Berkongsi sama ilmu di dada...Perolehi berkat daripadaNYA...Indah hidup kerana ikhlas...Hidup tenang kerana rahmat... Salam Perkenalan
Followers
Friday, August 31, 2012
Wednesday, August 29, 2012
Tahu kah kamu...
cubalah fahami liriknyerr...
Susah nak luahkan...
Lagu nie...
kata-kata akhir....jangan lupa tau carikan lagu nie....
salam ingatan
Tuesday, August 28, 2012
Semangat Ku
Kalau dulu bila kita dikutuk....dikritik....dimarah...atau apa jer dengan family atau orang yang kita sayang...Mula lah kita nangis...nangis pastu cakap diorang tak sayang kan kita lagi. Tapi hal yang sama berlaku kat aku tengahari tadi...aku dikritik....dikecap...diberitahu yang aku tidak pernah disukai oleh sesiapa...diberitahu yang aku tak pernah disukai ....tak pernah dianggap sebagai orang yang baik selama dikenali...Macam kena petir di hati ku nie....tapi aku tak marah...malah aku faham kenapa kata-kata itu keluar dari mulut. Luka ditangan kita boleh ubati tapi luka dihati tinggalkan parut yang susah nak hilang....Kalau lah aku boleh lihat hati dia...mesti bercalar-calar selama hidup bersama aku...selama hidup dengan insan yang malas nie.
Sungguh besar pengorbanan dia yang tak pernah luahkan apa dia rasa selama hidup bersama aku...Malah memberikan aku bahagia...perubahan yang lebih baik....maju kan diri aku...malah aku nampak pandai di mata masyarakat....Hanya dia sahaja yang tahu siapa aku...hanya dia yang mampu buatkan aku jadi seseorang dan hanya dia sahaja yang boleh buatkan aku menangis sekuat hati aku.
Kini aku mula faham yang aku fahamkan dia lebih dari diri aku sendiri...aku sayangkan dia lebih dari diri aku sendiri...dan aku mula faham setiap tindakan dia terhadap aku. Walaupun dia tak pernah marah aku....tinggikan suara dengan aku atau dia buatkan aku rasa keseorang...hanya untuk kali ini sahaja permintaan dia....Ya ALLAH kau bahagiakan lah dia di dunia dan akhirat sesungguhnya dia telah banyak bersabar dan menempuh dugaan....amin...
Dia....Yang Benar...
Dalam Fikiran Aku
Dia yang paling banyak bersama aku
naikkan aku
jodoh kitaorang memang kuat lah
Dia bagaikan malaikat yang bantu aku maju ke depan
Dia jugak yang sentiasa bertahan dgn sikap aku
Dia boleh masuk dengan kawan-kawan aku
boleh bergaul
boleh ikut rentak aku
semua lah
walaupun kadang-kadang dia tak suka
tuelaaa
nape lah aku tak pernah fikirkan perasaan dia
Monday, August 27, 2012
hadiah kecik
TAKE TIME TO COUNT
YOUR BLESSINGS...
STOP AND CONSIDER
GOD,S WONDERS...
Sahabat Sejati
Wujud lagi tak perkataan sahabat sejati tue?? susah kan kita nak sayangkan orang yang kianati kita....terutama sekali tempat kita berborak...tempat kita kongsi suka duka, tempat kedua kita selepas keluarga. Memang susah nak jadi kawan yang baik, memang susah nak jaga hati semua lagi susah nak simpan rahsia.
Ape yang cuba aku kongsi ini bukan ajar aku reti menjadi seorang sahabat bukan seorang kawan yang hanya mampu menjaga hati semua pihak dan biarkan satu pihak tersisih dan sedih bersendiri. Semua memang salah aku sebab tak percaya dan tak pernah nak dengar cerita sahabat aku, yang aku tahu hanya anggap itu semua perasaan dia semata-mata. Tanpa aku sedar yang aku menjadi punca hati dia makin terluka, tak pernah pula aku menghalang malah aku sentiasa membiarkan....tidak kah aku tahu yang setiap orang ada hak untuk menerima dan menolak...pernah tak aku cuba jauhkan...pernah tak aku cuba elakkan...tak jugak...apalah yang telah aku lakukan.
sumpah itu bukan mainan...sumpah jugak boleh makan diri sendiri...sumpah jugak boleh matikan iman...pernah tak terfikir yang apa kita lakukan untuk kebahagiaan tapi dalam penipuan itu semua boleh meragut kepercayaan orang lain terhadap kita. akhir kata itu semua dituju kepada aku yang hanya mampu menjaga hati semua...
salam aidilfitri...
ampun maaf dipinta...
Sunday, August 26, 2012
Jauh Malam
Sedar tak sedar...jauh perjalanan aku...alhamdulilah selamat sampai rumah...
Sunday, August 19, 2012
Penat yang berbaloi
Korang rasa kalo hati korang disakiti korang boleh releks x? korg boleh senyum tak...or korg boleh lagi sayangkan orang tersebut?? jawapannyer mulut mesti cakap tak boleh releks...sakit sangat...nak sayang lagi...boleh blah...tapi dalaman korang pelan2 korg pujuk hati maafkan orang tersebut dan rawat luka korang sendiri.nak buang rasa sayang tue langsung memang tak boleh.
Aku pulak, entah lah..kadang2 aku sendiri terfikir apa yang aku lakukan...salah ker kalau aku nak tegur or nak bagi pendapat, aku bukan nak aturkan hidup sesiapa pon disekeliling aku...cuma aku berharap yang baik dapat yang baik. Aku cuma mahukan seseorang yang faham aku, boleh memberikan ruang masa bersama aku, melayan citer aku...memberikan ruang aku meluahkan kelukaan...dan memberikan semangat di setiap langkah aku. Mungkin cara aku salah...mungkin jugak aku memang ditakdirkan punya hati yang sangat susah untuk lupakan orang yang aku sayang...mungkin jugak aku memang dilahirkan begini terlalu sayangkan orang yang sentiasa ada disisi aku...dari keluarga...kawan baik...kawan2...dan orang yang berjaya mengambil hati aku.
mungkin betul hati aku tak ada lagi dengan aku...sebab tue bila aku berkawan dengan sesiapa pon aku rasakan kekosongan...aku mula rasa rindukan hati ku. Aku penat kan diri untuk melupakan semua memori yang membuatkan aku sangat sedih...aku cuba hentikan setitik air mata aku mengalir lagi...aku cuba menjadi kuat di hadapan semua orang...aku cuba gambarkan betapa gembira aku sekarang..aku cuba menjadi seorang insan yang lebih bagus...lebih matang...lebih baik... supaya kata2 itu hilang di fikiran aku... "menyesal" kalau boleh aku nak elakkan telinga aku dengar ayat itu lagi. Ianya amat menyakiti hati aku.
Nielah rasa yang aku alami di malam aidilfitri...
Selamat hari raya...maaf zahir dan batin
Friday, August 17, 2012
Bertahan sedaya boleh
mesti ramai yang tak sangka....seminggu aku dengan adik mengemas rumah...hari nie pon masih belom kemas sepenuhnyer...banyaknyer barang nak kena sisih...susun...kemaskan...entahlah...otakku dah penuh dengan planning nak susun2 barang nie...badan pon memang penat sangat...kira nyawa aku betul2 bertahan untuk siapkan semua nie...huhu...memang perit rasanyer kalo mengemas hanya berdua...
harap ramadan nie memberi kan kekuatan kepada aku
Wednesday, August 15, 2012
Dia Diari ku
Sekarang nie selepas masa asyik dihabiskan dengan mengemas, benda yang menjadi rutin harian aku up date aktiviti dekat hp...sajer nak bagi ada orang tahu aktiviti harian aku, supaya kalo ak ada lakukan sesuatu kesalahan ada jugak yang boleh memberi nasihat.
Cuma hari nie terlalu busy mengemas, terlupa nak topup so tak leh nak up date aktiviti...bgtau kat blog jer lah...untuk hari nie...aktiviti mengemas tak berjalan lancar...hidung asyik nak gatal...gatal bukan tue jer muka pon dah naik merah...mungkin sebab resdung...yelah bermain dgn habuk yang banyak. huhuhu...agak sedih hari nie
Kalau Lah
kalau lah aku boleh jadi ape yang aku inginkan...mungkin dah siap kot aku kemas umah nie dalam masa sehari. Kini baru aku sedar yang tenaga manusia ada limitnyer...bukan main hentam jer...tengok sekarang dah penat melampau, aduhai bila nak siap semua nie...betul-betul memberi tamparan hebat..huhu
Tuesday, August 14, 2012
Sukar untuk Luahkan
Hari hari rasa susah nyer nak kemas umah sebersihnyer....minda pon dah semakin dibebankan dengan barang-barang yang perlu dikemaskan...alhamdulilah berkat bersabar dan buat sikit...sikit...akhirnyer ada jugak hasilnyer...rasanyer siap sebelum jumaat nie.
Monday, August 13, 2012
Khas Untuk Diri Ku
Sangat berbangga menjadi seorang yang mampu berubah ke arah yang lebih baik. Sekarang dah pandai kemas barang, tak sepahkan barang lagi, pandai basuh baju sendiri, pandai basuh pinggan sendiri...kali nie tak lagi ak dengar suara orang yang menyuruh aku buat semua itu, sebab aku dah mula pandai buat sendiri....Sungguh besar perubahan di bulan ramadhan nie....alhamdulilah sangat bersyukur sudah mula maju ke depan...dan depan...
Jika hari ini aku pergi...aku harap pergi nya aku sebagai seorang anak yang baik, rakan yang dipercayai...kakak yang dihormati...adik yang disayangi... Jika aku masih bernafas untuk hari2 yang akan datang...aku harap aku lebih maju...dan sentiasa Mencintai ALLAH swt...harap aku tidak jatuh di landasan yang lurus...amin....
salam ramadan
Jika hari ini aku pergi...aku harap pergi nya aku sebagai seorang anak yang baik, rakan yang dipercayai...kakak yang dihormati...adik yang disayangi... Jika aku masih bernafas untuk hari2 yang akan datang...aku harap aku lebih maju...dan sentiasa Mencintai ALLAH swt...harap aku tidak jatuh di landasan yang lurus...amin....
salam ramadan
Thursday, August 9, 2012
Design Bilik
Hari nie semangat nak siapkan design bilik sendiri, rasanyer dah lama dah asyik habuskan habuk...hihi. So pagi nie dengan semangat waja nak kemas bilik bersih2...nak plan letak katil kat mana, rak buku...kotak buku....almari baju...meja laptop...alat tulis...perh...rasanyer memang nak kena bersihkan otak dulu.
walaupun sakit bibir...but masih boleh bekerja...hahahaa...tak ada kena mengena pon....cuma menjadi pendiam sungguh...sian mak dengan adik...jenuh cakap dengan aku...langsung aku tak layan...memang tak berupa nak bercakap...takut makin sakit...
Wednesday, August 8, 2012
Hanya 1
Berhari-hari tak online or update blog punyalah busy nak mengemas rumah...bermula dengan cuci tingkap, cat jenang tingkap, kemas bilik....kemas semua lah...yang pasti habuk memang banyak...sangat banyak...nie pon dah rasa lembik sangat...
selembik yang boleh nak siapkan semua keje, mungkin dah lembik bebenor...sebabtue sambung buat waktu malam ingatkan ok lah...tapi...penat nyer lagi lah terasa...mungkin sebab kekeyangan.
semoga boleh kemas sehingga ke akhirnya...
salam 18 Ramadhan
Friday, August 3, 2012
Terasa Sangat Penat
Hari nie dari dalam keta sehingga kat rumah....tertido bagai tak mahu bangun lagi. Entah kenapa rasa penat sangat, tangan sebelah kanan sakit sangat...nie dah ok sikit. Bangun jer tido memang terasa macam 2 hari berpuasa....penatnyerrr. Mungkin sebab terlalu aktif sejak akhir2 ini.
Ape pon penat nie berbaloi sebab boleh lah tido dengan lena....hihi. Alhamdulilah selepas nie rasa segar sangat-sangat.
Salam 13 ramadhan
Sakit menghapuskan Dosa
Tenang menghadapi sakit....walaupun sekadar demam ianya sakit yang diberikan oleh ALLAH swt tuk menghapuskan dosa. Sangat berbangga walaupun demam sakit tekak masih mampu kita bergurau senda, berborak2....dan layanan kamu sekeluarga memang baik. Terima Kasih.
Harap semoga cepat sembuh, lebih gembira di samping keluarga tercinta...
salam 12 ramadhan
Wednesday, August 1, 2012
Puasa 12
Hari ini sakit perut sangat-sangat. Dari pagi tadi sehingga sekarang....uhuuhuhu. Selamat ada yang sudi berkongsi petua nak elokkan sakit perut. Hanya mengunakan minyak gamat di letakkan di pusat...gosak mengikut arah jam. Relekskan badan....terus tido...hihi, jangan fikir sakit perut....tengok hasilnya...bangun dan bersemangat. Alhamdulilah... Terima kasih =)
Subscribe to:
Posts (Atom)