Berkongsi sama ilmu di dada...Perolehi berkat daripadaNYA...Indah hidup kerana ikhlas...Hidup tenang kerana rahmat... Salam Perkenalan
Followers
Sunday, September 23, 2012
rela ku pergi
Sesuatu yang cuba dipertahankan sekian lama...akhirnyer dengana hati ak takklepaskan. Mungkini
Sunday, September 16, 2012
Dunia
Cerita dunia ku hanya aku yang tahu...pelan2 aku rasakan hal dunia ku...seperti aku cuba lupakan...perasaan aku tidak seperti dulu...jika dulu aku terlalu mahu menjaga perasaan aku...kini aku biarkan perasaan aku pergi...seperti aku tidak mahu lagi memperjuangkan perasaan aku.
Aku biarkan hati aku sayu,aku biarkan aku dihina...aku biarkan aku tidak dipercayai...dan aku biarkan apa sahaja yang berlaku dekat diri aku. Bukan kerana aku tidak sayang diri aku lagi, tapi aku sangat penat menahan dan bertahan dengan setiap apa yang cuba orang lakukan dekat aku.
Perasaan nie jika dilayan diri sendiri yang rugi...seperti tahun2 yang aku lalui...seperti aku membiarkan perasaan aku menguasai diri aku. Kini biarlah...aku seperti tahu apa yang akan berlaku di depan ku nanti...jika itu yang terjadi...sesungguhnya...aku bukan pergi meninggalkan perasaan ku...tapi aku pergi kepada yang cintakan ku...
Semua ketentuan ALLAH swt...
Aku biarkan hati aku sayu,aku biarkan aku dihina...aku biarkan aku tidak dipercayai...dan aku biarkan apa sahaja yang berlaku dekat diri aku. Bukan kerana aku tidak sayang diri aku lagi, tapi aku sangat penat menahan dan bertahan dengan setiap apa yang cuba orang lakukan dekat aku.
Perasaan nie jika dilayan diri sendiri yang rugi...seperti tahun2 yang aku lalui...seperti aku membiarkan perasaan aku menguasai diri aku. Kini biarlah...aku seperti tahu apa yang akan berlaku di depan ku nanti...jika itu yang terjadi...sesungguhnya...aku bukan pergi meninggalkan perasaan ku...tapi aku pergi kepada yang cintakan ku...
Semua ketentuan ALLAH swt...
Saturday, September 15, 2012
Otak Terhenti
Hurmmmmmm.............hanya mampu mengeluh panjang...
Wednesday, September 12, 2012
redhai kelukaan ini
Lagu kalau digubah mmg sedap didengar, hidup akan bertambah mudah jika tak punya perasaan tp itu anugerah allah...tidak perlu kita kesal atau mengeluh malah kita patut bersyukur sebab mampu hadapi dugaan hidup...tak semua orang bergembira di saat kita beraedih masih ada hati yang sayangkan kita dan mmapu kongsi kesedihan yang sama...percayalah ianya teman ke syurga
Monday, September 3, 2012
1 2 3 September
Merantau yang sangat banyak pengalaman....mula berani...jalan kawasan orang seorang diri...alhamdulilah selamat pergi dan balik. Paling tak dapat dilupakan...menjadi seorang pekerje selama sehari...14 jam tue...rasa macam tak percaya rekod yang dipegang setakat ini.
Kepada aniz...thanks sangat dengan layanan yang baik...pesanan yang baik...dan pekeje yang baik. Ada waktu kita jumpa lagi...pasnie boleh lah belanjer wayang hihi....TQ
Seorang pekeje yang baik dia sentiasa utamakan kejenyer walaupun gaji yang diberi sedikit...Aniz 2012
Friday, August 31, 2012
Wednesday, August 29, 2012
Tahu kah kamu...
cubalah fahami liriknyerr...
Susah nak luahkan...
Lagu nie...
kata-kata akhir....jangan lupa tau carikan lagu nie....
salam ingatan
Tuesday, August 28, 2012
Semangat Ku
Kalau dulu bila kita dikutuk....dikritik....dimarah...atau apa jer dengan family atau orang yang kita sayang...Mula lah kita nangis...nangis pastu cakap diorang tak sayang kan kita lagi. Tapi hal yang sama berlaku kat aku tengahari tadi...aku dikritik....dikecap...diberitahu yang aku tidak pernah disukai oleh sesiapa...diberitahu yang aku tak pernah disukai ....tak pernah dianggap sebagai orang yang baik selama dikenali...Macam kena petir di hati ku nie....tapi aku tak marah...malah aku faham kenapa kata-kata itu keluar dari mulut. Luka ditangan kita boleh ubati tapi luka dihati tinggalkan parut yang susah nak hilang....Kalau lah aku boleh lihat hati dia...mesti bercalar-calar selama hidup bersama aku...selama hidup dengan insan yang malas nie.
Sungguh besar pengorbanan dia yang tak pernah luahkan apa dia rasa selama hidup bersama aku...Malah memberikan aku bahagia...perubahan yang lebih baik....maju kan diri aku...malah aku nampak pandai di mata masyarakat....Hanya dia sahaja yang tahu siapa aku...hanya dia yang mampu buatkan aku jadi seseorang dan hanya dia sahaja yang boleh buatkan aku menangis sekuat hati aku.
Kini aku mula faham yang aku fahamkan dia lebih dari diri aku sendiri...aku sayangkan dia lebih dari diri aku sendiri...dan aku mula faham setiap tindakan dia terhadap aku. Walaupun dia tak pernah marah aku....tinggikan suara dengan aku atau dia buatkan aku rasa keseorang...hanya untuk kali ini sahaja permintaan dia....Ya ALLAH kau bahagiakan lah dia di dunia dan akhirat sesungguhnya dia telah banyak bersabar dan menempuh dugaan....amin...
Dia....Yang Benar...
Dalam Fikiran Aku
Dia yang paling banyak bersama aku
naikkan aku
jodoh kitaorang memang kuat lah
Dia bagaikan malaikat yang bantu aku maju ke depan
Dia jugak yang sentiasa bertahan dgn sikap aku
Dia boleh masuk dengan kawan-kawan aku
boleh bergaul
boleh ikut rentak aku
semua lah
walaupun kadang-kadang dia tak suka
tuelaaa
nape lah aku tak pernah fikirkan perasaan dia
Monday, August 27, 2012
hadiah kecik
TAKE TIME TO COUNT
YOUR BLESSINGS...
STOP AND CONSIDER
GOD,S WONDERS...
Sahabat Sejati
Wujud lagi tak perkataan sahabat sejati tue?? susah kan kita nak sayangkan orang yang kianati kita....terutama sekali tempat kita berborak...tempat kita kongsi suka duka, tempat kedua kita selepas keluarga. Memang susah nak jadi kawan yang baik, memang susah nak jaga hati semua lagi susah nak simpan rahsia.
Ape yang cuba aku kongsi ini bukan ajar aku reti menjadi seorang sahabat bukan seorang kawan yang hanya mampu menjaga hati semua pihak dan biarkan satu pihak tersisih dan sedih bersendiri. Semua memang salah aku sebab tak percaya dan tak pernah nak dengar cerita sahabat aku, yang aku tahu hanya anggap itu semua perasaan dia semata-mata. Tanpa aku sedar yang aku menjadi punca hati dia makin terluka, tak pernah pula aku menghalang malah aku sentiasa membiarkan....tidak kah aku tahu yang setiap orang ada hak untuk menerima dan menolak...pernah tak aku cuba jauhkan...pernah tak aku cuba elakkan...tak jugak...apalah yang telah aku lakukan.
sumpah itu bukan mainan...sumpah jugak boleh makan diri sendiri...sumpah jugak boleh matikan iman...pernah tak terfikir yang apa kita lakukan untuk kebahagiaan tapi dalam penipuan itu semua boleh meragut kepercayaan orang lain terhadap kita. akhir kata itu semua dituju kepada aku yang hanya mampu menjaga hati semua...
salam aidilfitri...
ampun maaf dipinta...
Sunday, August 26, 2012
Jauh Malam
Sedar tak sedar...jauh perjalanan aku...alhamdulilah selamat sampai rumah...
Sunday, August 19, 2012
Penat yang berbaloi
Korang rasa kalo hati korang disakiti korang boleh releks x? korg boleh senyum tak...or korg boleh lagi sayangkan orang tersebut?? jawapannyer mulut mesti cakap tak boleh releks...sakit sangat...nak sayang lagi...boleh blah...tapi dalaman korang pelan2 korg pujuk hati maafkan orang tersebut dan rawat luka korang sendiri.nak buang rasa sayang tue langsung memang tak boleh.
Aku pulak, entah lah..kadang2 aku sendiri terfikir apa yang aku lakukan...salah ker kalau aku nak tegur or nak bagi pendapat, aku bukan nak aturkan hidup sesiapa pon disekeliling aku...cuma aku berharap yang baik dapat yang baik. Aku cuma mahukan seseorang yang faham aku, boleh memberikan ruang masa bersama aku, melayan citer aku...memberikan ruang aku meluahkan kelukaan...dan memberikan semangat di setiap langkah aku. Mungkin cara aku salah...mungkin jugak aku memang ditakdirkan punya hati yang sangat susah untuk lupakan orang yang aku sayang...mungkin jugak aku memang dilahirkan begini terlalu sayangkan orang yang sentiasa ada disisi aku...dari keluarga...kawan baik...kawan2...dan orang yang berjaya mengambil hati aku.
mungkin betul hati aku tak ada lagi dengan aku...sebab tue bila aku berkawan dengan sesiapa pon aku rasakan kekosongan...aku mula rasa rindukan hati ku. Aku penat kan diri untuk melupakan semua memori yang membuatkan aku sangat sedih...aku cuba hentikan setitik air mata aku mengalir lagi...aku cuba menjadi kuat di hadapan semua orang...aku cuba gambarkan betapa gembira aku sekarang..aku cuba menjadi seorang insan yang lebih bagus...lebih matang...lebih baik... supaya kata2 itu hilang di fikiran aku... "menyesal" kalau boleh aku nak elakkan telinga aku dengar ayat itu lagi. Ianya amat menyakiti hati aku.
Nielah rasa yang aku alami di malam aidilfitri...
Selamat hari raya...maaf zahir dan batin
Friday, August 17, 2012
Bertahan sedaya boleh
mesti ramai yang tak sangka....seminggu aku dengan adik mengemas rumah...hari nie pon masih belom kemas sepenuhnyer...banyaknyer barang nak kena sisih...susun...kemaskan...entahlah...otakku dah penuh dengan planning nak susun2 barang nie...badan pon memang penat sangat...kira nyawa aku betul2 bertahan untuk siapkan semua nie...huhu...memang perit rasanyer kalo mengemas hanya berdua...
harap ramadan nie memberi kan kekuatan kepada aku
Wednesday, August 15, 2012
Dia Diari ku
Sekarang nie selepas masa asyik dihabiskan dengan mengemas, benda yang menjadi rutin harian aku up date aktiviti dekat hp...sajer nak bagi ada orang tahu aktiviti harian aku, supaya kalo ak ada lakukan sesuatu kesalahan ada jugak yang boleh memberi nasihat.
Cuma hari nie terlalu busy mengemas, terlupa nak topup so tak leh nak up date aktiviti...bgtau kat blog jer lah...untuk hari nie...aktiviti mengemas tak berjalan lancar...hidung asyik nak gatal...gatal bukan tue jer muka pon dah naik merah...mungkin sebab resdung...yelah bermain dgn habuk yang banyak. huhuhu...agak sedih hari nie
Kalau Lah
kalau lah aku boleh jadi ape yang aku inginkan...mungkin dah siap kot aku kemas umah nie dalam masa sehari. Kini baru aku sedar yang tenaga manusia ada limitnyer...bukan main hentam jer...tengok sekarang dah penat melampau, aduhai bila nak siap semua nie...betul-betul memberi tamparan hebat..huhu
Tuesday, August 14, 2012
Sukar untuk Luahkan
Hari hari rasa susah nyer nak kemas umah sebersihnyer....minda pon dah semakin dibebankan dengan barang-barang yang perlu dikemaskan...alhamdulilah berkat bersabar dan buat sikit...sikit...akhirnyer ada jugak hasilnyer...rasanyer siap sebelum jumaat nie.
Monday, August 13, 2012
Khas Untuk Diri Ku
Sangat berbangga menjadi seorang yang mampu berubah ke arah yang lebih baik. Sekarang dah pandai kemas barang, tak sepahkan barang lagi, pandai basuh baju sendiri, pandai basuh pinggan sendiri...kali nie tak lagi ak dengar suara orang yang menyuruh aku buat semua itu, sebab aku dah mula pandai buat sendiri....Sungguh besar perubahan di bulan ramadhan nie....alhamdulilah sangat bersyukur sudah mula maju ke depan...dan depan...
Jika hari ini aku pergi...aku harap pergi nya aku sebagai seorang anak yang baik, rakan yang dipercayai...kakak yang dihormati...adik yang disayangi... Jika aku masih bernafas untuk hari2 yang akan datang...aku harap aku lebih maju...dan sentiasa Mencintai ALLAH swt...harap aku tidak jatuh di landasan yang lurus...amin....
salam ramadan
Jika hari ini aku pergi...aku harap pergi nya aku sebagai seorang anak yang baik, rakan yang dipercayai...kakak yang dihormati...adik yang disayangi... Jika aku masih bernafas untuk hari2 yang akan datang...aku harap aku lebih maju...dan sentiasa Mencintai ALLAH swt...harap aku tidak jatuh di landasan yang lurus...amin....
salam ramadan
Subscribe to:
Posts (Atom)
