Followers

Saturday, October 22, 2011

“MENTRANFORMASIKAN SEJARAH KEPADA WARISAN”

Sangat menarik kan tajuk tugasan kumpulan yang paling besar bagi aku, persediaan mantel dan fizikal. Banyak yang kena dikorbankan untuk menjayakan projek ini. Pengalaman yang berharga bagi aku, menjadi ketua bagi kumpulan ILTIZAM...kumpulan aku kena menjayakan majlis tersebut, sebagai urusetia. Berat tugas yang kami semua tanggung dari mula sehingga lah tamat projek tersebut.

Dugaan dalam kumpulan kami dimana, 2 ahli kumpulan kemalangan dan salah seorang patah tangan. Alhamdulilah walaupun sakit komitmen diberikan jugak dalam tugas kumpulan dan mereka tetap hadir ke majlis tersebut serta terlibat dalam kerja-kerja urusetia.  JOm Usha...
aniz,caca,adina,anem,nad,uty dan shidah
setup laptop
sesi pendaftaran ahli
anem sebagai MC
penghargaan kepada
PROF.MADYA DR HUSSAIN BIN HJ OTHMAN
Mesti kamu semua berminat nak tau kan...pe projek yang kami semua laksanakan, mari baca sedikit info projek.
PAMERAN WARISAN 2010
“MENTRANSFORMASIKAN SEJARAH KEPADA WARISAN”

Program ini merupakan satu tugasan yang akan menghasilkan bahan pameran sejarah.
Tujuan pameran ini dianjurkan adalah untuk mendedahkan kepada masyrakat mengenai usaha-usaha menjadikan tapak-tapak bangunan bersejarah di Batu Pahat sebagai tapak Warisan Negara.

Program ini membuka peluang kepada warga UTHM yang terdiri daripada staf dan mahasiswa,pelajar sekolah serta masyarakat Batu Pahat untuk menghayati dan membuka minda mereka tentang pentingnya mengekalkan warisan di negara kita.

Program Pameran Warisan 2010 “Mentransformasikan Sejarah Kepada Warisan” akan dijalankan pada 30 Oktober 2010 bertempat di Bangunan Kelab Batu Pahat

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama pelajar yang mengambil subjek Tamadun Islam Tamadun Asia (TITAS) UMA 1162 di bawah penyeliaan Prof. Madya Dr. Hussain Othman.

Penganjuran program ini akan juga melibatkan semua pihak yang berkaitan sama ada di dalam mahupun luar Universiti.

OBJEKTIF
Mendalami dan mendedahkan warisan sejarah Kelab Batu Pahat dan Batu Pahat.
Memperkenal serta mengiklankan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM)
kepada pelajar – pelajar sekolah.Memenuhi kehendak matapelajaran UMA 1162
Tamadun Islam dan Tamadun Asia yang mana memerlukan penglibatan pelajar dalam
aktiviti luar.
Mempertingkatkan keterampilan serta keyakinan pelajar Fakulti Pendidikan Teknikal
UTHM.
Menjalinkan hubungan yang mesra diantara Kelab Batu Pahat dan UTHM.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...