Followers

Monday, July 11, 2011

Minat vs motor

hobi datangnya dari rasa ingin mencuba, kemudian menjadi suatu kekerapan tuk melakukannya.. kanak-kanak belajar dari berani mencuba, seperti bermain basikal dan terjatuh. Walaupun mereka tau sakit apabila terjatuh tapi mereka tetap nak naik jugak....sebab ianya satu keseronokan.

hati kecik berjiwa besar nak repair basikal...hihi
tuela sebab barangan mainan kanak-kanak cepat sangat rosak, sebab mereka ada minat nak tahu apa sebenarnya mainan yang mereka dapat dengan mencabut satu persatu bahagian tersebut...kelakar kn... pastu dah xleh pakai...mula lah nak mintak yang baru...hihi.

basikal yang tahan lasak


Motor sentiasa dikaitkan dengan fenomena yang tidak baik dalam masyarakat. Apabila seorang pelajar mengunakan motor sebagai kemudahan untuk belajar, ada jer pihak yang cakap dia nak merempit lah itu... Niat yang baik untuk gunakan motor disalah ertikan. Ibubapa yang mengawal anak sehingga anak mereka tidak pandai menunggang motor, pada pendapat aku langkah tersebut tidak perlu sebab seorang anak perlu dibenarkan berdikari dan pandai mencuba untuk mereka pandai dalam membawa diri.

pelajar yang menggunakan motor sebagai pengangkutan
 Berbanding dengan pelajar perempuan, pelajar lelaki selalu dikaitkan dengan gejala sosial apabila mempunyai motor iaitu "rempit". Sebenarnya rempit terjadi apabila sekumpulan penunggang motor menggunakan motor di tempat awam dalam keadaan membahayakan diri sendiri dan orang lain. Orang yang mempunyai motor dipandang serong oleh masyarakat apabila dia mempunyai pergaulan yang tidak senonoh dan memgubah motor dengan bunyi yang bising. Minat yang mendalam terhadap motor di salah ertikan oleh masyarakat jika seseorang itu berubah sikap apabila mempunyai rakan-rakan yang sosial.
pelajar yang menggunakan motor sebagai kemudahan belajar

Di sinilah tugas kita sebagai masyarakat, bukan mengumpat di belakang tetapi menasihati mereka yang terlibat dalam gejala rempit untuk mengubah minat terhadap motor supaya memilih kerjaya dalam bidang automotif supaya minat tersebut dapat dikembangkan. Keadaan ini mampu mengubah sikap dan pergaulan mereka terhadap masyarakat kerana mereka tidak mempunyai masa yang lama melepak di luar. Ilmu yang mereka dapat boleh digunakan dan membantu masa depan mereka kelak.
minat yang dapat dilihat dari peringkat awal
Malang tidak berbau tapi dapat dielakkan jika kita lebih berhati-hati dalam menjaga diri dan orang sekeliling kita. Menunggang motorsikal bukan sahaja ada kebaikan tapi terdapat juga risiko yang perlu kita tanggung jika kita cuai. Oleh itu elakkan menunggang motosikal dalam keadaan penat, mengantuk dan demam. Banyakkan berselawat dan menggunakan peraturan jalan raya. Jangan memandu dalam keadaan laju. Sentiasa ingat orang yang tersayang :)

elakkan menunggang motorsikal dalam keadaan tidak sihat

Motor satu kemudahan...dapat kita gunakan dengan cara yang terbaik dan sayangilah harta yang diberikan oleh ibubapa kita...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...