Followers

Tuesday, March 6, 2012

Kisah Sahabat

Orang yang paling rapat dengan kita selepas keluarga....adalah sahabat....Cinta tidak sama dengan kasih sayang seorang sahabat....bila kita bercinta kita tidak pasti bahawa orang yang kita cinta akan kekal menjadi milik kita.....tapi bila kita bersahabat kita mampu kekalkan persahabatan itu sehingga akhir hayat.

Sahabat adalah orang yang kita percaya, jujur, amanah, pendengar setia dan motivasi diri yang berkesan. Takdir ALLAH....persahabatan yang mengubah aku menjadi lebih ayu...hehe....lebih maju dan mengejar cita-cita aku. Semua yang berlaku adalah kehendak ALLAH...sebagai ummatnya kita kena berusaha menjadikan setiap kehendak kita berlaku dengan keikhlas hati kita menerima takdir ALLAH. Tidak semua perasaan akan menjadi gembira, lumrah manusia....ada pasang surut rasa dalam diri. Tidak semua persahabatan akan kekal abadi...tapi tak semua yang berlaku kita perlu musnahkan disebabkan ammarah kita. Janji Syaitan akan menyesatkan ummat manusia....tidak kah kita sedar....putusnya tali persahabatan menitikkan setitik dakwat hitam di hati kita.

Semua yang kita buat perlu kita fikirkan secara positif....termasuklah kehendak kita pada semua orang, jangan gunakan alasan untuk menjaga hati semua orang....jangan bertindak dengan menipu orang yang kita sayang.... kelak akhirnya kita akan kehilangan mereka. Kadang2 aku rindu nak dengar arwah abah aku marah2 aku keluar dari pagi sampai malam baru nak balik rumah....rindu sebab tindakan abah aku itu lah menjadikan aku manusia yang sempurna manusia yang tahu akan kesalahan dan manusia yang sentiasa meminta maaf bila melakukan kesalahan. aku berani menangung risiko dimarahi arwah abah....dan keluarga daripada aku menipu mereka.

tidak mudah menjaga perasaan diri....tapi mudah untuk meluahkan ketidakpuasan hati.....sebab itulah kita perlu memilih sahabat yang memahami dan mampu mengelakkan kita membuat keputusan salah semasa kita marah. ALLAH menjadikan manusia untuk berkahwin, bermasyarakat, bersahabat dan mencari sebanyak mungkin amalan di dunia untuk di bawa ke akhirat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...