan tempat kebun kecik...hihi

keluasan kebun kecik ku
 Macam yang korang tengok kat gambar tersebut. Aku sediakan pagar di sekeliling kawasan "kebun kecik ku" untuk elakkan ayam masuk...Pagar tue dibuat menggunakan jaring net dan batang buluh, manakala kotak-kotak kayu tersebut untuk letak tanah yang subur.

tanah yang siap diletakkan dalam kotak2 kayu
Tanah hitam yang korang tengok kat gambar di atas aku gunakan campuran hampas kelapa sawit, tanah bakar serta tanah biasa. Bagus campuran nie sebab dah ada baja semula jadi, tak payah gunakan tahi ayam mahupun ape2 jenis tahi lah...hehe. Campuran tanah hitam tue aku beli dari pihak kilang, kalo tak silap satu guni rm5 kot... Yang 3 dalam satu tue aku yang reka untuk elakkan terlalu banyak gunakan tanah baja.
bijih benih sudah ditanam
Selepas sehari kita biarkan tanah 3 dalam satu tue mendap dengan menyiram air. Esoknya kita dah boleh tanamkan bijih benih... Pada permulaan aku tanam kangkung, kacang, sawi dan jagung. Memang seronok bila kita menanam nie sebab kita rasakan ketenangan buat satu kerja dari titik peluh sendiri. tambah2 lagi girl, bukan apa janganlah ingat duk umah kita tak ada benda nak wat. Mula2 jer kena keluarkan tenaga lebih sikit. Selepas jer bijih benih dah tanam, kita hanya perlu pantau proses pertumbuhan bijih benih, kalau ada rumput2 kat batas tue...kita cabut lah..Pagi siram dan petang pon kena siram..senang kan..Tak payah pon 24jam kena ada kat situ. Aktiviti nie memang seronok sangat apabila anda melihat tanaman anda tumbuh..hehe

kangkung dah mula tumbuh.

Haaaa....tanaman paling senang pada aku, kangkung  dan sawi sebab kita hanya perlu tabur jer bijih benih tersebut...pastu siram air macam yang aku bagitau tadi. Korang leh tengok tarikh aku tanam dan tarikh mula tumbuh...sekejab jer kn....
jagung
Cara nak jaga tanaman jagung nir agak rumit sikit...sebab kalo terlalu siram air nanti pokok jagung tersebut akan mula banyak air dan mati. Jadi tanaman jagung aku tak menjadi....hehe...sebab anak sedara aku rajin sangat siram air...Tapi tak pelah budak2 mula belajar nak berkebun. Kepada semua yang nak tanam jagung kena ingat...jangan terlalu siram dan satu plastik mesti satu sahaja pokok jagung kalau tanam kat beg plastik tapi kalo tanam kat tanam...mesti jarakkan dalam sati langkah supaya tanaman kita dapat tumbuh subur. Semua nie aku belajar dari akak ipar aku yang ambik kos pertanian...hihi
hasil tanam yang dipetik
Alhamdulilah dalam masa cuti sem tersebut aku dapat makan hasil tanaman aku sendiri... Wah memang seronok sangat, teruja pon ada sebab semua adik beradik aku ada kat umah. Kami sama-sama memetik kangkung untuk makanan tengahari...terbaik lah.. Memang banyak pon hasil kangkung yang tumbuh kat "kebun kecik ku" untuk berkongsi sesama jiran jugak...Aku bagi semua jiran kangkung tersebut. Untuk kita sama-sama rasa kangkung dari hasil tanaman aku.
hasil yang dipetik
mula nak masak
hasilnyer...kangkung goreng...nyummm
Kepada semua cubalah cari satu hobi yang boleh memberikan kita pulangan yang baik dari segi kesihatan, fizikal dan perhubungan dengan semua orang. Untuk pengetahuan semua ramai jugak kawan2 yang datang melawat "kebun kecik ku" untuk memberi semangat kepada aku terus berusaha.
Kepada yang pernah melawat...terima kasih...

Tanah luas dibiarkan berlalang..
badan sihat asyik dimanjakan....
kalau kita inginkan kejayaan...
langkahkan kaki terus kedepan...


Jangan takut untuk tunjukkan bakat sendiri :)

5 comments:

  1. eh...bukan ko dah siap buat blog ker?? hahaha...kan tadi kok tie dah ajar

    ReplyDelete
  2. oit...cantek kebun hg...hahaha...

    ReplyDelete
  3. hihihi....cantik lah sebab selalu jaga :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...