Followers

Thursday, July 7, 2011

Marah menghitamkan hati

Manusia dicipta oleh ALLAH swt. mempunyai perasaan...perasaan yang hanya dapat dirasai bila ianya disentuh oleh manusia yang lain. Rasa yang mampu membuatkan kita menangis, marah, gembira, ketawa dan menjadi lemah. Disebalik perasaan tersebut, kita perlu ingat sesuatu yang berlaku sebenarnyer mengajar kita menjadi manusia yang lebih sempurna. Berdasarkan pengalaman membuatkan kita menghargai setiap kenangan, walaupun pahit.
marissa

Dari kecik lagi, kanak-kanak mulakan pergaulan dengan bermain, bila leka bermain mula laa berlaku perselisihan, acah-acah nak gaduh. Tapi untungnya kanak-kanak tak pernah gaduh lama-lama.hihi.. kejab jer jadi kawan balik. Untungnya mereka berani mengaku kesalahan, kalau nakal pon nakal-nakal budak jer. Seronok zaman kanak-kanak, boleh berkawan dengan semua dan ramai sangat yang sayangkan kita. Waktu kanak-kanak lah ibubapa perlu mengajar anak menjadi orang yang berguna di masa hadapan mereka.
mikail dan danial
Peringkat remaja, adalah waktu yang paling sukar mengawal perasaan. Mula lupa bahaya kita disayangi oleh ibubapa, cuba menunjukkan bakat sendiri. Perasaan ingin mencuba dan kawan-kawan adalah pilihan terbaik, menyebabkan ramai remaja tidak mampu mengawal perasaan marah apabila kehendak mereka tidak dipenuhi. Mula rasa ibubapa menjadi penghalang dan tidak kerap berada dirumah. Inilah hakikat gaya remaja sekarang, tanpa mereka sedar ibubapa terluka dengan sikap mereka, tangisan ibu hanya dapat dilihat apabila ibu kita solat dan mendoakan semoga anaknya tidak terjebak ke jalan yang tidak benar. Ibubapa paling takut menjaga anak mereka apabila anak tersrbut meningkat remaja, nak dimarah tak kena gaya, nak dibiarkan teruk lah akhlak anak tersebut kelak.

Sedarlah kita semua bakal menjadi ibubapa kelak. Jagalah hati ibubapa kita jangan lah sakiti mereka dengan sikap kita. Walaupun kita tak pernah melahirkan kata-kata sayang kepada mereka, tapi kita dapat tunjukkan dengan perbuatan.

Bagi golongan remaja, hati yang hitam bukan dicorakkan oleh ibubapa kita tetapi oleh sikap kita. Sedarlah perasaan marah yang tidak tentu arah bukanlah jalan penyelesaian dalam sesuatu masalah. Ambik lah wuduk apabila kamu merasakan kemarahan terhadap sesiapa pun, dah sedarlah walaupun kamu tidak pernah solat, apabila kamu mengambil wuduk, air yang sejuk membasahi muka, tangan, telinga, rambut dan kaki dapat melegakan rasa yang bermain di minda dan perasaan kamu. Jangan mudah melenting dengan sikap orang terhadap kamu, anggaplah ianya dugaan yang datang kepada kamu. Menahan diri untuk menjadi penyabar adalah satu jihad yang hanya kita sendiri dapat lakukan. Usaha lah menjadi yang terbaik. Ingatlah iman tidak diwarisi tapi perlu dicari dan diamalkan... mungkin kita tidak mampu melakukannya dengan cepat, tapi kita mampu mengasah diri dengan tidak meninggalkan solat dan berusaha menjauhkan diri melakukan perkara yang dimurkai ALLAH swt.



kawan-kawan fptek

Pemilihan kawan bukan menjadi masalah kepada golongan remaja. Mereka akan memilih kawan yang selesa dengan sikap mereka dan mampu memahami mereka. Kawan mampu mengubah kawan, tapi kawan boleh datang dan pergi dalam hidup kita. Hanya orang yang menghargai kawan-kawannya akan ingat setiap nasihat dan kenangan bersama.  Tapi kita perlu sedar keluarga lah yang paling utama dalam kehidupan kita, mereka lah yang selalu bersama kita dan membantu dari semua segi. Bukan brmakna seorang anak boleh mengabaikan keluarga disebabkan kawan. Kawan yang baik akan sentiasa membantu dan ikhlas berkawan. Sikap cemburu antara punca kenapa suatu ikatan persahabatan itu menjadi goyang. Kepada semua remaja, jangan menjadikan rasa cemburu merosakkan diri anda semua, perasaan marah, cemburu dan rasa tidak puas hati adalah berpunca dari diri kita sendiri. Jika kita tidak memikirkan perasaan itu, ianya tidak akan wujud dalam diri kita.



Syaitan telah berjanji akan menyesatkan Anak-anak Adam.... jadi jangan biarkan minda dan perasaan kamu dikuasai syaitan. Ianya hadir apabila kamu mula memikirkan perkara-perkara yang tidak elok kepada pihak yang lain, perasaan yang diajak oleh diri sendiri dan diikuti dengan hasutan syaitan yang mahu melihat kamu marah dan membenci antara satu sama lain. Hanya golongan yang sabar dan sentiasa mengadu kepada ALLAH swt terhadap dugaan yang diberikan olehNya mampu mengawal hati dari dicemari titik-titik hitam yang dicetuskan oleh perasaan kita sendiri.

senyumlah selalu


Beriman lah kepada Nya...carilah teman yang sentiasa ingat kepadaNya dan jadilah anak yang ingat jasa ibubapa....sayangilah mereka yang sayangkan kita...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...