Followers

Showing posts with label secebis pendapat. Show all posts
Showing posts with label secebis pendapat. Show all posts

Thursday, November 3, 2011

Putusnya Sahabat

Ramai yang tak sedar macam-macam cara kita boleh kehilangan kawan...sahabat da rakan...Pedih hati apabila mengenang kembali memori di kala bersama. Orang kata takdir yang menentukan...tapi sikap manusia sentiasa suka menyalahkan orang lain untuk kepentingan diri sendiri.

Kalau sudah bergaduh...walau berbaik semula...aura-aura tidak senang itu masih terasa...maklum lah masing-masing masih tidak berpuas hati dengan setiap jawapan yang diberi. Kita tak boleh nak buatkan orang suka kan kita...tapi kita boleh buatkan semua orang senang berkawan dengan kita.

Bagi aku, semua nyer takdir yang dewasa kan aku...jarang aku melihat diri aku seperti pemikir negara...memikirkan perasaan orang disekeliling aku...jarang jugak aku tengok aku menjadi pendiam dikala semua orang ketawa...jugak aku tak pernah rasakan suatu kehilangan. Kalau orang kata...seseorang yang hadir dalam hidup kita tidak memberi kesan...maknanyer orang itu terlalu mementingkan diri sehingga terlupa bahawa setiap orang disekelilingnya memberikan kepentingan dalam menaikkan status hidupnya.

kawan yang baik sentiasa mengingati rakan...sahabat...dan temannya untuk sentiasa disuluh ke jalan yang lurus... Carilah teman berdasarkan pengetahuannya...bukan berdasarkan nafsunya...

ALLAH swt...sentiasa disamping kita... << apa yang berlaku, ALLAH melihat>>

Wednesday, October 26, 2011

Hati yang jauh

Susah untuk kita mengawal orang...tapi senang untuk kita mengawal diri sendiri. Masalah bagi kita untuk bersabar...senang bagi kita untuk marah. Perasaan makin dekat....hati makin jauh... Sepatutnya semakin gembira...tapi hati semakin sengsara...cukup-cukup merasakan tidak gembira...senyum dan lepaskan semuanyer...senyum dan terus lakukan sesuatu yang kamu rasa kamu mampu menjadi semakin baik. Tinggalkan rasa yang mampu buat kamu lemah.... Itu yang aku rasakan melalui citer korean city hunter.... aku memandang dari sudut watak lelaki tue...kalau dari segi cinta memang sangat menarik....tapi dari segi perasaan memang sangat sakit....huhuhu... JOM usha...dengar lagunya sikit...




Kalau rasa tak gembira atau terluka, cari lah kawan untuk luahkan...kadang-kadang kita perlukan orang untuk dengar citer kita....walaupun citer kita kadang-kadang membosankan orang lain...tapi dengan meluahkan...hati kita akan rasa lebih tenang... Kalau tak boleh jugak....gi lah shoping...hee...kalau tak ada duit, sekadar jalan-jalan jer macam yang aku lakukan...heee.... Jom usha...


syok ambik gambar
julaisah

tinggi kan

Jangan terlalu mendesak orang untuk memahami kita....tapi cuba memberi ruang untuk orang faham kita. Tak semua orang suka kan kita, dan tidak semua jugak membenci kita....hidup kita sentiasa diuji. ALLAH swt...sayang kita, sebab itu selalu di uji.

Semangat walaupun bersendirian....

Sunday, October 23, 2011

Jangan Menyerah


Hidup kita kena ada motivasi, jangan asyik percaya cakap orang sekeliling...tak semua orang suka tengok kita senang, tapi bukan semuanyer kita kena negatif....cuma melihat sesuatu melalui akal fikiran dan disertakan dengan hati yang rasa. Berkisar tentang perasaan mungkin tak semua suka mendengar cerita kita, ramai jugak yang jemu dengan cara kita...mungkin ramai jugak yang tak faham kita. Susah bukan bila bermain dengan perasaan, sebab itu lah manusia nie unik...sukar ditaksirkan..

Motivasi pulak jangan dicari dengan hiburan yang melalaikan...cukup lah sekadar mendengar lagu-lagu yang memberi makna pada perasaan kita. Motivasi untuk memberi ketenangan pada minda kita. Percaya lah setiap lagu ada makna...cuma lagu mana yang kena dengan perasaan kita. 

Jom layan lagu atas tue... Jangan menyerah...pastikan setiap ujian kita hadapi dengan sabar.... Tak semua orang bernasib baik...

Thursday, October 20, 2011

Jiwa lembut

Jiwa lembut atau sensetif....bagi aku itu suatu lumrah manusia, mana ada manusia yang tidak punya perasaan. masing-masing mesti akan ada rasa tak berpuas hati walaupun pihak lain tak menganggu mereka. Kenapa hal ini terjadi apabila kita merasakan setiap yang kita buat disenangi rakan, kita mula lupa adat sopan dalam percakap dan tercetuslah perasaan tidak berpuas hati yang mana sebenarnya pergaduhan, permusuhan dan nilai etika yang buruk tidak seharusnya kita tunjukkan. Bercakap senang, cuba mengalami, mungkin itu yang kita rasa ingin katakan kepada yang nasihatkan kita. Untuk atasi masalah ini kita sendiri kena pandai memilih kawan untuk berbicara, yang mampu menyimpan rahsia dan yang mampu berada di kala senang dan susah untuk faham jiwa kita.

setiap hati sentiasa dibuka pintu taubat

kawan yang baik bukan membenarkan kata-kata kita tapi memperbetulkan langkah kita dan sentiasa menyuruh kita ingat kepada yang mencipta ALLAH swt. hanya dia mampu membantu kita. Pada pendapat aku rasa yang negatif kita perlu lawan...jangan kalah, jangan sesekali begaduh disebabkan rasa ini, ianya mampu menghalang hati-hati yang bersih...ianya mampu menitikan titikan hitam ke dalam hati kita. Jadilah manusia yang sentiasa faham diri sendiri dan sentiasa memberi ruang kepada diri sendiri untuk berubah. ALLAH swt suka kepada ummatnyer yang berubah ke arah kebaikan dan meninggalkan laranganNYa.

Teringat aku pada kata-kata ustaz semasa kelas kaunseling, untuk menjadi lebih baik, untuk meninggalkan kejahatan yang pernah kita lakukan kita perlu hapuskan masa silam kita, tinggalkan orang yang membawa kita ke arah itu...bukan kita putuskan persahabatan tapi kita takut kepada laranganNya yang mana kalau kita berkawan mungkin kita akan ke arah itu semula.  

Sekadar berkongsi pendapat...mungkin cara pembacaan hati-hati kita lebih tenang dan mengenal pencinta kita. Tak ada manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan. Jugak tidak ada muslim yang akan selamanyer tinggalkan tikar sembahyang disebabkan kejahilannya... Ingat lah setiap pintu taubat ALLAH sentiasa terbuka untuk kita...

masa berlalu pantas...sedar2 dah tua...

berminat bercerita pasal Jiwa lembut untuk memperingati diri ku jugak supaya sentiasa berada di jalan yang benar.

Wednesday, October 19, 2011

Sinar Mentari

Dah lama tak gi joging...rasanyer macam dah berbulan-bulan...hihihi, masing-masing sibuk dengan psm, asgmt, kuiz dan test. Dulu memang agak kerap aku dengan aniz joging kat padang, tasik dan pernah kat jalan melewar. Seronok bila bersukan, bukan sahaja menaikkan semangat kita nak bermain, malah dapat memberi kecergasan dalam diri masing-masing.... JOm usha

semangat bersukan
semangat kami bersenam
mata kecil ku
Apa lagi ambik peluang beriadah, badan sihat otak cergas. Akhlak yang baik bermula dengan sikap yang baik, bersukan salah satu cara pergaulan kita dengan umum....komunikasi yang berkesan boleh terjalin semasa bersukan.

Cantik bukan sebab rupa, sahsiah yang baik contoh diri cantik...

Tuesday, October 18, 2011

Jangan Keluar Senja

Di saat waktu matahari tengelam, dikala hari semakin suram... Jangan lah kita berada di luar rumah, kerana waktu tersebutlah syaitan tengah berkeliaran....dulu aku kecik-kecik, mak aku selalu bising kalau main sampai petang...dia suka cakap " Bahaya main waktu macam nie, nanti ada orang lain main sekali" seram betul aku...huhuhu, terus berlari-lari masuk rumah.

Tapi budak-budak sekarang kalau cakap macam tue mesti melawan...hehe...al maklum zaman semakin canggih minda semakin cergas...pemikiran masing-masing tak sama kan...Jadi kita cuba cara lain nasihatkan golongan muda sekarang...hehe. 

berfikir
Seperti kejadian petang tadi, di mana berlaku sendiri di depan aku, aniz dan juju. Dua orang budak berlumba basikal...laju jugak diorang bawak sampaikan aku takut, ingatkan dia nak langgar aku... Takdir mereka berdua terjatuh dan kaki salah seorang daripada mereka tersangkut ke celak rim tayar basikal. Jenuh orang ramai mengeluarkan kaki budak tersebut....termasuk lah juju dan aniz.
Alhamdulilah semuanyer selamat, masyarakat sekeliling memang memberi kerjasama yang baik untuk selamatkan budak tersebut. Terima kasih kepada yang membantu.

Bila berlaku kemalangan di depan kita, jangan panik...cuba bertenang!!!

Solat Ku

penjagaan solat itu sendiri adalah wajib....tak semua orang mampu solat fardhu lengkap dalam setahun, tak semua jugak yang dengar je azan terus bersedia untuk solat. Tapi semua orang tetap solat walaupun di akhir ampang waktu solat waktu tersebut (muslim). Solat adalah tiang agama kita, tanpa solat...dimana tiang kita., kalau tak cukup jugak tidak kukuh. Hanya dengan solat yang ikhlas kerana ALLAH swt dapat menjaga hati kita, keimanan kita dari melakukan kemungkaran dunia dan akhirat.
Solat lah untuk diri sendiri, bukan kerana paksaan atau hanya semasa kamu dalam kesusahan... sedar lah untuk mendapatkan sesuatu yang baik memerlukan niat yang baik. Usaha lah berubah menjadi lebih baik untuk diri sendiri.

ajar anak solat dari kecil
semoga si kecil akan solat sehingga dewasa


Tidak ada yang akan berubah secara sendirinya....hati yang hitam perlu dibersihkan dengan niat dan kesungguhan diri  sendiri untuk berubah.

Monday, October 17, 2011

Accessories Ladies

Sebenarnya nak bergaya nie bukanlah dengan menggunakan duit yang banyak, tapi lebih kepada kecantikan, kesesuaian dan barangan tue kita memang minat. Tak semua orang mampu memiliki barangan yang cantik dan bergaya tapi semua mampu berpenampilan kemas dan bersih....terutama student u...hehehe.... Kepada girl yang memakai tudung mesti nak nampak lebih ayu dan menarik...so xbanyak accessories kita boleh gayakan....jangan cemas....memakai tudung kalo dipakai dengan kerongsang yang comey, cantik dan tidak terlalu keterlaluan....memang menarik... JOm usha

kerongsang terkini

design baru

huyooo lawa

cantik

nie pon lawa

beli jangan tak beli

jom beli
Jangan segan tuk memakai perhiasan asalkan bukan niat untuk mengoda...tetapi untuk menambah keyakinan dalam penampilan.....ok...girl ape lagi...beli...beli....beli...hehehe

Wednesday, October 12, 2011

emo...emo...Emosi

Orang akan sayang kita bila kita sentiasa baik, peramah, suka tolong orang, suka melayan kerenah orang dan banyak lagi lah. Tapi cuba sekali kita termarah...bersikap kasar, cakap kuat...malas dan asyik mengharap kan... Nescaya semua orang akan pelan-pelan jauh kan diri daripada kita. Sebab tuelah ramai sangat yang emo...emosi sebab tidak punya kawan...pendengar yang nak faham mereka.

banyakkan buat aktivit berfaedah

 Kalau kita ambik contoh mudah, berkaitan dengan emosi nie, tengok berita setiap hari...semuanyer nak mendedahkan betapa beremosinyer penduduk dunia sekarang. Orang kata cuaca panas sebab tuelah emo...hehe. Bagi aku semua yang berlaku bersebab...dan mungkin kita sendiri terlalu melihat negatif kejadian tersebut sehingga terlupa untuk positifkan keadaan. Benci itu tidak mendatangkan faedah...sayang itu tidak semestinyer mendatangkan cinta...hakikat itu yang nyata.

ceria kan hidup mu

 Cara mudah untuk kita hilangkan emosi...yang aku sendiri dah amalkan...hehehe...al maklum lah student...memang suka...emo...emosi...heee...

1. Jangan terlalu remehkan keadaan
2. Jauhkan diri dengan orang yang kita emo...emosi...takut tergaduh
3. Banyakkan selawat
4. Ambik wuduk bila nak marah sangat.
5. Berfikir secara positif.

Kesannya perasaan benci tersebut lama-lama akan hilang. Habis mudah...fikir macam nie jer bila berdepan emosi... "Jangan biarkan dia menyentuh perasaan marahku" ...dan abaikan....heee..hee...

Thursday, July 14, 2011

Terasa tapi Tak Serupa

Bila kamu dalam masalah atau dihantui perasaan sedih...mesti kamu nak teman yang boleh meminjamkan telinga mendengar luahan hati kamu...Mungkin rasa yang kamu rasa ada kurang... mungkin juga rasa tersebut akan menjadi lebih parah kalo teman kamu itu tidak mampu menjadi pendengar yang setia. Pendengar yang mampu hilangkan rasa yang kamu tanggung, pendengar yang mampu buatkan kamu berfikiran lebih terbuka dan juga pendengar yang mampu menghidupkan kembali semangat kamu...

hahahaha....sajer kan letak gambar sendiri....bukan apa mungkin aku rasa aku menjadi pendengar kepada masalah kawan-kawan secara sengaja diceritakan atau secara tidak. Terasa tapi tak serupa aku gambarkan seperti mana aku mendengar, cuba berada di tempat orang tersebut tapi aku masih bukan hati yang terluka....tapi dia....susah untuk kita mengambil tempat seorang yang terluka disebabkan kesetiaan yang diberikan...bunyi macam tak ada langsung cacat cela dalam hubungan mereka....tapi... mungkin takdir ALLAH swt...temukan dia dengan dugaannya sebelum ALLAH temukan dia dengan jodohnya. Aku yakin "orang yang baik akan mendapat jodoh yang baik"...cari mungkin dicari....itu sahaja yang perlu kita tahu....bukan dengan menangis...terus menangis mengingatkan kisah lalu yang tidak ada kesudahan....
jangan toleh kembali kepada kisah yang sedih

Cinta yang membuatkan hati kita yakin dia milik kita satu hari nanti menjadi musnah disebabkan ketidak jujuran di sebelah pihak....berlaku penipu, menduakan dan menyalahkan semua di bahu kita sebagai perempuan....hati yang lembut di sakiti...terasa sangat diri ini tidak sempurna ke?? sehingga dia sanggup mencari yang lain....terasa diri ini seperti bodoh memberikan kasih sayang kepada insan yang langsung tidak menghargai.... Bagi aku...kamu tidak bodoh....tapi kamu memang ikhlas mencintai dan kamu yakin terhadap diri insan tersebut juga sayangkan kamu....Mungkin di mata dia, semua perempuan dia inginkan...sehingga dia sanggup berbuat demikian....Dalam dunia ini tidak ada perkara yang kita lakukan tidak mempunyai sebab....Aku yakin dia ada sebab kenapa mempermainkan perasaan kamu....hanya dia yang tahu...Aku jugak yakin dia tidak mungkin dapat lupakan kamu sebab kamu insan yang sangat baik kerana tidak pernah membenci dia walaupun dia menduakan kamu....
berani berdepan dengan masalah...jangan lari
entah kenapa bila kita cerita kepada orang yang sesuai dan mampu buatkan kita gembira dan melupakan....kita mula berseronok, lakukan perkara yang tidak pernah kita buat seperti keluar sampai larut malam...
seronok bila kawan-kawan menemani
......tapi semua itu sekejab jer bila kita balik rumah, duduk seorang-seorang rasa itu kembali ada...rasa yang buatkan kita sedih, teringat dan menangis... Rugi....sangat rugi kalo kita lakukan macam tue...sepatutnya kita yakin dengan keputusan kita menarik diri dari meneruskan percintaan dengan lelaki yang menduakan kita....Sebabnya, secara logiknya seorang lelaki yang tidak mampu membuat pilihan dalam percintaan dan berani untuk menduakan pasangannya adalah lelaki yang masih belum berjumpa dengan cinta sejati dan tidak serius dalam perhubungan. Orang seperti ini patut kita lihat dari jauh....jika benar dia mencintai kita, dia akan hadir dan nyatakan cintanya dan menyesal di atas kesilapan yang lalu... Riak wajah, setiap kata-kata kita boleh nilai antara dia jujur dalam berbicara atau sekadar hanya mahu mainkan kita sekali lagi. Aku yakin....orang yang ikhlas dan sentiasa ingat kepada ALLAH swt... akan ditunjukkan ke jalan yang benar....
sabar dan yakin...akan buatkan luka itu pulih sendiri
 Bukan semua orang mampu tersenyum apabila berlaku masalah dalam dirinya...tak ada istilah senyum di luar tapi dalam hati siapa yang tahu. Kalo kita sedih, runsing atau tertekan....secara automatik riak wajah, kelakuan dan sikap kita turut sama berubah....nampak....jangan cakap tak ada ape-ape....orang sekeliling akan rasa lebih tertekan dengan sikap kita. Berkongsilah, bukan untuk memalukan diri tapi memberi tahu kepada semua bahawa kita tengah bersedih....tertekan....Bukan untuk mereka mendengar tapi cukup untuk mereka faham situasi kita sekarang. Lebih mudah untuk kita memberikan masa kepada diri untuk menerima dugaan tersebut. Jangan takut untuk mendapatkan sedikit ruang untuk diri kita menyendiri....kadang-kadang minda yang runsing perlu ditenangkan dengan cara tersendiri....
senyum....senyum

lain orang lain cara....
susah senang hadapi sendiri...
jika memang ini hendaknya....
terimalah dengan tenang hati...

aku hanya dapat membantu dengan cara ini untuk mu....sahabat....


 
semakin mahir aku berpantun....hihihihi

Tuesday, July 12, 2011

Berubah ke Arah Kebaikan atau Keburukan

Lepas jer solat isyak tadi...Alhamdulilah hari nie lengkap 5 waktu solat fardu aku buat...tetiba terasa diri nie sayu sangat2...Mungkin dah lama tak solat isyak awal...selalu sangat aku lewatkan waktu solat... Ya ALLAH swt....kau kuatkan lah imanku untuk tidak meninggalkan Mu dikala senang dan susah. Malam nie terasa nak bercerita pasal satu buku yang dibaca oleh kawan baikku...hihi...buku yang bertajuk Penenang Jiwa...buku yang bagus untuk minda kita lebih positif dalam hal dunia dan akhirat.
beli lah satu

Rasulullah SAW bersabda:

"selawat kepadaku adalah nur atas titian. Barangsiapa membaca selawat kepadaku pada hari Jumaat 80 kali, maka ALLAH akan mengampuni dosanya setahun"
ayat nie aku ambik dari buku Penenang Jiwa. Sepatutnya kita sentiasa ringankan mulut untuk berselawat. Bukan di saat susah sahaja kita ingat kepada ALLAH swt. Pada pendapat ak lebih mudah cakap dari melakukan...sebab tulah banyak buku motivasi dan buku-buku ke arah mencari ALLAH swt banyak di pasaran. Jika benar kita ingin berubah, ingin menjadi lebih baik...kentalkan lah hati kita...hati yang mampu dipesongkan oleh syaitan...hati yang mampu berubah...hati yang mampu menghapuskan kekesalan....
membaca dapat mengubah minda kita

Kadang-kadang benda nie kecik jer, dalam tidak kita sedar kita sebenarnya bukan baik sangat...memang kita baik terhadap semua orang, tapi kalo kita tidak baik terhadap ALLAH swt, kita enjoy...mandi sungai, wayang dan makan-makan kat gerai mamak, kfc, mcd....mana-mana jer lah sehingga leka menunaikan solat...Jika kita biarkan ianya menjadi tidak kisah dalam diri kita. Aku cakap mcm nie bukan untuk cakap diri aku tak pernah buat, aku cakap sebab aku sendiri pernah leka...

bila dah mandi-manda...jgn lupa waktu tau
Berubah bukan bermakna kita perlu terus berubah secara mendadak. Pelan2 dari tidak pernah solat kepada solat, dari memakai seluar pendek kepada memakai seluar panjang, dari memakai baju ketat kepada longgar....semuanya kena dilaksanakan secara perlahan-lahan jangan dipaksa dan jangan terpaksa. Biarlah diri sendiri mahu berubah kerana ALLAH swt. Orang yang terdekat hanya memainkan watak sebagai teman, kawan atau jiran yang boleh membantu dari segi cara pemakaian dan kehidupan cara islam.

berbakti dengan senang hati...hihi
Keburukan bukan lah datang dari keluarga, kawan mahupun orang sekeliling tetapi datang dari diri yang mahu memberontak dan memilih untuk berada dalam jalan tersebut. Aku lihat kita banyak menyalahkan keluarga dan kawan2 dalam cara kehidupan kita. Tapi pernah tak kita fikir kita sendiri yang patut tentukan kehidupan kita...tanya diri...kenapa ini berlaku...jangan tanya orang yang hanya datang dan pergi dalam hidup kita. Sebab tulah terjadinya emosi terganggu sebab terlalu fikir tekanan yang kita hadapi....fikir betul2....dugaan nie datang dari ALLAH swt...Dia yang memberi Dia juga yang menghilangkan....Ingat DIa....

kawan biar beribu
Susah senang kita hanya kita yang dapat merasai....sedarlah dimana kita berada, pilihlah jalan yang sesuai untuk diri sendiri....antara Baik atau Buruk... Jangan salah pilih.....hihi....nasihat untuk diriku juga :)

Lelaki, Perempuan, Persahabatan Dan Perasaan

Pergaulan kita bermula apabila kita memerlukan kawan. Bagi aku kawan boleh membantu dari segi membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan pihak luar. Bila kita ramai kawan, kita mampu berkomunikasi dengan baik dan dapat membuang sifat malu untuk menyuarakan pendapat. Mesti ramai antara kita yang mempunyai kawan baik...atau lebih mesra dipanggil sahabat... Sahabat antara orang yang kita berikan kepercayaan, kasih sayang dan antara orang yang paling rapat dengan kita.

makan bersama dapat membantu mengeratkan persahabatan
Persahabatan antara lelaki dan perempuan adalah dua makna yang berbeza....dimana hanya kawan...atau kekasih. Bagi perempuan, sahabat lelaki yang mereka anggap sebagai kawan hanya dilayan seperti kawan-kawan yang lain dan tidak ada kata-kata yang lebih mesra semasa mereka berbual. Seorang lelaki pula, yang menaruh hati kepada seorang perempuan akan berusaha untuk meluangkan masa bersama seperti mahu keluar berdua dan sangat mengambil berat terhadap perempuan tersebut. Jika kita berada di situasi ini, kalau kita sudah berpunya....aku nasihatkan jangan lah dilayan lelaki tersebut...Sebabnya "bertepuk Sebelah Tangan Tidak Akan Berbunyi" . Istilah berkawan hanya akan ada jika seorang perempuan dan seorang lelaki tersebut dapat berborak secara ramai dan hanya keluar dengan rakan perempuannya jika semua kawan-kawan lain keluar sekali. Haaa....nie baru boleh percaya lelaki tersebut hanya menganggap kita sebagai kawan.
hanya berada di dalam kelompok ramai....sekadar kawan
Persahabatan baik antara perempuan dengan perempuan boleh menjadi rengang apabila soal perasaan dikaitkan. Perempuan suka bermain dengan emosi dan jiwa mereka mudah tersentuh. Perasaan yang ada selalu diuji dengan situasi yang membolehkan seorang perempuan memilih untuk menerima, menolak dan melepaskan sesuatu yang mereka sayang. Keputusan yang dibuat bukan untuk kebahagian diri...tetapi kebahagian orang lain... Pengorbanan ini suatu ujian dalam menguji kesabaran. Pada aku, pengorbanan ini suatu petunjuk yang menunjukkan kita kena  sentiasa menerima takdir ALLAH swt...walaupun pedih, sakit dan menganggu emosi...Jika kita memaafkan dan memberi dengan RELA...yang lebih baik akan datang kepada kita... InsyALLAH...
meraikan bersama hari bahagia...sahabat

 Menikam kawan dari belakang antara istilah kepada kawan yang makan kawan... Hal  ini terjadi apabila cemburu memakan diri, tidak ada rasa sayang terhadap persahabatan yang dibina, tidak ada kepercayaan, terlalu mengikut kemahuan hati dan terlampau ingin menjadi yang terbaik di mata semua. Sedarlah tidak ada manusia yang sempurna, untuk mendapatkan sesuatu yang kita sayang tidak perlu dengan kata-kata buruk terhadap orang yang kita tidak suka. Bagi aku sikap seperti ini akan memakan diri-sendiri, rancak bersembang hal orang lain sehingga terlupa hal sendiri. Jangan jadikan rasa cemburu menguasai diri, sedikit sebanyak syaitan telah meniupkan hasutannya di telinga orang yang dengki...huhuhu.....takutnyerrr.

memilih atau dipilih

Cinta, Persahabatan dan pergaulan mempunyai kaitan dalam hubungan kita terhadap masyarakat sekeliling. Dalam sedar atau tidak kita pelakon di dunia ini, Cinta terjadi apabila dua pihak menerima antara satu sama, tidak ada istilah tidak serasi atau mempunyai masalah apabila bercinta kerana bagi aku apabila seorang lelaki sudah meluahkan rasa cinta terhadap seorang perempuan, Lelaki tersebut perlu memupuk rasa cinta dan membina keserasian serta menghindari masalah dalam hubungan mereka. Hanya orang yang tidak yakin dengan cintanya sahaja akan mencari alasan dalam cinta mereka. Sedarlah bergaduh kecik-kecik atau besar-besar dalam percintaan antara cara kita mengenal pasangan kita. Seronok kan bila begaduh...hahaha....mesti ada jer yang akan mengalah dan beralah...
memupuk persefaham dalam percintaan
Rasa yang terdapat dalam diri tidak perlu dipendam sendiri...Inilah gunanya kawan...kawan yang mampu meminjamkan telinga dan minda untuk membantu kita melegakan perasaan yang tidak perlu kita simpan sendirian. Perasaan yang boleh memakan diri, pada aku memang pada mulanya susah untuk menerima kenyataan...tapi apabila ianyanya sudah berlalu seperti angin....rasa yang dulu membuatkan kita sediih, marah, kesal dan amat kecewa....mampu kita lahirkan senyuman apbila kenangan itu hadir kembali....

mengharapkan sesuatu ikatan berakhir dengan perkahwinan

sekadar membantu mem positif kan diri mereka-mereka yang mempunyai rasa yang sama :)

Saturday, July 9, 2011

menangis satu kepuasan

seronok bila dengar baby menangis....tue tandanya baby tue boleh bercakap... alhamdulilah... bila dah dewasa kalau menangis mesti kita rasa malu sgt dgn semua org...hihi...tapi bila kita menangis sebab kita ikhlas nak menangis....tangisan itu menjadi satu kepuasan.




Ingat senang ker nak menangis depan semua orang, menangis sebab kena marah...memang malu sgt tapi tangisan itu jer leh lawan orang yang marah kita. bukan sebab kita xada cara nak melawan tapi sebab kita xleh terima kena marah ....btoi x?? bagi orang yang pernah rasa...xpayah malu nangis sebab kena marah....itu satu tanda kita masih ada perasaan...

banyak sebab boleh membuatkan kita menangis, dalam kekeliruan kita boleh menangis... yela nak buat keputusan yang betul dan melibatkan masa depan kita. Selalunya orang bercinta kerap menangis sebab cinta banyak memainkan perasaan kita. Itulah terjadinya pergaduhan, perselisahan faham dan ke tidak percayaan kepada pasangan. Bila semua nie berlaku, selalunya kita luahkan rasa dengan menangis sebab paling mudah lah...susah tuk kita tawan hati pasangan kita dengan berbincang...mesti ada jer pihak yang akan ego atau xmau mengaku kesalahan...bila menangis keadaan yang tegang....akan kembali normal...sebab pasangan kita akan rasa...apa yang kita rasa....nie bukan tip simpati k....nie kenyataan...ikhlas air mata...bukan buat2...k

 Pada aku...orang yang kerap menangis mempunyai mata yang cantik...sebab selalu cuci mata...hihi... tuela perempuan kerap menangis...hahaha....tuk cuci mata...bagi lg cantik...hihi...Semua orang akan mengalirkan air mata apabila org yg kita sayang pergi tinggalkan kita. Apabila kita berpisah dengan orang yang kita sayang....situasi ini boleh menyebabkan minda kita jadi kecik jer....terlalu fikirkan orang yang kita syg...pastu mula lah fikir kita dah xada sesiapa lagi...memang susah nak menghadapi kenyataan...mungkin itulah sebabnya kita diberikan masa....masa yang berlalu dapat mematangkan kita....bukan bermakna kita lupakan kenangan tapi lebih kepada kita berusaha hidup lebih baik di masa hadapan.

dikhianati lebih sakit daripada dilukai....sebab perkara ini buatkan kita memang dah xboleh menerima orang yang melakukan kejahatan kepada kita. Memang sangat sakit...tapi kalo kita berusaha tuk melupakan....sakit yang diberikan kepada kita akan menjadi penawar...sebab janji ALLAH... setiap yang berlaku ada hikmahnya...
 
kisah ini ak sediakan tuk kawan ku berfikir secara baik dalam membuat keputusan.... jgn terlalu fikirkan perasaan orang yang terluka...cuba fikirkan diri yang merana... tidak ada orang dapat mengubah minda mu....hanya kamu yang boleh... pegang pada satu...
jgn jadi racun dalam harum...

Menjaga Hati

hati yang kecik kalau dilukai...memang susah nak diubati...hati kita mampu mengubah sikap kita... dari segi positif ke negatif...mahupun negatif ke positif. Pada aku...bila sekali hati aku terguris disebabkan sesuatu yang memang aku tak dapat terima...mahupun hakikatnyer telah berlaku... aku menangis... nangis sampai puas...mungkin cara itu sahaja aku dapat lupakan semua yang berlaku...dan menerima realiti tersebut...bukan bermaksud aku mengalah dengan apa yang berlaku…tapi lebih kepada Yakin Kepada Takdir ALLAH swt… Menjaga hati bukanlah luahan hati yang nak aku sampaikan tapi lebih kepada nasihat yang aku rasakan perlu aku kongsikan.

Dalam dunia kita sentiasa dikeliling ramai orang. Sama ada kita kenal mahupun tidak, keluarga antara orang pertama yang kita kenal, rapat, dan memahami kita. Di sekolah merupakan permulaan kepada perkenalan kita kepada guru, kawan-kawan lelaki dan perempuan. Di sini lah bermula kita ingin di sayangi, dikenali, dan dihormati.  Walaupun kita berasal daripada keluarga senang mahupun susah, tidak mempunyai ibubapa atau tidak mempunyai sesiapa di dunia nie….kita tetap akan dikelilingi dengan bermacam-macam ragam orang. 

satu keluarga






Untuk berada di dalam dunia yang penuh dengan pelbagai ragam, kita mula lupa pada diri sendiri kerana mahu menjaga hati semua pihak. Sehingga kita leka dengan dunia, mula terikut perangai kawan….mula menjadikan syaitan sebagai teman…tidak pasti dengan keputusan yang kita buat. Ragu dengan ketentuan ALLAH swt. Paling kesian ada yang membiarkan sahaja diri dilukai oleh orang lain. Tidak kah kamu lupa, bahawa setiap apa yang kita lakukan mesti mempunyai rujukan….rujukan kita AL-Quran…  

Dalam setiap keadaan yang tegang seperti pergaduhan, kita perlu berfikir secara matang dan tenang dalam menghadapi situasi ini. Jangan mulakan sesuatu bicara dengan nada yang kasar atau keras… sebab ini akan menyebabkan sebelah pihak menjadi marah dan tidak berpuas hati dengan apa yang dikatakan oleh kita. Kenyataan….sebab aku pernah kena…hihi…bagi aku senang berunding dengan orang yang meluahkan rasa tidak berpuas hati daripada seorang yang diam tetapi dalam diam dia makan hati dengan kita. 


pelajar fptek maths 4



Berdosa bagi kita menyakiti hati orang lain dengan niat. Sampai bila-bila pon kita tak akan tenang… tapi lagi berdosa bila kita didatangi oleh orang yang menyakiti hati kita dan menghulurkan tangan meminta maaf, kita sambut tangannya dan memaafkan di mulut tapi tidak dihati. Bunyi macam senang jer…tapi susah untuk kita menjadi pemaafkan… hati nie kecik jer tapi boleh mengawal seluruh jasad kita… 

Jagalah hati kita…supaya kita boleh menjaga hati orang lain….jadilah insan yang sentiasa menghormati hak orang lain.


anem,aniz,jue dan aku...pengurusan koko


Sucikan hati….tingkatkan kehormatan diri :)

Thursday, July 7, 2011

Marah menghitamkan hati

Manusia dicipta oleh ALLAH swt. mempunyai perasaan...perasaan yang hanya dapat dirasai bila ianya disentuh oleh manusia yang lain. Rasa yang mampu membuatkan kita menangis, marah, gembira, ketawa dan menjadi lemah. Disebalik perasaan tersebut, kita perlu ingat sesuatu yang berlaku sebenarnyer mengajar kita menjadi manusia yang lebih sempurna. Berdasarkan pengalaman membuatkan kita menghargai setiap kenangan, walaupun pahit.
marissa

Dari kecik lagi, kanak-kanak mulakan pergaulan dengan bermain, bila leka bermain mula laa berlaku perselisihan, acah-acah nak gaduh. Tapi untungnya kanak-kanak tak pernah gaduh lama-lama.hihi.. kejab jer jadi kawan balik. Untungnya mereka berani mengaku kesalahan, kalau nakal pon nakal-nakal budak jer. Seronok zaman kanak-kanak, boleh berkawan dengan semua dan ramai sangat yang sayangkan kita. Waktu kanak-kanak lah ibubapa perlu mengajar anak menjadi orang yang berguna di masa hadapan mereka.
mikail dan danial
Peringkat remaja, adalah waktu yang paling sukar mengawal perasaan. Mula lupa bahaya kita disayangi oleh ibubapa, cuba menunjukkan bakat sendiri. Perasaan ingin mencuba dan kawan-kawan adalah pilihan terbaik, menyebabkan ramai remaja tidak mampu mengawal perasaan marah apabila kehendak mereka tidak dipenuhi. Mula rasa ibubapa menjadi penghalang dan tidak kerap berada dirumah. Inilah hakikat gaya remaja sekarang, tanpa mereka sedar ibubapa terluka dengan sikap mereka, tangisan ibu hanya dapat dilihat apabila ibu kita solat dan mendoakan semoga anaknya tidak terjebak ke jalan yang tidak benar. Ibubapa paling takut menjaga anak mereka apabila anak tersrbut meningkat remaja, nak dimarah tak kena gaya, nak dibiarkan teruk lah akhlak anak tersebut kelak.

Sedarlah kita semua bakal menjadi ibubapa kelak. Jagalah hati ibubapa kita jangan lah sakiti mereka dengan sikap kita. Walaupun kita tak pernah melahirkan kata-kata sayang kepada mereka, tapi kita dapat tunjukkan dengan perbuatan.

Bagi golongan remaja, hati yang hitam bukan dicorakkan oleh ibubapa kita tetapi oleh sikap kita. Sedarlah perasaan marah yang tidak tentu arah bukanlah jalan penyelesaian dalam sesuatu masalah. Ambik lah wuduk apabila kamu merasakan kemarahan terhadap sesiapa pun, dah sedarlah walaupun kamu tidak pernah solat, apabila kamu mengambil wuduk, air yang sejuk membasahi muka, tangan, telinga, rambut dan kaki dapat melegakan rasa yang bermain di minda dan perasaan kamu. Jangan mudah melenting dengan sikap orang terhadap kamu, anggaplah ianya dugaan yang datang kepada kamu. Menahan diri untuk menjadi penyabar adalah satu jihad yang hanya kita sendiri dapat lakukan. Usaha lah menjadi yang terbaik. Ingatlah iman tidak diwarisi tapi perlu dicari dan diamalkan... mungkin kita tidak mampu melakukannya dengan cepat, tapi kita mampu mengasah diri dengan tidak meninggalkan solat dan berusaha menjauhkan diri melakukan perkara yang dimurkai ALLAH swt.



kawan-kawan fptek

Pemilihan kawan bukan menjadi masalah kepada golongan remaja. Mereka akan memilih kawan yang selesa dengan sikap mereka dan mampu memahami mereka. Kawan mampu mengubah kawan, tapi kawan boleh datang dan pergi dalam hidup kita. Hanya orang yang menghargai kawan-kawannya akan ingat setiap nasihat dan kenangan bersama.  Tapi kita perlu sedar keluarga lah yang paling utama dalam kehidupan kita, mereka lah yang selalu bersama kita dan membantu dari semua segi. Bukan brmakna seorang anak boleh mengabaikan keluarga disebabkan kawan. Kawan yang baik akan sentiasa membantu dan ikhlas berkawan. Sikap cemburu antara punca kenapa suatu ikatan persahabatan itu menjadi goyang. Kepada semua remaja, jangan menjadikan rasa cemburu merosakkan diri anda semua, perasaan marah, cemburu dan rasa tidak puas hati adalah berpunca dari diri kita sendiri. Jika kita tidak memikirkan perasaan itu, ianya tidak akan wujud dalam diri kita.



Syaitan telah berjanji akan menyesatkan Anak-anak Adam.... jadi jangan biarkan minda dan perasaan kamu dikuasai syaitan. Ianya hadir apabila kamu mula memikirkan perkara-perkara yang tidak elok kepada pihak yang lain, perasaan yang diajak oleh diri sendiri dan diikuti dengan hasutan syaitan yang mahu melihat kamu marah dan membenci antara satu sama lain. Hanya golongan yang sabar dan sentiasa mengadu kepada ALLAH swt terhadap dugaan yang diberikan olehNya mampu mengawal hati dari dicemari titik-titik hitam yang dicetuskan oleh perasaan kita sendiri.

senyumlah selalu


Beriman lah kepada Nya...carilah teman yang sentiasa ingat kepadaNya dan jadilah anak yang ingat jasa ibubapa....sayangilah mereka yang sayangkan kita...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...