Followers

Saturday, July 9, 2011

Menjaga Hati

hati yang kecik kalau dilukai...memang susah nak diubati...hati kita mampu mengubah sikap kita... dari segi positif ke negatif...mahupun negatif ke positif. Pada aku...bila sekali hati aku terguris disebabkan sesuatu yang memang aku tak dapat terima...mahupun hakikatnyer telah berlaku... aku menangis... nangis sampai puas...mungkin cara itu sahaja aku dapat lupakan semua yang berlaku...dan menerima realiti tersebut...bukan bermaksud aku mengalah dengan apa yang berlaku…tapi lebih kepada Yakin Kepada Takdir ALLAH swt… Menjaga hati bukanlah luahan hati yang nak aku sampaikan tapi lebih kepada nasihat yang aku rasakan perlu aku kongsikan.

Dalam dunia kita sentiasa dikeliling ramai orang. Sama ada kita kenal mahupun tidak, keluarga antara orang pertama yang kita kenal, rapat, dan memahami kita. Di sekolah merupakan permulaan kepada perkenalan kita kepada guru, kawan-kawan lelaki dan perempuan. Di sini lah bermula kita ingin di sayangi, dikenali, dan dihormati.  Walaupun kita berasal daripada keluarga senang mahupun susah, tidak mempunyai ibubapa atau tidak mempunyai sesiapa di dunia nie….kita tetap akan dikelilingi dengan bermacam-macam ragam orang. 

satu keluarga






Untuk berada di dalam dunia yang penuh dengan pelbagai ragam, kita mula lupa pada diri sendiri kerana mahu menjaga hati semua pihak. Sehingga kita leka dengan dunia, mula terikut perangai kawan….mula menjadikan syaitan sebagai teman…tidak pasti dengan keputusan yang kita buat. Ragu dengan ketentuan ALLAH swt. Paling kesian ada yang membiarkan sahaja diri dilukai oleh orang lain. Tidak kah kamu lupa, bahawa setiap apa yang kita lakukan mesti mempunyai rujukan….rujukan kita AL-Quran…  

Dalam setiap keadaan yang tegang seperti pergaduhan, kita perlu berfikir secara matang dan tenang dalam menghadapi situasi ini. Jangan mulakan sesuatu bicara dengan nada yang kasar atau keras… sebab ini akan menyebabkan sebelah pihak menjadi marah dan tidak berpuas hati dengan apa yang dikatakan oleh kita. Kenyataan….sebab aku pernah kena…hihi…bagi aku senang berunding dengan orang yang meluahkan rasa tidak berpuas hati daripada seorang yang diam tetapi dalam diam dia makan hati dengan kita. 


pelajar fptek maths 4



Berdosa bagi kita menyakiti hati orang lain dengan niat. Sampai bila-bila pon kita tak akan tenang… tapi lagi berdosa bila kita didatangi oleh orang yang menyakiti hati kita dan menghulurkan tangan meminta maaf, kita sambut tangannya dan memaafkan di mulut tapi tidak dihati. Bunyi macam senang jer…tapi susah untuk kita menjadi pemaafkan… hati nie kecik jer tapi boleh mengawal seluruh jasad kita… 

Jagalah hati kita…supaya kita boleh menjaga hati orang lain….jadilah insan yang sentiasa menghormati hak orang lain.


anem,aniz,jue dan aku...pengurusan koko


Sucikan hati….tingkatkan kehormatan diri :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...