Followers

Thursday, July 26, 2012

Bangun Mengejut

Situasi yang di alami sentiasa sama, asyik bermimpi pastu bangun mengejut...cewah dah macam dalam filem...hihi. Mungkin terlalu fikirkan kenangan yang indah...sikit demi sedikit memori tue datang tanpa di undang, ianya terjadi bila kita bersendiri dan mula fikirkan yang kenangan itu akan hilang.

Sebab tuelah saya tak kisah kalo bermimpi, bila bermimpi kita kena fikirkan positif...mungkin mimpi tue wujud untuk mengubat rindu. Ape pon mimpi itu jangan terlalu di yakini sebab mimpi hanya mainan tidur yang wujud bila minda terlalu memikirkan orang yang kita sayang.

Salam 6 Ramadhan

Wednesday, July 25, 2012

King 2 Heart

Berasaskan kasih sayang keluarga diraja, tapi tidak punya kuasa kerana ianya di kawal oleh pihak yang mempunyai harta dan pengaruh seluruh dunia. Kehendak untuk menjadi seorang raja menjadi kan seorang insan tidak punya kebaikan tetapi penuh dengan kejahatan Kekuatan yang ada berasaskan kasih sayang, kepercayaan dan kesetiaan.Itu pendapat saya selaku penonton, kita sedia maklum semua orang punyai pendapat yang berbeza. Tapi rasanyer sesiapa pon yang layan citer nie mesti menangis...menangis sebab merasai perasaan yang sama.

Pelik tapi benar, sedang seronok saya melayan citer nie...saya tertido...dan dalam tido saya bermimpi masuk sekali dalam citer king 2 heart. Di saat nyawa menjadi pertaruhan...di saat ingin menyelamatkan raja dan berjaya menjadi pengikut yang setia dan sahabat yang menunaikan janji. Di akhirnya kena 1 tembakan tepat ke dada...memang terasa macam betul....terbangun secara mengejut....Susah jugak nak bernafas pada mula bangun dari mimpi. Macam-macam yang saya fikir, kenapa mimpi macam tue sekali...kenapa perlu kena tembak...kenapa boleh jadi orang terakhir yang terkorban...kenapa faham bahasa diorang.....dan kenapa kali ini mimpi tersebut saya boleh ingat....ermmm memang menarik, mungkin minda dan seluruh diri ini bersungguh2 menghayati citer tersebut.

Alhamdulilah ianya hanya mimpi, alhamdulilah kita masih boleh bernafas...terfikir sejenak bila kah citer melayu nak jadi macam citer korean yang sentiasa menyentuh perasaan penontonnya. Hidup akan lebih indah bila kita buat keputusan untuk kebahagiaan semua orang...itu yang saya belajar dalam citer tersebut. Harap kamu semua berminat untuk tonton citer ini. 


Salam Ramadhan

Tuesday, July 24, 2012

Mendidik Hati

Susah untuk kita mengenal diri kita sendiri walaupun kita sudah menggunakan diri nie selama bertahun-tahun. Susah jugak untuk kita menerima keputusan diri kita sendiri, sebab itulah wujud perkataan "Mulut kata Tidak....tapi hati"

          Hati memainkan rasa dalam diri kita, rasa nie wujud bila kita mempunyai perasaan. Perasaan ini hadir bila kita mula mengenal erti kasih sayang. Susah kan nak menghalang diri sendiri untuk mengelak kan diri disayangi...dan menyayangi orang lain selain diri ini. Tapi pernah ker hati kita menyayangi diri kita lebih daripada orang lain?? kalau ya...kenapa kita perlu menangis...perlu cemburu...perlu lakukan macam-macam untuk orang yang kita sayang...sedangkan kita tahu akhirnyer kita akan jatuh...dan ditinggalkan kerana diri kita sendiri.

         Satu jer jawapan yang kita sendiri tahu...tapi takut nak menghadapi..."diri sendiri" ya...diri kita sendiri...di situ lah terdapatnya kekuatan dan kelemahan kita...di situ jugak lah letaknya hati kita....disitu jugak lah yang mendidik kita menjadi orang yang berhati murni atau sebaliknya....semuanyer diri kita.

            Wahai diri sendiri cubalah sayangi diri mu....cubalah lakukan sesuatu untuk diri mu bangun semula, cubalah jadi orang yang dihormati dan sentiasa yakin pada diri. Cuba buat keputusan untuk diri sendiri. Hanya kamu sendiri tahu untuk menjadi lebih baik...jangan lagi sorokkan kelemahan diri, jangan lagi jadi orang yang bergantung pada diri orang lain...jangan lagi campakan hati kamu kepada orang yang kamu paling percayai...jangan lakukan itu lagi....kerana diri kamu sendiri perlukan hati kamu.....untuk menjadi lebih baik...

        Perkara pertama yang perlu kita lakukan mulai sedar yang kita punyai hati dan perasaan...di saat itu kita mulai tahu yang sesuatu yang kita rasa tidak akan orang lain tahu jika kita tidak bertindak menggunakan reaksi badan...reaksi percakapan dan reaksi kemarahan... Kesabaran itu wujud bila kita mulai mendidik hati kita sendiri. Percubaan banyak kali mungkin melemahkan diri kita sendiri....tapi hasilkan...akan menjadikan kita seorang yang tabah...sabar dan percaya yang diri kita mampu mengatasi setiap keadaan.

        Percaya lah ianya bukan mudah untuk dilakukan...tapi makin menyakitkan jika diteruskan...tapi kita jugak kena percaya ALLAH swt...tidak pernah membiarkan seorang insan menghadapi sesuatu dugaan yang tidak mampu dihadapi oleh dirinya sendiri.


Salam Ramadhan...Jadilah insan yang lebih baik untuk diri sendiri.

Monday, July 23, 2012

7 Tahun Kita Bersama

Genap 7 tahun kita bersama...walaupun sekarang kita sudah terpisah di sebabkan jarak....tapi hati kita tetap dekat bersama...walaupun masing-masing ada misi di dunia nie...tapi takdir ALLAH...swt...sentiasa memberi kita ruang dan peluang untuk bertemu semula.

ape pon berlaku kamu adalah orang yang terbaik pernah hadir dalam hidup saya. Mungkin kamu sendiri tidak tahu yang saya sangat sayang kan kamu. semoga perhubungan kita di redhai ALLAH swt...Sy doakan semoga kamu berjaya di dunia dan akhirat.... aminnn



Yang Benar...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...